PESTA ARAK (OCTOBERFEST)

BANTAHAN PESTA ARAK (OCTOBERFEST):

Assalamualaikum

Saya Wan Aslam bin Zakaria menentang dan membantah keras pesta arak yang akan diadakan di 1 Utama Shopping Centre di Petaling Jaya pada 10-12 Oktober 2014.
Saya minta sangat pihak berkuasa yang membenarkan pesta maksiat sebegini membatalkannya. 

Wahai orang yang diberi akal, kamu mempunyai kuasa ntuk hentikannya, jika kamu tidak gunakan kuasa tersebut, maka tunggulah kamu! tunggulah balasan daripada Allah.
Ingat Hadis Rasulullah SAW daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhu yang bermaksud:

"Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan diminta dipertanggungjawabkan apa yang dipimpin.."
(Riwayat Muslim)

Wahai pemimpin Islam,tidak patut kamu membenarkan pesta ini sedangkan kamu tahu ianya Haram dan buruk padahnya. Dan satu lagi Hadis Rasulullah SAW daripada Anas ra yang bermaksud:

"Rasulullah SAW telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak:
1) orang yang memerah arak
2) orang yang meminta arak diperahkan untuknya
3) orang yang meminumnya
4) orang yang membawanya
5) orang yang minta arak dibawak kepadanya
6) orang memberi minum arak kepada orang lain
7) orang yang menjual arak
8) orang yang dapat hasil daripada arak
9) orang yang membeli arak
10) orang yang diminta dibelikan arak untuknya. " (riwayat Termizi)

Maka, wahai pemimpin, 10 golongan ini tidak akan ada jika kamu sendiri yang tidak membenarkannya. Maka dosa kamu akan jadi lebih besar kerana jadi penyebab golongan ini semua ada kerana kamu memudahkan jalan untuk mereka terhadap arak. cuba kamu bayangkan, andai Rasulullah SAW masih ada di zaman sekarang, lalu Rasulullah SAW datang ke Malaysia untuk melawat, lalu Rasulullah SAW melihat kilang arak atau iklan pesta arak dan bertanya kpd pemimpin, "apakah itu?", apa yang kamu akan jawab wahai pemimpin? apa? Apakah Rasulullah SAW akan gembira dengan jawapan yang diberikan? fikirkan.

Kami mahasiswa UiTM Shah Alam khususnya Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) berharap pihak berkuasa membatalkan pesta arak ini kerana kemungkinan besar anak-anak bangsa kita, anak2 Islam kita juga akan terlibat dengan pesta ini. Kita negara Islam, maka buktikan yang kita ini negara Islam. 

Wallahualam.

Wan Aslam bin Zakaria
Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
UiTM Shah Alam


keratan akhbar KOSMO! yang memaparkan iklan Octoberfest dan iklan yang telah ditukar bagi menggantikan iklan pesta arak.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti