HARI ARAFAH
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI
21/22]
[EXCO PENERANGAN DAN
INFORMASI]
[TRIVIA]
9 Zulhijjah 1442H | 19 Julai
2021
[ HARI ARAFAH ]
Hari Arafah merupakan satu perayaan yang jatuh pada tanggal sehari sebelum bermulanya Hari Raya Aidiladha. Hari Arafah merupakan hari di mana berlakunya pelaksanaan ibadah wukuf iaitu salah satu rukun dalam ibadah haji. Sesungguhnya, penyempurnaan haji dengan mengerjakan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung sehingga termaktub dalam hadis.
Sabda Rasulullah SAW:
الْحَ جُّ عَرَفَةُّ
Maksudnya: ''Haji itu berada
di Arafah.''
[ Riwayat Ibnu Majah (3015),
al-Nasaie (3016), Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sahihnya, Imam Ahmad (18774)
di dalam Musnad ]
Tarikh jatuhnya Hari Arafah
ini bagi pelaksanaan ibadah haji diisytiharkan oleh pihak pemerintah kerajaan
Arab Saudi, iaitu tarikhnya jatuh pada tanggal 9 Zulhijjah. Bagi negara yang
berlainan terbit matahari seperti Malaysia, penentuan 9 Zulhijjah adalah
mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing. Pada hari Arafah ini,
umat Islam digalakkan melakukan ibadah puasa iaitu dinamakan puasa Arafah.
Puasa pada Hari Arafah mempunyai banyak kelebihannya kerana pada hari tersebut
banyak keistimewaan yang Allah janjikan buat hamba-hambaNya.
Antara kelebihan tersebut
ialah:
1. Hari Arafah adalah hari di
mana agama ini telah sempurna.
Daripada Umar bin al-Khattab
RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:
يَا أَمِيرَُّ ال مؤْمِنِينَ، آيَةُّ فِي كِتَابِ كمُّْ تَقْرَ
ءونَهَا، لَوُّْ عَلَيْنَا مَعْشَرَُّ اليَ هودُِّ نَزَلَتْ، لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَُّ
اليَوْمَُّ عِيدًا . قَالَُّ : أَ يُّ آيَةٍ؟ قَالَُّ : " اليَوْمَُّ أَكْمَلْ
تُّ لَ كمُّْ دِينَ كمُّْ وَأَتْمَمْ تُّ عَلَيْ كمُّْ نِعْمَتِي وَرَضِي تُّ لَ ك
مُّ الإِسْلاَمَُّ دِينًا " [ المائدة : 3] قَالَُّ عمَ رُّ : قَدُّْ عَرَفْنَا
ذَلِكَُّ اليَوْمَُّ ،
وَالمَكَانَُّ الَّذِي نَزَلَتُّْ فِيهُِّ عَلَى النَّبِ يُِّ
صَلَّى اللُّ عَلَيْهُِّ وَسَلَّمَ، وَه وَُّ قَائُِّ مُّ بِعَرَفَةَُّ يَوْمَُّ ج
معَةٍُّ
Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin,
satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas
kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai
perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan
bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku
telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah
ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika
baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”.
[ Riwayat al-Bukhari (43) dan
Muslim (5334)]
2. Hari Arafah adalah hari
Penyaksian.
Daripada Abu Hurairah RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:
اليَوْ مُّ المَوْ عودُّ يَوْ مُّ القِيَامَةِ، وَاليَوْ مُّ المَشْ
هودُّ يَوْ مُّ عَرَفَةَ، وَالشَّاهِدُّ يَوْ مُّ ال ج معَةُِّ
Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari
Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat”.
[Riwayat al-Tirmizi (3262)]
3. Kebesaran berdoa di hari Arafah.
Daripadaُّ Abdullahُّ binُّ ‘Amr,ُّ bahawaُّ Nabiُّ SAWُّ
bersabda:
خَيْ رُّ الد عَاءُِّ د عَا ءُّ يَوْمُِّ عَرَفَةَُّ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”.
[Riwayat al-Tirmizi (3509)]
4. Puasa pada hari tersebut
menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa
Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
ي كَفِ رُّ السَّنَةَُّ الْمَاضِيَةَُّ
وَالْبَاقِيَةَُّ
Maksudnya: “Puasa pada hari
tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.
[Riwayat Muslim (1977)]
5. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنُّْ يَوْمٍُّ أَكْثَرَُّ مِنُّْ أَنُّْ ي عْتِقَُّ اللُّ
فِيهُِّ عَبْدًا مِنَُّ النَّارِ، مِنُّْ يَوُّْمُِّ عَرَفَةَُّ
Maksudnya: “Tidak ada satu
hari yang lebih banyak dibebaskan hambaNya daripada api neraka melainkan pada
hari Arafah”.
[ Riwayat Muslim (2402) ]
Dalam riwayat lain, disebutkan juga,
Diriwayatkan daripada hadis Jabir, Rasulullah SAW bersabda,
مَا مِنُّْ يوْمٍُّ أَفْضَ لُّ عِنْدَُّ اللَُِّّّ مِنُّْ يوْمُِّ
عَرَفَةَُّ يَنْزِ لُّ اللَُّّّ إِلَى السَّمَاءُِّ الد نْيَا فَي بَاهِي بِأهَْلُِّ
الأَرْضُِّ أَهْلَُّ السَّمَاءُِّ ، فَيَق و لُّ : انْ ظ روا
إِلَى عِبَادِي شعْثًا غبْرًا ضَاحِينَُّ جَا ءوا مِنُّْ ك لُّ
فَ جٍُّ عَمِيقٍُّ يَرْ جونَُّ رَحْمَتِي ، وَلَمُّْ يَرَوْا عَذَابِي ، فَلَمُّْ ي
رَُّ يَوْ مُّ أَكْثَ رُّ عِتْقًا مِنَُّ النَّارُِّ
مِنُّْ يوْمُِّ عَرَفَةَُّ .
Maksudnya: ''Tiada ada hari
yang paling baik di sisi Allah melainkan hari Arafah. Allah turun ke langit
dunia dan bermegah-megah dengan penduduk langit untuk penduduk dunia, Lantas
berkata,”Lihatlah kepada hambaKu, mereka berkumpul di hadapan dengan penuh
debu, mereka datang dari semua penjuru yang jauh, mereka mengharapkan rahmatKu,
dan tidak mengharapkan azab, Maka tidak dilihat hari yang lebih banyak
pelepasan daripada api nerakaKu daripada hari Arafah.''
[ Riwayat Ibnu Hibban (3853), Abuُّ
Ya’laُّ (2036)ُّ diُّ dalamُّ Musnad ]
Namun begitu, orang Islam yang
menunaikan ibadah haji tidak disyariatkan untuk berpuasa pada hari Arafah
kerana, tempat wukuf tersebut merupakan tempat bagi mereka untuk merayakan hari
raya. Hal ini dijelaskan seperti dalam hadis di bawah:
Daripada Uqbah bin 'Amir
bahawa Nabi SAW bersabda,
يَوْ مُّ عَرَفَةَُّ وَيَوْ مُّ النَّحْرُِّ وَأَيَّا مُّ التَّشْرِيقُِّ
عِيد نَا أَهْلَُّ الْإِسْلَامُِّ وَه نَُّّ أَيَّا مُّ أَكْلٍُّ وَ شرْبٍُّ
Maksudnya: “Hari Arafah, hari
Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita
orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”.
[ Riwayat al-Tirmizi (773),
Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad ]
Sesungguhnya Rasulullah SAW
berbuka puasa di Arafah dengan keadaan manusia melihatnya. Melalui riwayat
lain, dikatakan Rasulullah SAW melarang umat Islam untuk berpuasa pada hari
Arafah di padang Arafah. Diriwayatkan juga daripada Sufyan bin 'Uyainah, beliau
disoal mengenai larangan berpuasa hari Arafah di padang Arafah. Beliau
berkata,'' Larangan tersebut terjadi kerana, ketika itu Allah sedang menyambut
tetamu-tetamu-Nya, dan Allah tidak mahu melihat tetamu-tetamuNya dalam
kelaparan.''
Kesimpulannya, hari Arafah
merupakan satu hari yang sangat istimewa. Hal ini kerana, hari tersebut
memiliki banyak keistimewaan dan kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah
buat semua umat Islam. Oleh itu, kita hendaklah merebut setiap peluang dan
ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah agar kita tidak termasuk dalam
kalangan orang-orang yang rugi dengan hanya membiarkan hari tersebut berlalu
tanpa ibadah dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya.
Sekian.
“AGENT OF CHANGE TOWARDS PROFESSIONAL RABBANI”
Disediakan oleh:
[NUR SYAHFIKAH BINTI ABDULLAH]
SEKRETARIAT,
EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI
21/22
PERSATUAN MAHASISWA HADARI
(PMH)
#ExcoPeneranganDanInformasi
#PersatuanMahasiswaHadari2122
RUJUKAN
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Ogos 15, 2018. BAYAN AL-FALAK SIRI 2 : IDUL ADHA DAN PUASA HARI ARAFAH. Diambil daripada
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Nov 03, 2017. BAYAN LINNAS SIRI KE-110 : KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA. Diambil daripada
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Nov 03, 2017. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-115: KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI ARAFAH. Diambil daripada
Comments
Post a Comment