Sahabat Prihatin 1 (Aurat)
Assalamualaikum.
As a start, Sahabat Prihatin merupakan satu sayap dakwah yang digerakkan oleh Exco Penerangan dan Informasi Persatuan Mahasiswa Hadhari dengan Kerjasama Academy Contemporary of Islamic Studies atau lebih feymes (baca: famous) dengan panggilan ACIS.
Sahabat Prihatin ni amende? Prihatin sangat ke? Tang mana Prihatin tu?
"Sahabat Prihatin? menarik. tapi macam mana perjalanannya ya akhi ya ukhti."
"Sahabat Prihatin, saya tak faham lah. ni apa ni cane ni.?"
okay bawa bertenang abang-abang kakak kakak gojes semua. sini cheq nak habaq. nak dikatanya, Sahabat Prihatin ini adalah satu aktiviti ala-ala street dakwah yang beroperasi 2 minggu sekali pada hari Rabu dengan tajuk-tajuk yang berbeza, yang terkadang tajuk nya panas, kadang suam kuku kadang suam manja kadang panas meletup letup kadang hangat teh o panas kadang eh sudahlah.
okay, berbalik kepada cerita asal Sahabat Prihatin, atau ringkasnya espi (baca : SP) di mana perjalanannya adalah dari Masjid UiTM Shah Alam ke Dataran Cendekia (DC), aturcaranya pula boleh dikatakan seperti berikut :
6:30 p.m - pendaftaran dan makan (ada makan tau untuk yang terawal)
7.00 p.m- solat maghrib berjemaah
7.45 p.m- tazkirah dan briefing ringkas
8.00 p.m- bergerak ke DC untuk edaran flyers
menariknyaaaaaaaaaa woooowwwwww !
tak habis lagi bang.
okay, pada semester yang lalu, tajuk SP pertama kami adalah berkaitan aurat.
tadaaaaaa~~~~~
Ini lah flyersnya. molek kan?
Aurat. ternampak ringkas. ternampak mudah.adakah sahabat-sahabat lupa (nada serius.memang serius pun!) aurat ini merupakan perintah Allah yang termaktub kemas dalam kitab al-Quran, yang kita tidak akan terpesong selagi mana berpegang kepadanya, juga as-Sunnah.
“Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[Al-Ahzab/33: 59]
Tak cukup dengan itu. ada lagi. baca-baca.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya (wajah dan kedua telapak tangan). dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita muslimah, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka menghentakkan kaki (atau tangan)nya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kalian beruntung.” [QS. Al-Nur/24: 31]
Jadi sahabat sekalian, apakah kita terlalu besar pangkatnya atau terlalu banyak kekayaannya sehingga sanggup melanggar perintah Allah.
Aurat bagi kaum wanita adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. adalah hebat bagi seorang wanita itu andai mampu menundukkan nafsu dengan memakai pakaian yang boleh terus di bawa untuk bersolat kerana itu adalah sebaik-baik kaedah menutup aurat. Adapun, pada zaman fitnah ini lebih ramai yang membalut aurat berbanding menutup aurat, dan lebih malang bilamana pada hari ini memakai tudung itu seumpama seakan satu adat dan bukan lagi mematuhi syariat. Allah.
dan untuk kaum lelaki, aurat itu dari pusat hingga ke lutut. nampak mudah bukan. tapi sayu, haru dan perasaan yang sama waktu dengannya, semakin ramai abang-abang kacak yang sepatutnya menjadi pembela ummah ini terikut-terikut dengan trend justin bibir (baca: bieber kot) dengan memakai seluar pendek. hang pi tunduk sikiiit ja, lutut tu dah terkeluaq tau. pi riadah pon,baguih dah tu ikut sunnah jaga kesihatan, tapi pi pakat pakai seluar panjang deh. baru kekal ke-macho-an anda yang dipinjamkan Allah.
setiap orang punya dosa,kerana kita dilahirkan sebagai manusia, sebagai hamba penuh nista, tetapi Penyayangnya Allah, dihadiahkan kepada kita dengan solat, dihadiahkan kepada kita pintu-pintu taubat yang tak pernah tertutup selagi belum tiba kiamta. Jadi, saat ini, segalanya atas keputusan kita, sama ada mahu dibiar peluang hilang malap, atau digarap untuk dicambah memperoleh syurga.
oke. cukup sampai situ, saya tutup entri ini dengan satu hadis.
“Rasulullah saw bersabda: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: [1] Malaikat yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli sekelompok manusia (berdosa), dan [2] Wanita-wanita yang berpakaian namun (seperti) telanjang dan berjalan berlenggak-lenggok dan kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian (jarak yang sangat jauh).” (HR. Muslim, Baihaqi dan Ibnu Hibban)
Comments
Post a Comment