PALESTIN DAN PASCA GENCATAN SENJATA
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]
20 Zulkaedah 1442H | 1 Julai 2021
[Palestin: Keadaan Terkini Selepas Gencatan Senjata]
Konflik Israel-Palestin bukanlah satu isu yang baru
diperkatakan. Malah isu ini telah lama berlegar dikalangan masyarakat dunia
khususnya sejak zaman berdekad yang lalu apabila penjajahan oleh puak Zionis
laknatullah ini terhadap bumi Palestin apabila jatuhnya kerajaan Uthmaniah di
Perang dunia yang pertama oleh kolonisasi kerajaan British yang membenarkan
kemasukan imigran kaum Yahudi dari benua Eropah setelah berlakunya peristiwa
Holocaust. Perkara ini lebih memburukkan apabila bangsa terkutuk ini dengan
beraninya telah mendirikan sebuah negara sendiri diatas kewujudan bumi Palestin
tanpa rasa segan silu dan berani meragut hak asasi dan kemanusiaan
rakyat-rakyat Palestin sehingga mengorbankan ribuan nyawa terkorban dan perkara
itu masih lagi berlanjutan sehingga ke hari ini. Seperti yang kita maklum,
baru-baru ini terjadinya konflik yang terbaru diantara puak Yahudi Zionis dan
rakyat Palestin apabila puak zionis telah menghalau secara paksa penduduk
Palestin di Kawasan Sheikh Jarrah walaupun kawasan dan tanah tersebut merupakan
hak milik penduduk Palestin. Rentetan perkara berikut telah membawa kepada
amarah oleh rakyat Palestin dan protes aman telah berlaku sehingga membawa
kepada serangan zionis di Masjidil Aqsa semasa ratusan umat Islam Palestin
sedang beribadah di masjid tersebut.
Berdasarkan
kenyataan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang terletak di Gaza,
mereka menganggarkan sekurang-kurangnya seramai 232 orang rakyat Palestin
termasuk 65 orang kanak-kanak dan 39 orang wanita telah terkorban dan seramai 1,
700 orang rakyat Palestin yang lainnya mengalami kecederaan daripada peristiwa
tersebut. Selain itu, beberapa pusat kesihatan, pejabat media dan kawasan
perumahan telah musnah dibedil oleh tentera Zionis tersebut. Hal ini,
menunjukkan betapa kejam dan bencinya puak-puak Zionis ini kepada umat Islam
khususnya di Palestin. Justeru, adakah bermakna sekiranya gencatan senjata
dilakukan untuk meleraikan konflik ini? Adakah akan ada sinar baru kepada umat
Islam selepas berlakunya gencatan senjata ini walhal kita sudah sedia maklum
bahawa bangsa ini tidak akan sesekali tunduk akan kebenaran yang terdampar di
hadapan mereka.
GENCATAN SENJATA DI PALESTIN
Sebelum itu, perlulah kita menyelusuri terlebih dahulu
apakah maksud sebenar gencatan senjata ini. Maksud gencatan senjatan pada
kasarnya boleh disebut sebagai penghentian tembak-menembak dalam peperangan.
Secara ilmiahnya, ia boleh disebut sebagai kesepakatan untuk penghentian
permusuhan yang aktif antara dua atau lebih pihak yang berperang dan secara
kebiasaannya, tempoh gencatan senjata yang dilakukan akan ditentukan oleh pihak
yang mengadakan kesepakatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan berlakunya
gencatan senjata di Palestin? Adakah pihak Zionis ini telah bersungguh untuk
menghentikan permusuhan ini? Menurut beberapa pemerhatian yang telah dilakukan,
salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada gencatan senjata yang berlaku
baru-baru ini adalah disebabkan suara tentangan dan tekanan masyarakat dunia
terhadap kekejaman rejim Zionis kepada
umat Islam di Palestin. Hal ini berikutan dengan serangan siber dan perkongsian
info yang sahih dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia mengenai perkara ini
telah membuka mata masyarakat dunia akan perkara sebenar yang berlaku di
Palestin sehingga menyebabkan berlakunya beberapa protes aman yang telah
dilakukan di beberapa negara seperti di London (UK), Madrid (Spain), Paris (France),
Doha (Qatar), Chicago (US) dan beberapa negara lain khususnya di negara-negara
barat dan Eropah. Kelebihan dan penggunaan teknologi masa kini telah memudahkan
penyeberan maklumat yang sahih dilakukan dengan lebih pantas dan efisien.
Selain itu, faktor terbesar yang lainnya juga adalah
disebabkan kegagalan dan kekalahan puak Zionis dalam meruntuhkan dan
melumpuhkan kubu para Mujahidin menyebabkan berlakunya gencatan senjata ini.
Kelumpuhan sistem pertahanan mereka untuk menangkis serangan yang bertalu oleh
tentera Hamas serta kekurangan senjata api menyebabkan mereka akhirnya
bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata ini. Bangkitnya suara umat Islam
diseluruh dunia dan kebangkitan para Mujahidin pada kali ini telah mematahkan
keberanian tentera Israel dalam menghancurkan umat Islam di Palestin. Gencatan
senjata yang telah disepakati bukan sahaja memberikan kebahagiaan kepada rakyat
Palestin, malah ianya juga memberikan kegembiraan kepada masyarakat dunia
kerana ketidakstabilan yang berlaku di Palestin bukan sahaja menggugat
kedamaian di negara Asia Barat, malah ianya juga akan menempah ketidakdamaian
di seluruh dunia.
KEADAAN TERKINI DI PALESTIN SELEPAS GENCATAN SENJATA
Namun begitu, harus kita sedar, adakah akan ada perubahan
yang besar berlaku setelah berlakunya gencatan senjata di bumi Palestin ini?
Yang pasti tentera Zionis laknatullah ini masih lagi menjajah di beberapa kawasan
di bumi Palestin seperti di Genting Gaza, Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur yang
masih lagi didiami oleh rakyat Palestin. Menurut kata-kata Timbalan Pengarah
Majlis Program Asia Barat Atlantic, Tuqa Nusairat, yang dikutip dari portal
Sinar Harian baru-baru ini berkata, aktiviti-aktiviti penempatan haram Yahudi
akan diteruskan manakala penduduk Palestin terpaksa berpindah daripada
penempatan asal mereka. Jadi, tidak hairanlah apabila kerakusan puak-puak
Zionis ini masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Gencatan senjata yang telah
dilakukan telah dikhianati dan ini jelas menunjukkan sikap sebenar puak ini
yang suka berbohong dan berdusta yang turut Allah telah jelaskan di dalam
Al-Quran di dalam Surah Al-Maa’idah ayat 41, Allah berfirman:
Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh
orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu diantara
orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka:"Kami telah beriman",
padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi.
(Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat
suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang
kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya.
Mereka mengatakan: "Jika diberikan ini (yang sudah di robah-robah oleh
mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini maka
hati-hatilah." Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka
sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada
Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati
mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan
yang besar. (Q.S. Al-Maa’idah : 41)
Seperti yang terjadi baru-baru ini, apabila beberapa rakyat
Palestin telah diculik oleh tentera Zionis di Tebing Barat, Jurusalem dan
beberapa wilayah di Palestin yang telah dijajah oleh Israel sejak tahun 1948.
Tanpa sebab yang munasabah, rakyat Palestin telah diculik dan diperlakukan
seperti penjenayah dan hak kebebasan mereka telah diragut oleh
pendatang-pendatang haram ini. Pencabulan hak asasi manusia, kebebasan untuk
beribadah dan kebebasan untuk memiliki kehidupan yang sempurna terus dicabuli
dan diragut oleh puak-puak ini. Justeru, usaha yang berterusan oleh masyarakat
dunia khususnya umat Islam pada masa kini perlu diteruskan dan diperkuatkan
untuk membebaskan bumi Palestin dari terus dibelenggu oleh puak-puak Zionis
laknatullah ini.
RESPON UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA
Tuntasnya, langkah-langkah yang lebih proaktif haruslah
diambil oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia
perlu mencari satu alternatif baru untuk menghadapi serangan Zionis pada masa
kini. Semangat Jihad dan perpaduan yang tinggi keatas seluruh umat Islam tanpa
mengira latar belakang politik dan kefahaman yang berbeza amat diperlukan untuk
melawan segala bentuk serangan oleh puak-puak Zionis ini. Ketidakutuhan dan
perpecahan umat Islam pada hari ini adalah salah satu faktor besar yang menyumbang
akan berlakunya hal tersebut. Para pemimpin Islam haruslah memainkan peranan
penting akan hal ini untuk menyemarakkan kembali sifat perpaduan antara umat
Islam diseluruh dunia. Penggunaan dan penguasaan teknologi pada masa kini
khususnya yang dapat kita lihat baru-baru ini turut memainkan peranan penting
dalam menjatuhkan usaha tentera Zionis untuk memusnahkan martabat umat Islam. Hal
ini terbukti apabila penggunaan teknologi yang betul dapat melumpuhkan semangat
dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis tersebut. Justeru, usaha-usaha
yang proaktif perlu lebih dipergiatkan dalam mencari keharmonian dan keamanan
di bumi Palestin.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, konflik Israel-Palestin ini bukanlah hanya
isu keagamaan sahaja, malah ianya merupakan isu sejagat. Gencatan senjata yang
dilakukan oleh kedua-dua pihak masih lagi belum menampakkan sinar yang baru
khususnya umat Islam di bumi Palestin. Penderitaan terhadap umat Islam disana
terus berlaku tanpa adanya sebarang solusi untuk menghentikan kekejaman ini. Tuntasnya,
usaha yang berterusan dan lebih proaktif haruslah tidak dipandang enteng oleh
masyarakat dunia dan umat Islam pada masa kini untuk menyemarakkan kembali
syiar Islam di bumi Palestin.
Sekian.
“AGENT OF CHANGE TOWARDS PROFESSIONAL RABBANI’
Disediakan oleh:
[NURUL FARHANAH BINTI JUMAT]
SEKRETARIAT,
EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI(PMH)
#UnitIsuSemasa
#ExcoPeneranganDanInformasi
#PersatuanMahasiswaHadhari2122
RUJUKAN
https://www.sinarharian.com.my/article/139988/KOLUMNIS/Konflik-Palestin-Israel-jadi-fokus
https://www.tribunnews.com/nasional/2021/05/21/apa-itu-gencatan-senjata-ini-pengertiannya
https://www.sinarharian.com.my/article/139987/KOLUMNIS/Solidariti-untuk-rakyat-Palestin
https://verst.com.my/pilihan-editor/sebab-israel-mahukan-gencatan-senjata/
Comments
Post a Comment