Posts

Showing posts from 2014

BAH

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. Dua nikmat yang paling berharga, tanpa dua nikmat ini, kita tak punya apa-apa. Sepanjang tahun 2014, Malaysia bertubi-tubi dilanda ujian, yang pada perkiraan kami, bukannya ujian yang kecil, tetapi ujian yang sangat besar. Bencana alam, kematian, kehilangan dan pelbagai lagi. Andai kami senaraikan satu persatu ujian yang telah dikurniakan Allah kepada Malaysia, pastilah kita akan sedar bahawasanya tahun 2014 merupakan tahun yang sangat hebat menguji tahap keimanan kita. Para pembaca sekalian, Kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert hiburan yang sedangkan remaja ini mampu menjadi aset besar kepada negara, Seterusnya, kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 secara tiba-tiba di angkasaraya, dan sehingga sekarang perkhabarannya masih menjadi tanda tanya. Saat masih belum reda kehilangan itu, sekali lagi kita digemparkan dengan kes tembak pesawat MH17 yang mengorbankan

Semuanya Soal Hati

Image
Assalamualaikum.. Sihat ke semua?belaja okey?dah call mak ayah?emm apalagi ek nk tya..Haa Iman sihat?Opps bila bercakap tentang iman mesti susah nk jawab kan? Hanya kita dengan Allah je yang tahu. Jadi nya kat sini ada sedikit coretan untuk kita muhasabah dan recharge iman kita,InsyaaAllah;) “Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”  (Surah Al Baqarah : 216) Aduh!!! Cukup berat untuk kita menerima kebenaran ini, tetapi kadang-kadang dengan keegoaan kita padahal cuma sekadar seorang hamba tetap untuk tidak sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. Tidak pernah rasa cukup dengan apa yag kita dapat. ALLAH memberikan peringatanNYA kepada kita;  "barang siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi nikmatnya..." Disebabkan itulah salah satu cara untuk mendidik hati ini tentang erti rasa syukur ialah dengan s

Yes, I'm the boss!

Image
Salam alayk kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat hidup untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaihi wasallam. Baiklah, untuk entri kali ini, jom kita lihat kepada tajuknya, “ Yes, I'm the boss!”. Bunyinya macam gempak kan. Tapi sebenarnya, apa yang saya nak kongsikan di sini ialah bagaimana kita memandang pemimpin dan kepimpinan selama ini. Fitrah manusia memang dilahirkan sebagai khalifatullah iaitu khalifah Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Justeru, memang setiap daripada kita adalah pemimpin. Allah berfirman: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Srikandi terbilang, Muslimah gemilang Aisya Humaira Namanya menjadi sebutan, peribadinya menjadi ikutan. Kecerdasannya tiada gandingan, kecantikannya sentiasa menjadi bayangan.  Beliau seorang yang lincah, kebijaksanaannya tidak dapat disangkal. berjuang dalam pertualangan menegakkan aqidah, di sisi peribadi terunggul ummah, Rasulullah s.a.w. Saiditina Siti Aisyah merupakan isteri kepada pemimpin ummah terungul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan juga beliau merupakan anak kepada sahabat baik Nabi iaitu Abu Bakar as-sSiddiq r.a. Susur galurnya sahaja sudah cukup memperlihat betapa hebatnya beliau. Aisyah mendapat gelaran Humaira kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. Sedari kecil, beliau merupakan anak gadis yang sangat cerdas. keletahnya menghiburkan, bicaranya menyenangkan.  Saiditina Aisyah juga digelar Umul Mukminin, Ibu kepada kaum muslimin. disebabkan kecerdasannya itu, beliau senantiasa menjadi tempat rujukan bagi orang Islam satu masa dahulu dari kalangan k

Fiqh Solat 1

Image
FIQH SOLAT BAHAGIAN 1 Assalamualaikum. Solat merupakan tiang agama, dan bangunan tanpa tiang itu pasti tidak akan berdiri,manakala bangunan yang mempunya tiang yang goyah itu pasti tidak kukuh. Begitu juga fungsi solat dalam kehidupan seharian manusia. Solat ini lah yang membentuk peribadi muslim sejati seandainya dilaksanakan dengan sempurna.  Solat juga merupakan salah satu rukun Islam. Sekiranya kita lewah dalam melaksanakannya, adakah kita tergolong dalam golongan individu Islam.  Artikel ini bertujuan untuk mendedakan para pembaca berkenaan fiqh solat. dan artikel ini ditulis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari sendiri iaitu Wan Aslam Zakaria. Sebarang persoalan mengenai fiqh solat ini boleh diajukan terus kepada beliau. Jadi, selamat menuntut ilmu.  1.0 FIQH SOLAT(PERKARA YANG SUNAT DAN MAKRUH KETIKA SOLAT) Fasal pada menyatakan sunat Ab’ad dan sunat ai’ah di dalam solat. (Bermula) Sunat ab’ad adalah sunat yang berat dan digalakkan untuk melaku

PESTA ARAK (OCTOBERFEST)

Image
BANTAHAN PESTA ARAK (OCTOBERFEST): Assalamualaikum Saya Wan Aslam bin Zakaria menentang dan membantah keras pesta arak yang akan diadakan di 1 Utama Shopping Centre di Petaling Jaya pada 10-12 Oktober 2014. Saya minta sangat pihak berkuasa yang membenarkan pesta maksiat sebegini membatalkannya.  Wahai orang yang diberi akal, kamu mempunyai kuasa ntuk hentikannya, jika kamu tidak gunakan kuasa tersebut, maka tunggulah kamu! tunggulah balasan daripada Allah. Ingat Hadis Rasulullah SAW daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhu yang bermaksud: "Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan diminta dipertanggungjawabkan apa yang dipimpin.." (Riwayat Muslim) Wahai pemimpin Islam,tidak patut kamu membenarkan pesta ini sedangkan kamu tahu ianya Haram dan buruk padahnya. Dan satu lagi Hadis Rasulullah SAW daripada Anas ra yang bermaksud: "Rasulullah SAW telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak: 1) orang yang mem

Kasih ibu tidak bersempadan

Image
Malam semakin kelam, hujan renyai turun membasahi bumi hulu langat yg begitu segar dengan tumbuhan-tumbuhan hijau di kiri kanan jalan. Aku memandu perlahan sambil mata menjeling ke arah jam tangan yg menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Perjalanan dari shah alam ke tapak program di hulu Langat ini tidak la memakan masa yg lama. Tetapi keadaan hujan membuatkan perjalanan terasa lama dan meletihkan. Fikiran melayang teringatkan perbualanku dgn adik ku di telefon sebentar tadi. “iskandar, jgn kunci pintu rumah tau,” pesan ku kpd adikku. “abg udin nak balik ke?”soalnya kehairanan. “balik kejap je, tuala tertinggal kt shah alam, abg udin ade program kat hulu Langat ni,” balasku. “owh..okeh..hati-hati drive” “jauh lagi ke din?” soal amin di sebelah mengejutkan aku dari lamunan. Wajahnya kelihatan berkerut menahan ngantuk. “dekat dah ni, lebih kurang 500 meter lagi sampai la, insyaAllah,” balasku sambil tersenyum padanya. Sampai di 1 persimpangan, aku memberikan

Sahabat Prihatin 1 (Aurat)

Image
Assalamualaikum. As a start, Sahabat Prihatin merupakan satu sayap dakwah yang digerakkan oleh Exco Penerangan dan Informasi Persatuan Mahasiswa Hadhari dengan Kerjasama Academy Contemporary of Islamic Studies atau lebih feymes (baca: famous) dengan panggilan ACIS. Sahabat Prihatin ni amende? Prihatin sangat ke? Tang mana Prihatin tu? "Sahabat Prihatin? menarik. tapi macam mana perjalanannya ya akhi ya ukhti." "Sahabat Prihatin, saya tak faham lah. ni apa ni cane ni.?" okay bawa bertenang abang-abang kakak kakak gojes semua. sini cheq nak habaq. nak dikatanya, Sahabat Prihatin ini adalah satu aktiviti ala-ala street dakwah  yang beroperasi 2 minggu sekali pada hari Rabu dengan tajuk-tajuk yang berbeza, yang terkadang tajuk nya panas, kadang suam kuku kadang suam manja kadang panas meletup letup kadang hangat teh o panas kadang eh sudahlah.  okay, berbalik kepada cerita asal Sahabat Prihatin, atau ringkasnya espi (baca : SP) di mana perjal

Perutusan Aidil Adha

Image
Raya A'iduladha, Bukti ketaatan Nabi Ibrahim a'laihissalam dan Nabi Ismail a'laissalam terhadap Allah: Assalamualaikum Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Walillahil hamd, Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana temukan kita dengan hari raya Aiduladha. Sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat hari raya aiduladha kpd semua rakyat malaysia khususnya warga UiTM Shah Alam. Sahabat-sahabat, hari raya korban bkn sahaja untuk kita berkorbankan sebahagian duit kita dan memberi org yg lebih susah makan, bahkan ada kisah yang begitu besar iktibarnya kepada kita seluruh umat Islam. Nabi Ibrahim a'laihissalam, apabila sudah lama baginda menunggu kelahiran bayi daripada keturunanya, akhirnya Allah telah mengurniakan Nabi Ismail a'laihissalam. Namun selepas kelahiran Nabi Ismail Allah telah memerintahkan supaya ditinggalkan Hajar bersama Nabi Ismail di tanah yang tandus tiada penghuni iaitu Mekah. Disebabkan perintah Allah, Hajar akur dan

Sebarkan Sayapmu Duhai Pemuda...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita masih dihidupkan oleh Allah Taala dan dibekali dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam kita hadiahkan buat kekasih junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah menyampaikan risalah Islam kepada kita sehingga pada hari ini kita berupaya untuk menikmati indahnya kehidupan bersyariat, jauh daripada kemurkaan Allah dan terhindar daripda azab api neraka. Sahabat-sahabat, untuk entri kali ini, suka untuk saya mengajak kalian meneroka kembali perjalanan hidup kita selama ini. mungkin ada di antara kita yang telah menghirup udara di muka bumi ini selama 20 tahun, 21, 22 bahkan mungkin ada juga di antara pembaca sekalian yang telah melangkaui usia 25 tahun ke atas, benar bukan ? Aduhhhh, sudah lama rupanya aku hidupppp.. Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya sedang melang

Mana Islam dalam hati?

Assalamualaikum. Hari ini sekali lagi Allah beri pinjam nikmat. mata lidah hati jantung dan semua lah yang ada di sekeliling kita. kalau lah salah satu nikmat ini tiada, rasanya tak tahulah berapa banyak rungutan yang melantun dari lidah. fuh. Saya mahu menarik perhatian para pembaca sekalian yang saya pasti semuanya bijak bijak dan bahagia bahagia saat ini, saya ingin menarik dan mengajak para pembaca semua untuk berkerut kerut dengan ikhlas dalam memikirkan satu persoalan iaitu "Di mana Islam dalam hati kita?" "haish, nak pikiaq pa lagi,mestilah Islam ada dalam hati," "what to do what to do. Islam will always be in my heart." "yennadee cit. Islam tu agama aku, mestilah aku sayang Islam tu." Hebat semua nya. fuh. fuh. tapi sekiranya benar paksi Islam itu kuat dalam hati, izinkan saya bertanya, apa khabar kah agaknya warga Syria? apakah sihat warga Palestin? Bagimana agaknya keadaan rakyat Mesir? Sudah makan kah rakyat Gaza? Sudah

ALLAH MAHU KITA BELAJAR

Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat kehidupan untuk terus menghirup udaranya. Selawat & salam buat kekasih yang amat ku cintai sepenuh jiwa, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda juga buat para sahabat dan anbiya’ yang sentiasa diingati.. Mungkin kini masih ramai yang kecewa dek kejatuhan lalu, memang tidak dapat dinafikan setiap manusia ada kisah pahit manis dan saat getir dalam menuju redha Allah. Saat dimana segala yang kita impikan hanya sekadar impian yang menjadi angan-angan semata-mata. Saat bila mana manusia sekeliling bergembira, bersuka ria dengan segala kejayaan yang mereka kecapi, tapi kita terduduk di satu sudut menangisi kejatuhan yang kita alami. Mengapa harus membazir air mata kerana kejatuhan yang tidak akan kekal. Mungkin jua di saat itu tidak dinafikan satu perasaan yang menjadi fitrah seorang manusia terus menyelubungi diri kita iaitu cemburu. Cembu