Semuanya Soal Hati









Assalamualaikum..
Sihat ke semua?belaja okey?dah call mak ayah?emm apalagi ek nk tya..Haa Iman sihat?Opps bila bercakap tentang iman mesti susah nk jawab kan? Hanya kita dengan Allah je yang tahu. Jadi nya kat sini ada sedikit coretan untuk kita muhasabah dan recharge iman kita,InsyaaAllah;)

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya” 
(Surah Al Baqarah : 216)

Aduh!!! Cukup berat untuk kita menerima kebenaran ini, tetapi kadang-kadang dengan keegoaan kita padahal cuma sekadar seorang hamba tetap untuk tidak sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. Tidak pernah rasa cukup dengan apa yag kita dapat. ALLAH memberikan peringatanNYA kepada kita;  "barang siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi nikmatnya..." Disebabkan itulah salah satu cara untuk mendidik hati ini tentang erti rasa syukur ialah dengan sentiasa melihat orang di bawah kita. Apa lebihnya kita berbanding mereka. Jangan dipandang orang yang di atas kerana itu boleh membenihkan rasa tidak cukup tadi dalam diri kita. Satu benda yang senang untuk dilafaz tetapi payah untuk dibuat. Walaubagaimanapun, hendak seribu daya tak hendak sejuta dalih kan. Tepuk dada tanyalah iman kita. Dengan azam yang kuat, dibulatkan tekad, InsyaAllah semua rintangan yang datang kita boleh atasinya. Mendidik hati bukan suatu benda yang senang, tetapi ini bukan satu alasan untuk kita terus membiarkan hati ini terus dibelenggu nafsu dan pujukan-pujukan songsang.

Bermujahadalah dengan istiqomah moga-moga usaha kita itu dipermudahkan olehNYA. Kita juga kena ingat setiap apa yang kita dapat sebenarnya bukan kerana  usaha kita semata-mata tetapi hakikat yang sebenar adalah atas kehendak dariNYA untuk menentukan segalanya. Memetik  dari lirik lagu Rabbani “TIDAK ADA MILIK KITA,SEMUA ALLAH YG PUNYA”,(kerdilnya diri kita ni kan?)
 Agama juga mengajar kita bahawa usaha adalah sebagai asbab. Usaha itu perlu tetapi diakhir usaha itu yang perlunya kepada sandaran sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa atas segalanya. Kita sebagai seorang yang bersifat kehambaan perlu faham akan iktiqad ini agar segala apa benda yang kita lakukan adalah asasnya disandarkan kepada ALLAH SWT. Hati perlu sentiasa didik ke situ. Semuanya Soal Hati....

Justeru, sering diungkapkan; tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi, dengan hati yang sakit, kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan. Hidup derita walaupun dikelilingi keseronokan. Apa yang ada cukup banyak tetapi tidak boleh memberi sebarang manfaat.

“Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.”

(Surah al-Hadid 57:20)

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti