PERISTIWA SREBRENICA MASSACRE

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]

[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]

[TRIVIA]

 

28 Zulkaedah 1442H | 9 Julai 2021

 

[ PERISTIWA SREBRENICA MASSACRE]











Pada setiap tanggal 9 Julai, ribuan rakyat Bosnia Herzegovina akan berhimpun bagi memperingati peristiwa berdarah pembunuhan kejam beramai-ramai umat Islam yang di kenali sebagai “Srebrenica Massacre“ oleh tentera Serbia yang di adakan di bandar Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Di samping rakyat Bosnia Herzegovina dan pemimpinnya, yang sentiasa hadir di perhimpunan tersebut ialah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Peristiwa yang berlaku pada Julai 1995 menjadi titik hitam kepada umat Islam Bosnia apabila tentera Serbia mengepung bandar Srebrenica dan melakukan pembunuhan kejam beramai-beramai tanpa rasa belas kasihan dan ihsan.

Tidak kurang daripada 8,000 umat Islam Bosnia yang dibunuh dengan kejam yang mana kebanyakannya adalah dari kalangan lelaki dewasa dan remaja. Setelah dibunuh, mereka ditanam beramai-ramai dalam kubur yang besar di pinggir bandar Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Seramai 8,373 orang disenaraikan hilang oleh Bosnian Federal Commission Of Missing Person akibat daripada peristiwa “Srebrenica Massacre“.

Pada Julai 2012, 6,838 mangsa dikenal pasti melalui ujian DNA daripada rangka manusia yang diperolehi setelah di gali semula kubur di mana kesemua mangsa di tanam beramai-ramai setelah dibunuh. Daripada jumlah tersebut, hanya 6,066 mangsa dikebumikan di Memorial Center of Potocari, Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Selebihnya mangsa tersebut masih tidak ditemui hingga ke hari ini yang mana telah diisytiharkan hilang mahupun terbunuh.

Pembunuhan terancang secara beramai-ramai ini dipimpin oleh Ratko Mladic, seorang general yang memimpin salah satu unit khas tentera Serbia, Army of Republika Srpska (VSR) ketika perang Yugoslavia dari tahun 1991 hingga 2001. Ratko Maldic pula berada di bawah pengaruh kuat Slobodan Milosevic yang menjadi Presiden Serbia dari tahun 1989 hingga 1997 seterusnya menjadi Presiden Yugoslavia dari tahun 1997 hingga 2000.

Konflik Bosnia bermula pada tahun 1991 di era keruntuhan Komunisma di Yugoslavia apabila satu referundum telah diadakan untuk menuntut pemisahan Bosnia Herzegovina daripada Yugoslavia dan menjadi sebuah negara yang merdeka. Wilayah BosniaHerzegovina pada ketika itu dihuni 44 peratus Muslim Bosnia, 31 peratus Orthodok Serbia dan 17 peratus Katolik Croatia. Pada 29 Februari 1992, referendum tersebut disokong dan diluluskan serta diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun keputusan rerefundum tersebut dibantah oleh puak Serb Bosnia yang memboikot referendum tersebut dan disokong oleh negara Serbia pimpinan Slobodan Milosevic. Akibatnya, tentera Serbia pimpinan Radovan Karadzic bertindak menyerang Bosnia Herzegovina dengan alasan untuk mengelak bumi Yugoslavia daripada berpecah, walhal sebab sebenarnya ialah untuk menghalang umat Islam Bosnia daripada merdeka dan dendam lama mereka terhadap Islam khususnya sejak era pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

Pembunuhan beramai-ramai umat Islam Bosnia di Srebrenica, Bosnia Herzegovina menjadi titik penting kerana akibat daripada peristiwa tersebut, ia menggerakkan masyarakat antarabangsa untuk bertindak dengan agresif terhadap kekejaman tentera Serbia terhadap Umat Islam Bosnia. Akibat desakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa, pada 18 Mac 1994, satu perjanjian damai yang dikenali sebagai Washington Agreement telah ditandatangani dan akhirnya Bosnia Herzegovina telah menjadi sebuah negara yang merdeka.

Namun tentera Serbia terus menyerang Bosnia Herzegovina walaupun telah menandatangani perjanjian damai dan wujudnya Bosnia Herzegovina sebagai sebuah negara merdeka. Akhirnya pada tahun 1995, NATO telah melancarkan Operation Deliberate Force dengan menyerang kedudukan tentera Serbia di wilayah yang bergolak di mana akhirnya tindakan tersebut telah menamatkan peperangan yang berlarutan sejak sekian lama.

Pada 21 November 1995, satu rundingan damai telah diadakan di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat di antara Bosnia Herzegovina dan Serbia dan pada 14 Disember 1995, satu perjanjian damai telah ditandatangani di Paris, Perancis yang mana telah mengakhiri dan menamatkan perang saudara yang berlangsung hampir 5 tahun yang telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa dan harta benda.

Kesimpulannya, kisah Perang Bosnia ini wajar dijadikan teladan buat umat Islam di seluruh dunia agar kita tidak terus alpa. Kita juga sewajarnya mendoakan mereka yang menjadi mangsa perang Bosnia agar ditempatkan bersama sama para syuhada’.

Sekian.

 

“AGENT OF CHANGE TOWARDS PROFESSIONAL RABBANI”

 

Disediakan oleh:

[NORFADHLAN ADLI BIN NORKHAIRI]

EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22 PERSATUAN MAHASISWA HADARI (PMH)


#ExcoPeneranganDanInformasi 

#PersatuanMahasiswaHadari2122

#PMHUiTMSA

 

 

 

RUJUKAN

 https://ms.history-hub.com/apakah-perang-bosnia

https://harakahdaily.net/index.php/2019/08/02/memperingati-pembunuhan-kejam-umat-islam-bosnia/

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/03/433881/sejarah-luka-bosnia-herzegovina

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti