ALLAH MAHU KITA BELAJAR

Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat kehidupan untuk terus menghirup udaranya. Selawat & salam buat kekasih yang amat ku cintai sepenuh jiwa, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda juga buat para sahabat dan anbiya’ yang sentiasa diingati..

Mungkin kini masih ramai yang kecewa dek kejatuhan lalu, memang tidak dapat dinafikan setiap manusia ada kisah pahit manis dan saat getir dalam menuju redha Allah. Saat dimana segala yang kita impikan hanya sekadar impian yang menjadi angan-angan semata-mata. Saat bila mana manusia sekeliling bergembira, bersuka ria dengan segala kejayaan yang mereka kecapi, tapi kita terduduk di satu sudut menangisi kejatuhan yang kita alami. Mengapa harus membazir air mata kerana kejatuhan yang tidak akan kekal.

Mungkin jua di saat itu tidak dinafikan satu perasaan yang menjadi fitrah seorang manusia terus menyelubungi diri kita iaitu cemburu. Cemburu melihat kejayaan mereka namun kegagalan yang kita rasai. Tiada yang mustahil kejayaan seseorang tak akan kekal dengan izin Allah, dan sudah pastinya kegagalan yang kita alami jua tidak akan kekal malah hakikatnya  kegagalan itulah sebenarnya satu nikmat. Mungkin ada yang pening kenapa ianya satu nikmat? Ok,cuba kita renungkan bila kita diberi kesusahanlah kita akan sedaya upaya mencari punca dan semestinya kepada Allah lah kita akan mencari dan merintih kan?

Ketahuilah kegagalan yang kita tempuhi hanyalah sekadar ujian dari Allah Yang Maha Mengetahui.Sabda Rasulullah “sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya, Allah pasti mengujiNya”. Ya mungkin ada sesuatu yang lebih elok Allah rencanakan kepada kita. Jika merasakan manusia sekeliling memandang rendah atas kegagalan yang dilalui, bersabarlah itu hanyalah sekecil-kecil ujian jika dibandingkan ujian yang dialami Rasulullah saat Baginda menyebarkan dakwah Islam. Bersyukurlah dengan segala kegagalan yang kita alami, kerana semua hanyalah tarbiyah dariNya. Tarbiyah yang bakal mematangkan kehidupan kita, tarbiyah yang sering mengingatkan kita bahawa segala yang berlaku ada hikmah, tarbiyah yang mengajar kita bahawa kejayaan tak akan berputik tanpa ada kegagalan.

Kesimpulannya,InshaAllah mari kita positifkan dan kendalikan diri kita dalam mangharungi berbagai kesulitan yang kita hadapi supaya kita akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum. Sebaiknya bila jatuh, kita patut bangun semula kerana Allah mahu kita lihat dari sudut lain kegagalan itu. Sebab, belum tentu semuanya yang mengecewakan kerna sudah pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala disebaliknya…=)

Exco Kepimpinan Dan Modal Insan
Persatuan Mahasiswa Hadhari 14/15

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti