PENGHINAAN KALAM ALLAH

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

21 Syaaban 1440H | 27 April 2019

[Penghinaan Kalam Allah]

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan seorang individu yang tidak bertanggungjawab yang sanggup memperolok-olokkan ayat al Quran sekaligus bermain dengan hukum Allah di laman twitternya. Seolah-olah hati ini disiat-siat bilamana individu tersebut merupakan seorang ISLAM! Sungguh menyedihkan.

Apakah kita sanggup melakukan sedemikian terhadap kitab suci kita sendiri? Dan masih ingatkah kita apakah itu al Quran?? Al Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril secara mutawatir(berperingkat) dan membacanya dikira ibadat. Sungguh mulia al-Quran itu.

Penghinaan al Quran ini sebenarnya sudah lama berlaku sejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi sehinggga hari ini. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa?  Ia boleh berlaku disebabkan hilangnya rasa hormat terhadap al Quran sehingga menyamakan al Quran ini dengan kitab-kitab yang lain.

Antara faktor utama penghinaan al Quran ialah orang menganggap al Quran sebagai keperluan ketika waktu susah dan melupakan ketika senang sahaja. Impaknya masyarakat bukan Islam akan memandang rendah martabat kemuliaan al Quran. Hal ini, mereka melihat orang Islam sendiri menolak segala perintah dalam al Quran.Berdasarkan firman Allah SWT:

وَإِذَا عَلِمَ مِنْ آَيَاتِنَا شَيْئًا اتَّخَذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan apabila dia mengetahui sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. (Surah Al-Jaatsiyah: 9)

Oleh itu, kita sebagai umat lslam perlulah mengangkat martabat al Quran setinggi-tingginya kerana al Quran merupakan pelindung serta syafaat kita kelak. Oleh yang demikian, kita perlulah menghalang sekeras-kerasnya segala bentuk penindasan terhadap al Quran in syaAllah.

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

MOHAMAD ALIFF HAIQAL BIN M. RANI

Sekretariat,
Exco Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti