Yes, I'm the boss!


Salam alayk kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat hidup untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaihi wasallam. Baiklah, untuk entri kali ini, jom kita lihat kepada tajuknya, “ Yes, I'm the boss!”. Bunyinya macam gempak kan. Tapi sebenarnya, apa yang saya nak kongsikan di sini ialah bagaimana kita memandang pemimpin dan kepimpinan selama ini. Fitrah manusia memang dilahirkan sebagai khalifatullah iaitu khalifah Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Justeru, memang setiap daripada kita adalah pemimpin.

Allah berfirman:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah: 30)

Tetapi, sedar atau tidak, kekadang kan kita ni terlampau syok sendiri nak jadi pemimpin. Tak kisah la pemimpin untuk organisasi besar di sekolah2 atau di universiti ke ataupun pemimpin untuk kumpulan kecil seperti group discussion. Yang kita nampak ialah bila jadi pemimpin atau dalam bahasa Inggeris dipanggil leader, kita akan rasa diri dikenali ramai dan dihormati oleh orang lain. Ya, realitinya memang begitu. Kekadang segelintir manusia jadi pemimpin sebab nak tunjuk dekat luar sana betapa bagusnya dia dalam memimpin kumpulan. NAMUN, suka untuk saya ingatkan di sini, amanah sebagai pemimpin bukan semudah ABC yang kita fikirkan.

Lihatlah kisah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang tidak mahu menjadi khalifah kerana beliau takut sekiranya dipersoal kelak oleh Allah atas urusan tugas yang tidak dilaksanakan. Namun, disebabkan wasiat, beliau menerima amanah tersebut dan dari sekecil-kecil urusan, beliau menitikberatkan amanah tersebut. Contohnya, beliau membeli dua pelita untuk kegunaan peribadi dan urusan pentadbiran. Kalau kita sudah tentu just pakai satu pelita je kan. Tetapi nak katanya, adilnya Khalifah Umar Abdul Aziz ni kerana beliau sentiasa membezakan urusan negara dan peribadi.

Justeru, sebelum kita decide nak jadi pemimpin dalam sesuatu organisasi, fikirkanlah bagaimana kita mahu melaksanakan tugas atau amanah tersebut. Kekadang, kita dipilih untuk menjadi pemimpin bukan atas kehendak kita. Tapi, percayalah pilihan itu pilihan Allah. Laksanakanlah tugas bukan untuk manusia tetapi niatkan untuk dapatkan keredhaan Allah. Ingatlah salah satu pesanan Imam Al-Ghazali iaitu seberat-berat perkara ialah amanah. Nak katanya amanah ini bukan perkara main-main.

Pemimpin = Amanah

Sampai sini dahulu untuk entri kali ini. Moga2 kita mengambil iktibar dan berusaha untuk melaksanakan sekecil-kecil amanah yang dipertanggungjawabkan.
Wallahua'lam.

























EXCO KEPIMPINAN DAN MODAL INSAN
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI
2014/2015



Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti