Perutusan Aidil Adha
Raya A'iduladha, Bukti ketaatan Nabi Ibrahim a'laihissalam dan Nabi Ismail a'laissalam terhadap Allah:
Assalamualaikum
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Walillahil hamd,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana temukan kita dengan hari raya Aiduladha. Sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat hari raya aiduladha kpd semua rakyat malaysia khususnya warga UiTM Shah Alam.
Sahabat-sahabat,
hari raya korban bkn sahaja untuk kita berkorbankan sebahagian duit kita dan memberi org yg lebih susah makan, bahkan ada kisah yang begitu besar iktibarnya kepada kita seluruh umat Islam. Nabi Ibrahim a'laihissalam, apabila sudah lama baginda menunggu kelahiran bayi daripada keturunanya, akhirnya Allah telah mengurniakan Nabi Ismail a'laihissalam. Namun selepas kelahiran Nabi Ismail Allah telah memerintahkan supaya ditinggalkan Hajar bersama Nabi Ismail di tanah yang tandus tiada penghuni iaitu Mekah. Disebabkan perintah Allah, Hajar akur dan meyakini bahawa mereka tidak akan dilupakan oleh Allah malah Allah akan memelihara mereka. Sebelum Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan anaknya baginda berdoa sepertimana yang disebutkan didalam al-Quran surah Ibrahim ayat 37:
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur."
Selepas beberapa tahun tahun sehingga umur Nabi Ismail mencapai usia dewasa, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah pula untuk menyembelih anaknya sepertimana yang Allah rakamkan didalam al-Quran surah ash-Shaffat ayat 99-107 yang bermaksud:
Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;"
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;"
Allahuakhbar! Sungguh hebat pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan keluarga baginda. Mereka taat kpd Allah walaupun kalau diikut logik akal perintah itu sesuatu yg tidak masuk akal bagi manusia. Namun kerana yakin Allah itu pemelihara dan penjamin bagi hamba-hambaNya yang taat, maka mereka akur. Kita lihat sekarang, apakag kita benar2 sudah ikut segala perintah Allah sebagaimana ketaatan yang ditunjukkan Nabi Ibrahim dan keluarganya? dari sudut ekonominya, kekeluargaanya, pendidikannya, pemerintahannya dan perundangannya? sama-sama muhasabah diri. Saya teringat khutbah Syeikh Ibrahim Ibn Masran al-Banjari:
"Apakah tidak pelik orang yang mengingkari dan mempersoalkan tentang apa yang Allah telah wajibkan di dalam al-Quran namun menyambut aiduladha padahal mereka telah mengkhianati agama mereka."
Mari kita sama-sama berusaha menjalankan segala perintah Allah. Moga Allah redho terhadap diri kita. InsyaAllah.
Wan Aslam bin Zakaria
Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
UiTM Shah Alam
Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
UiTM Shah Alam
Presiden PMH (kiri) bersama Penasihat PMH (tengah) dan Pembantu ACIS |
Comments
Post a Comment