Mana Islam dalam hati?
Assalamualaikum.
Hari ini sekali lagi Allah beri pinjam nikmat. mata lidah hati jantung dan semua lah yang ada di sekeliling kita. kalau lah salah satu nikmat ini tiada, rasanya tak tahulah berapa banyak rungutan yang melantun dari lidah. fuh.
Saya mahu menarik perhatian para pembaca sekalian yang saya pasti semuanya bijak bijak dan bahagia bahagia saat ini, saya ingin menarik dan mengajak para pembaca semua untuk berkerut kerut dengan ikhlas dalam memikirkan satu persoalan iaitu "Di mana Islam dalam hati kita?"
"haish, nak pikiaq pa lagi,mestilah Islam ada dalam hati,"
"what to do what to do. Islam will always be in my heart."
"yennadee cit. Islam tu agama aku, mestilah aku sayang Islam tu."
Hebat semua nya. fuh. fuh. tapi sekiranya benar paksi Islam itu kuat dalam hati, izinkan saya bertanya, apa khabar kah agaknya warga Syria? apakah sihat warga Palestin? Bagimana agaknya keadaan rakyat Mesir? Sudah makan kah rakyat Gaza? Sudah baca al-Quran belum rakyat Malaysia? ooopps.
lalu apa kita punya jawapan bagi setiap persoalan?
"Manalah den tahu, dorang jauh koooot."
Ehem. Jauh atau tidak, selagi mana Islam itu dalam hati, pasti kita begitu excited untuk mengetahui setiap cerita baru dan mungkin perkhabaran keadaan saudara Islam kita yang saat ini sedang dilanda ribut kencang taufan yang bukan datang dari bencana alam, tetapi dari konspirasi dunia yang sedang menggila dengan gerilanya untuk menjatuhkan Islam. Lalu, apakah tindakan kita? hanya sekadar melontar kata tak puas hati di media sosial sambil tunggu mi segera masak sahaja? waduh waduh.
Sahabat-sahabat, kalau lah kita ni tak mampu sikit pun nak rasa risau kat mereka yang sedang berjuang di sana, di manakah Islam dalam hati kita?
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(al-Hujurat : 10)Hah. ayat lejen dalam-Quran, walaupun ayat dala al-Quran semua memang menusuk jiwa, tapi ayat ini sangat femes. sat naa. ada lagi hadis.
Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, Rasulullah SAW bersabda ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.”
(HR At-Tabrani).
Jadi, di mana mereka di hati kita. adakah isu-isu semasa ummah ini langsung tidak memberi kesan kepada kita? Sahabat, kenapa krik krik sahabat-sahabat. Cukuplah sekadar saya tamatkan entri ini dengan satu persoalan, jika benar Islam itu kita letak tinggi, jika benar semua Muslim itu kita akui sebagai saudara kita, lalu di manakah mereka di hati kita? tepuk dada, tanya iman.
oke bai. jom makan cendol.
Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari
2014/2015
Comments
Post a Comment