Kasih ibu tidak bersempadan
Malam semakin kelam, hujan renyai turun
membasahi bumi hulu langat yg begitu segar dengan tumbuhan-tumbuhan hijau di
kiri kanan jalan. Aku memandu perlahan sambil mata menjeling ke arah jam tangan
yg menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Perjalanan dari shah alam ke tapak
program di hulu Langat ini tidak la memakan masa yg lama. Tetapi keadaan hujan
membuatkan perjalanan terasa lama dan meletihkan.
Fikiran melayang teringatkan perbualanku
dgn adik ku di telefon sebentar tadi.
“iskandar, jgn kunci pintu rumah tau,”
pesan ku kpd adikku.
“abg udin nak balik ke?”soalnya kehairanan.
“balik kejap je, tuala tertinggal kt shah
alam, abg udin ade program kat hulu Langat ni,” balasku.
“owh..okeh..hati-hati drive”
“jauh lagi ke din?” soal amin di sebelah
mengejutkan aku dari lamunan. Wajahnya kelihatan berkerut menahan ngantuk.
“dekat dah ni, lebih kurang 500 meter lagi
sampai la, insyaAllah,” balasku sambil tersenyum padanya.
Sampai di 1 persimpangan, aku memberikan
signal ke kiri lalu memulas stering membelokkan kereta ke kiri. Di tepi jalan
berdiri teguh satu papan tanda yg tertulis ‘Darul Hidayah’. Aku tersenyum
sendiri sambil memandu menyusuri jalan kecil kampungku itu.
Hujan semakin lebat, aku memberhentikan
kereta di hadapan rumahku. Lampu di dalam rumah tinggal 1 sahaja yg masih
menyala menandakan keluargaku telah pun lena dibuai mimpi.
“jangan lama-lama tau din, kita da lewat ni,”
pesan amin sambil mengukir senyuman.
Aku senyum kembali padanya sambil
mengangguk perlahan. Aku berlari anak keluar dari kereta menuju ke pintu rumah.
Pintu ku buka dengan begitu perlahan dan berhati-hati. Risau akan mengeluarkan
bunyi dan mengejutkan keluarga ku yg sedang lena. Masuk sahaja aku terus menuju
ke bilik, membuka lampu lantas menuju ke almari. Aku menarik laci almari dan
mengeluarkan sehelai tuala.
“astaghfirullah...mak ingat pencuri tadi
masuk rumah, terkejut mak. Bila kau balik?” soal mak yg tiba-tiba muncul di
pintu bilik.
Hampir gugur jantungku di sergah oleh mak.
Mata mak mengecil menahan silau dari cahaya lampu bilik ku.
“udin singgah kejap je mak, ade program kt
sungai congkak, on the way tadi
terlupa nk bawa tuala, tu yg singgah umah jap,” terangku sambil mendapatkan
tangan dan wajah mak seraya menciumnya. Itulah kebiasaanku setiap kali balik
ataupun ingin keluar dari rumah.
“mak kenapa tak tidur lagi ni?”soalku
semula.
“mak dah tidur da, terjaga dengar bunyi
dalam bilik kau, mak ingat pencuri tadi, risau mak,”
Begitulah emak, walau selesa macam mana
sekali pun cuaca dan tilam, walau keletihan bagaimana sekalipun, emak sangat
mudah terjaga. Tidak hairanlah solat sunat tahajud mak jarang tinggal.
“hehehe..maaf mak, da bagi salam dah, tapi
perlahan je, tak nak kejutkan mak, hujan-hujan ni sedap tidur,” terangku sambil
tersengih.
“macam mana masuk umah tadi?” soal mak
kembali kehairanan.
“dah call
iskandar td siap-siap bagitau dia jgn kunci pintu,”
“udin dah makan dah?”
Belum sempat aku menjawab mak terus
bergegas ke dapur membuka periuk dan tudung saji melihat-lihat nasi dan lauk
makan malam tadi. Tidur terus dilupakan, ngantuknya seakan berlalu pergi begitu
sahaja. Subhanallah..sungguh mulia hati seorang ibu. Kasih sayangnya tiada had
masa, tiada sempadan. Kerana itu Rasulullah sollallah alaihi wasalllam
memuliakan mu tiga kali sebelum ayah.
Benarlah sebagaimana doa jibrail a.s. yg
diaminkan oleh baginda sollallah alaihi wasallam “Celakalah bagi sesiapa yang
masih mempunyai ibu bapa dan masih mampu menjaga mereka, tetapi mereka tidak
taat kepada kedua-duanya”
“mak masak ikan kembung masak lemak taucu
tadi,”
Allah..sekali lagi hati aku terusik, naluri
seorang ibu. Sentiasa ingat dan tahu lauk kegemaran anak-anaknya. Bukan seorang
dua, tetapi kesemua 11 orang anaknya. Meskipun pulang aku secara mengejut,
naluri nye seakan-akan mengetahui anaknya yg ketiga ini mahu pulang. Air mataku
bertakung, segera aku mengesatnya khuatir mak perasan.
“alamak..nasi dah habis la, adik-adik
habiskan, tggu sekejap boleh? Mak masak kejap.” Wajahnya terlihat kecewa.
“ehh..tak ape mak, udin kene cepat ni. Tak
boleh lama-lama. Ade kawan tengah tunggu dalam kereta kat luar tu,” kataku
memujuk hati mak.
“Allah...mak minta maaf ye udin,” kata mak
dengan wajah yg sugul.
Berkecai pilu hatiku saat seorang ibu
meminta maaf pada anaknya hanya kerana tidak dapat sediakan makan utk anaknya.
Lantas tubuh ibu ku rangkul kemas dalam dakapanku.
“mak...tak perlulah minta maaf, udin yg
sepatutnya minta maaf sebab balik tak bagitau mak. Udin sayangkan mak.”
Wajah mak yg redup ku cium penuh kasih
sayang. Tangan mak yg hangat ku genggam erat seakan tidak mahu ku lepas pergi.
Tangan ini, Allah..sungguh, penuh sarat dengan jasa dan pengorbanan yg tidak
mampu aku dan adik-adik ku balas walau nyawa menjadi galang ganti. Saksikanlah
ya Allah..dengan kebesaran dan keagungan Mu, kurniakanlah kebahgiaan di dunia
dan akhirat kepada ibu ku. Tempatkanlah dia di tingkat tertinggi di syurga
firdaus kelak.
“udin pergi dulu ye mak,”
Mak tersenyum kepadaku, kekalkanlah
senyuman itu ya Allah selama-lamanya, bisikku di dalam hati. Kaki ku terus
melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta.
Di dalam kereta, amin telah pun terlena.
Aku meneruskan pemanduan menuju ke destinasi yang di tuju. Ketika kereta yang
ku pandu masuk ke jalan besar, fikiran kembali melayang jauh mengingatkan suatu
kisah yang pernah aku baca.
---------------------------------------------------------------------
Setiap kali pulang ke kampung, itulah
ceritanya. Cerita yg telah diperdengarkan berulang-ulang kali. Cerita ibu
tentang sawah, lembu, dan kehidupan kanak-kanaknya di kampung. Dan aku
‘terpaksa’ mendengar cerita ulangan itu
berulang-ulang kali.
“kau jadi seperti aku dulu. Cuma kau lebih
bernasib baik,” kata seorang sahabat.
“jadi seperti kau? Maksud kau?”
“ibuku dipotong kedua-dua belah kakinya.
Dari paha ke bawah. Hari-hari terakhirnya sungguh sunyi. Setiap kali aku balik,
aku menjadi pendengar setia pada cerita-ceritanya.”
“ape ceritanya?”
“cerita zaman muda. Pahit manis hidupnya.
Kisah bersama arwah ayah membesarkan kami.”
“tentu menarik,” balasku.
“menarik memang menarik, tapi kalau sudah
diulang berpuluh-puluh malah beratus-ratus kali, teruji juga kita.”
“lama ke?”
“satu sesi lebih kurang sejam.”
Dalam diam aku mengaguminya. Kalau aku,
setengah jam pun dah terlalu lama.
“setiap kali aku balik ke kampung, emak
akan memanggil aku ke tepi katilnya. Dan sesi pun bermula..”
“kata ahli psikologi, manusia perlu
didengar katanya sepertimana mereka perlukan makanan. Makanan memberikan
tenaga. ‘Didengar’ menghidupkan rasa.”
“Allah pun ciptakan untuk kita dua telinga,
satu mulut. Maknanya, kita mesti lebih banyak mendengar daripada berkata-kata,”
tambah sahabatku itu. Tidak hairan, dia memang pakar motivasi.
“dan hak mendengar itu selayaknya kite peruntukkan kepada ibu bapa kita yg telah
tua.”
“kau kata tadi nasib aku lebih baik,
kenapa?” soalku mengingatkan semula kata-kata awalnya tadi.
“aku cuma menjadi pendengar cerita emak
selama dua bulan. Kemudian dia meninggal dunia. Hingga kini aku merindui
kisah-kisahnya. Terlalu rindu. Kalau boleh, aku ingin mendengarnya semula.
Biarlah sejam, dua jam malah lebih lama daripada itu.”
Aku terdiam. Tersentuh sungguh. Agaknya,
sebab itu emaknya mengulang ceritanya berulang kali, dia tahu anaknya akan
merinduinya lebih daripada itu.
“kau masih ada emak. Kau lebih bernasib
baik. Dengarlah cerita-ceritanya. Semakin tua, suaranya semakin kurang
didengari. Mereka tidak ada cerita baru. Hanya cerita lama. Seluruh tenaga,
kelebihan dan semangatnya telah habis diperah untuk kita.”
“ya, yg diperdengarkan untuk kita bukan
hanya CERITA tetapi CINTA. Rasa cinta yg bukan sekadar imbauan tetapi belaian
untuk kita, anak-anaknya yg telah dewasa.”
Seolah-olah secara tersirat ibu tua kita ingin
menyampaikan bahawa cinta di dasar kisah lama itulah yang menjulang cita-cita
di kemuncak cerita-cerita baru kita!
---------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu entah kenapa fikiranku terganggu.
Wajah mak menerjah layar ingatan. Air hujan yg menghempas di cermin seolah-olah
titik peluh emak yg gugur demi melahirkan dan membesarkan aku. Putik-putik
kasihnya bagaikan bintang pada malam yg kelam. Satu demi satu pesannya mengukir
peringatan, teman setiaku sepanjang perjalanan. Sungguh, terlalu mahal jasa mu
ibu......
Comments
Post a Comment