BUANG BAYI DI MASJID
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]
13 Syaaban 1440H | 19 April 2019
Tajuk : Buang bayi di masjid.
Tahukah anda baru-baru ini telah terjadi satu kejadian yang menyayat hati masyarakat Malaysia dimana mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai berusia tiga hari telah dijumpai bersama sekeping nota bertulis, di Masjid As-Syakirin, Pasir Puteh, Bachang. Kejadian itu berlaku pada pagi Selasa, 16 April 2019, sekitar 6.30 pagi. Qariah yang ingin menunaikan solat Subuh telah menemui bayi tersebut dalam balutan kain batik dengan keadaan masih bertali pusat dan mempunyai kesan darah pada hidung. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, berdasarkan nota yang ditulis atas kertas putih, bayi yang tidak berdosa itu dipercayai baru berusia tiga hari dan dilahirkan pada Sabtu lalu. Bayi tersebut dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh dua jam sebelum ia dijumpai, berdasarkan keadaan mayat yang masih baharu dan belum mengeras. Selain pendarahan pada hidung, terdapat kesan lebam kehitaman di muka dan bahagian badan bayi itu.
Pada zaman ini, gejala pembuangan bayi semakin menjadi polemik yang dibahaskan oleh pelbagai pihak dan sering disiarkan di dada-dada akhbar tempatan. Gejala ini semakin membarah khususnya dalam kalangan remaja dan anak-anak muda. Gejala buang bayi ini boleh dikategorikan sebagai duri dalam daging dan menjadi nanah dalam pembentukan masyarakat Islam di Malaysia.
Firman Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 32 :
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(yang membawa kerosakan).”
Firman Allah diatas jelas menunjukkan larangan keras terhadap perbuatan yang menghampiri zina, apatah lagi perbuatan zina itu sendiri.
Hikmah larangan perbuatan zina dalam Islam adalah untuk memelihara nasab keturunan umat Islam. Selain itu, pergaulan bebas dan perbuatan zina juga mendorong perbuatan dosa besar yang lain, seperti menggugurkan kandungan kerana bimbang dan malu akan kelahiran bayi tersebut. Islam juga melarang perbuatan zina demi mengelakkan sebarang keganasan berlaku terhadap wanita, dimana si lelaki akan mempunyai kecenderungan untuk melukai wanita tersebut jika dia cuba menuntut bela akan anak yang bakal dilahirkan. Lebih parah lagi, wanita yang ditinggalkan oleh lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab akan menanggung tekanan yang amat berat dan cenderung untuk membunuh diri. Perbuatan zina juga akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti AIDS.
Antara punca gejala buang bayi semakin berleluasa adalah ekoran kurangnya didikan dan penerapan nilai-nilai keagamaaan dalam diri masyarakat. Masyarakat juga kurang diberi pendedahan terhadap batas-batas pergaulan dalam Islam. Kesannya, umat Islam kini dilihat semberono melanggar syariat dan batas yang digariskan oleh Islam itu sendiri.
Selain itu,platform media pada zaman ini juga sering menyajikan hiburan berkisarkan cinta dan pergaulan bebas dalam kalangan masyarakat dan menggambarkan bahawa cinta tanpa ikatan yang sah itu cukup indah dan tidak mengundang sebarang keburukan serta dosa. Maka, anak-anak muda kian terpengaruh lalu membuat cubaan untuk menghidupkan fantasi dalam drama atau filem yang ditonton tersebut kedalam realiti kehidupan mereka. Akhirnya, terjadilah perkara yang tidak diingini iaitu zina.
Pepatah ada mengatakan, pemuda dan masa lapang ialah permulaan maksiat. Maka, mari kita berfikir sejenak, adakah masa lapang yang kita miliki sudah dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang bermanfaat dan membantu agama, atau kita sering lalai dengan menonton drama-drama cinta serta sibuk bermain game sehari suntuk? Tepuk dada Tanya iman.
Akhir kalam, umat Islam seharusnya lebih berhati-hati dan peka terhadap apa jua kegiatan yang boleh mendorong kelembah zina. Masa lapang yang ada haruslah dimanfaatkan dengan kegiatan yang membawa manfaat dan impak positif untuk pembangunan insan serta dapat meningkatkan tahap keimanan dalam diri.
Justeru, mari kita hayati sebuah pesanan Rasululllah SAW dalam satu hadis yang berbunyi :
نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ : الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR Bukhari)
"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"
Disediakan oleh:
Sakinah Nabilah binti A Razak
Sekretariat
Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari 19/20
#PMHUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments
Post a Comment