LGBT KIAN BERLELUASA

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

16 Syaaban 1440H | 22 April 2019

[LGBT 🌈 kian Berleluasa]

Apakah?

Datuk bandar Pete Buttigieg secara rasmi mengumumkan bahawa beliau sedang bertanding untuk presiden Amerika Syarikat menjadikannya Demokrat gay terbuka secara terbuka untuk berbuat demikian. Kemudian, suami beliau, Chasten, menyertai beliau di atas pentas dan kedua-duanya berpelukan dan cium satu sama lain secara terbuka. Ini adalah berita yang terbaru dan sangat berkontroversi kerana menyokong hubungan LGBT yang sangat tidak semula jadi ini.

Dibenarkan oleh Islam atau tidak?
Sudah tentu tidak.

Kenapa Islam ☪ tidak benarkan?

Berdasarkan ayat Al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah Al-A’raaf ayat 80-81:-

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Kerana ia adalah larangan Allah dan juga melanggar fitrah manusia itu sendiri iaitu berpasangan antara lelaki dan perempuan.

*Sebab berlaku*
Tidak mampu mengawal nafsu dan pengaruh luar seperti media massa. Yang paling utama adalah kepercayaan terhadap agama itu sendiri kukuh atau tidak akan mempengaruhi perlakuan kita.

*Cara untuk menghalang LGBT dari berleluasa*
1. Doakan mereka agar kembali ke landasan yang betul.
2. Beri bukti saintifik berkaitan hubungan LGBT tersebut yang memberi kesan negative terhadap mental dan fizikal manusia.
3. Beri didikan agama di merata tempat seperti sosial media (platform terbesar) bukan sahaja melalui halaqah atau ceramah kerana dakwah boleh dilakukan dimana- mana sahaja.
4. Ajar mereka tentang SYUKUR agar mereka dapat terima diri mereka seadanya.


"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

Najwa binti Abdul Aziz

Sekretariat
Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari 19/20

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti