BAH
Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. Dua nikmat yang paling berharga, tanpa dua nikmat ini, kita tak punya apa-apa.
Sepanjang tahun 2014, Malaysia bertubi-tubi dilanda ujian, yang pada perkiraan kami, bukannya ujian yang kecil, tetapi ujian yang sangat besar. Bencana alam, kematian, kehilangan dan pelbagai lagi.
Andai kami senaraikan satu persatu ujian yang telah dikurniakan Allah kepada Malaysia, pastilah kita akan sedar bahawasanya tahun 2014 merupakan tahun yang sangat hebat menguji tahap keimanan kita.
Para pembaca sekalian,
Kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert hiburan yang sedangkan remaja ini mampu menjadi aset besar kepada negara, Seterusnya, kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 secara tiba-tiba di angkasaraya, dan sehingga sekarang perkhabarannya masih menjadi tanda tanya. Saat masih belum reda kehilangan itu, sekali lagi kita digemparkan dengan kes tembak pesawat MH17 yang mengorbankan lebih 200 nyawa. Serangan di sabah juga menjadi coretan ujian dalam kehidupan rakyat Malaysia, diikuti puting beliung yang tidak semena-mena wujud di Malaysia, ekonomi dan nilai mata wang yang semakin merosot dan yang terbaru, kejadian banjir besar yang menenggelamkan bangunan empat tingkat di kelanata, pantai timur.
Allahu Allah.
terkadang persoalan bertubi-tubi hadir, ini ujian atau Allah sedang memberi amaran dan peringatan kepada kita?
Lihatlah, lihat di setiap pelusuk keliling kita, berapa banyak dosa yang melimpah, dan adakah air bah yang sedang melimpah ruah ini mampu mencuci segala dosa yang tidak pernah habis.
Sesungguhnya ujian hebat itu untuk orang-orang yang hebat. Dan Allah tidak kejam, Allah menurunkan ujian setimpal dengan kemampuan.
Allah telah berfirman " Adakah mereka akan dibiarkan dengan mengatakan "Kami Beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi?"(QS: al-'Ankabuut Ayat: 2)
Subhanallah, saat ini sahabat kita di sana sedang diuji oleh Allah, untuk Allah menilai keimanan mereka dan mengangkat mereka ke darjat yang sangat tinggi.
Dalam pada itu, rahmat Allah itu cuma turun kepada orang yang soleh, tetapi azab Allah itu menimpa semua hambanya tidak kira siapa.
Tugas kita pada waktu ini adalah membantu dan menyumbang semampu boleh dan berdoa tanpa henti untuk mereka. tidak terhad kepada doa selepas solat sahaja, tetapi setiap lintasan hati itu juga satu doa sekiranya pengharapan kita adalah pada Allah.
Kuatlah wahai yang di sana, kuatlah wahai pemimpin kami, untuk mengahadapi isu ini. kepada siapa kalian, kami Persatuan Mahasiswa Hadhari sentiasa mendoakan kalian diberika taufiq dan hidayah Allah supaya mampu mentadbir negara ini dengan tabah, sabar dan menurut nas-nas al-Quran dan hadis.
kerana cuma dengan Islam, segala masalah di atasi.
Akhir kata daripada kami, bertahanlah dan bersabarlah.kerana setiap kesusahan pasti akan disusuli kemudahan.
Akhir kata daripada kami, bertahanlah dan bersabarlah.kerana setiap kesusahan pasti akan disusuli kemudahan.
Exco Penerangan dan Informasi
2014/2015
Comments
Post a Comment