Fiqh Solat 1
FIQH SOLAT BAHAGIAN 1
Assalamualaikum.
Solat merupakan tiang agama, dan bangunan tanpa tiang itu pasti tidak akan berdiri,manakala bangunan yang mempunya tiang yang goyah itu pasti tidak kukuh. Begitu juga fungsi solat dalam kehidupan seharian manusia. Solat ini lah yang membentuk peribadi muslim sejati seandainya dilaksanakan dengan sempurna.
Solat juga merupakan salah satu rukun Islam. Sekiranya kita lewah dalam melaksanakannya, adakah kita tergolong dalam golongan individu Islam.
Artikel ini bertujuan untuk mendedakan para pembaca berkenaan fiqh solat. dan artikel ini ditulis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari sendiri iaitu Wan Aslam Zakaria. Sebarang persoalan mengenai fiqh solat ini boleh diajukan terus kepada beliau.
Jadi, selamat menuntut ilmu.
1.0 FIQH SOLAT(PERKARA YANG SUNAT DAN MAKRUH KETIKA SOLAT)
Fasal pada menyatakan sunat Ab’ad dan sunat ai’ah di dalam solat. (Bermula) Sunat ab’ad adalah sunat yang berat dan digalakkan untuk melakukannya,jika kita meninggalkannya maka disunatkan kita untuk sujud sahwi. Secara kesuluruhan sunat ab’ad di dalam solat hanyalah 2 perkara iaitu;
1) Doa Qunut ketika solat fardhu subuh serta pada 15 malam terakhir ramadhan ketika solat witir.
2) Tahiyyat Awal.
Namun di dalam Kitab Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dr. Ismail Kamus menyatakan lebih terperinci perkara-perkara sunat Ab’ad ketika solat iaitu 7 perkara:
1) Tahiyat awal(pertama).
2) Selawat dalam Tahiyat awal.
3) Duduk tahiyat/ tasyahud.
4) Doa Qunut pada rakaat kedua solat Subuh dan pada solat Witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
5) Selawat dalam Qunut.
6) Berdiri semasa berqunut.
7) Selawat ke atas keluarga Nabi pada masa Tahiyat akhir.
Namun,jelas di sini terdapat 2 perkara sunat ab’ad ketika solat. Maka apa sahaja bacaan yang terdapat di dalam Doa Qunut serta Tahiyyat awal juga adalah sunat ab’ad. Jika ditinggalkan satu perkataan atau huruf, maka disunatkan kita sujud sahwi jua. Bacaan sujud sahwi juga adalah seperti berikut;
Sujud sahwi ini dilakukan selepas bacaan Tahiyyat Akhir dan dilakukan 2 kali sujud. Hikmah dua kali sujud ini adalah kerana pada sujud pertama adalah sebagai tanda denda kerana kelalaian kita dan pada sujud kedua adalah sebagai tanda untuk menghina syaitan.
Rasulullah SAW berdiri ia daripada dua rakaat daripada sembahyang zohor dan tiada duduk ia kemudian sujud sahwi ia pada akhir sembahyang sebelum memberi salam dua kali sujud.(Menceritakandia oleh Bukhari dan Muslim)
(Bermula) Sunat ai’ah adalah sunat yang ringan dan jika ditinggalkan tidak disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. (PENTING) Jika dilakukan juga sujud sahwi atas kerana tertinggal barangyang Sunat ai’ah maka BATAL SOLAT itu.
Perkara sunat ai’ah di dalam solat ada 14 perkara iaitu;
1) Mengangkat tangan
-Ketika Takbiratulihram dengan mengangkat kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat dan kedua-dua jarinya sampai dekat bawah cuping telinga dan bersempadan dengan bahu.
-Ketika rukuk.(Caranya seperti mengangkat tangan ketika takbiratulihram.)
-Ketika iktidal(caranya seperti Takbiratulihram)
-ketika bangun pada rakaat ketiga(selepas tahiyatul awal) dan caranya sama seperti takbiratulihram.
2) Meletakkan Perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
-Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini.
3) Membaca Doa Iftitah
4) Membaza A’uzubillah:(Taawuz)
5) Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah
-Sunat membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan. Solat yang memerlukan bacaan yang kuat mempunyai 3 solat iaitu solat Maghrib,Isya’,dan Subuh. Dan hanya 2 rakaat yang pertama sahaja disunatkan kuat membaca surah al-Fatihah dan surah-surah lain pada berikutnya. Solat-solat ini dinamakan sebagai solat Jihriah. Manakala solat yang disunatkan membaca perlahan hanyalah 2 solat iaitu solat Zohor dan Solat Asar. Dan solat-solat ini dinamakan solat Sihriah.
*PERHATIAN,hanya disunatkan pada 2 rakaat yang pertama sahaja untuk membaca bacaan yang kuat, tetapi tidak sunat pada rakaat yang seterusnya.
*Hikmah bacaan kuat dan perlahan ini kerana pada waktu solat zohor dan asar adalah waktu berkerja bagi manusia semua kerana ia adalah waktu siang. Maka sebagai tanda hormat kepada orang yang beragama lain yang sedang berkerja,maka disunatkan membaca perlahan. Manakala pada solat-solat diwaktu malam dibaca kuat kerana malam itu dijadikan oleh Allah Taala sebagai waktu rehat dan beribadat.
6) Membaca “Amin” selepas al-Fatihah
-Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca “Amin”. Maksudnya:
“Perkenankanlah”
-Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata,”Ya Allah,ampunkanlah bagi orang yang berkata amin.”
7) MEMBACA SURAH AL-QURAN
-Disunatkan membaca surah al-Quran walaupun pendek, selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.
*Jika menunaikan solat sunat pada waktu malam,disunatkan memanjangkan Qiam(Berdiri) dengan membaca surah yang panjang atau diulang-ulang surah yang pendek seperti surah al-Ikhlas. Ketahuilah olehmu bahawa surah al-Ikhlas itu diibaratkan seperti 1/3 al-Quran. Perkara ini ada dijelaskan didalam Kitab al-Muwattok karangan Imam Maliki.
*Jika menunaikan solat sunat pada waktu siang, disunatkan membanyakkan rakaat daripada memanjangkan Qiam(berdiri).i Itulah yang ana pelajari ketika mengaji kitab Anak Kunci Syurga di pondok.
*Sunat membaca surah al-Insyirah pada rakaat pertama ketika menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dan membaca surah al-Fil pada rakaat kedua.
8) MEMBACA TAKBIR KETIKA RUKUK
-Membaca takbir ketika rukuk dan ketika iqtidal iaitu bangun daripada rukuk disunatkan membaca:
Maksudnya: “Allah mendengar pujian orang yang memujinya.”
-Dan masa iqtidal sunat membaca:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami Engkaulah pujian yang memenuhi langit dan bumi dan memenuhi apa yang Engkau(Allah) kehendaki daripada sesuatu sesudah itu.”
9) MEMBACA TASBIH KETIKA RUKUK
“Maha suci Tuhanku yang maha Besar dan dengan segala puji-pujian-Nya.” (3 Kali)
10) MEMBACA TASBIH KETIKA SUJUD
“Maha suci Tuhanku yang maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian-Nya.”(3 Kali)
11) MELETAKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DI ATAS PAHA DENGAN MELEPASKAN KESEMUA JARI-JARI.
Iaitu melepaskan kesemua jari-jari semasa duduk diantara dua sujud. Tetapi semasa duduk Tahiyat awal dan Tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan melepaskan jari telunjuk semasa mengucapkan perkataan;
12) DUDUK IFTIRASY
Duduk Iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk diantara dua sujud dan juga duduk Istirahat (semasa hendak terus bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga).
13) DUDUK TAWARUK
Iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapkan ke kiblat.
14) SALAM KEDUA
Salam yang kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.
bersambung.
Pengarang asal/diambil daripada: Wan Aslam Zakaria (tekan untuk facebook)
Sumber :
*Kitab Anak Kunci Syurga karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Indonesia
*Kitab Sabilal Mubatadi karangan Kiyai Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
*Kitab IndahnyaHidup Bersyariat Karangan Ustaz Ismail Kamus.
(di pelajari di Madrasah Diniah al-Bakriah di Pasir Tumboh,Kelantan.)
Comments
Post a Comment