AIDIL ADHA: MENYELAMI ERTI PENGORBANAN
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]
[EXCO PENERANGAN DAN
INFORMASI]
[TRIVIA]
9 Zulhijjah 1442H | 19 Julai
2021
[Aidil
Adha: Iktibar Pengorbanan Agung]
Rasulullah SAW telah bersabda,
فَ إِنَّ
اللَّه قََدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ
النَّحْرِ
Maksudnya
: ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik
iaitu
Hari
Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.''
Riwayat
Imam Ahmad (12362)
Allah telah menggantikan
kepada umat-Nya dua hari untuk berseronok kosong dan lalai pada hari itu dengan
hari untuk kita bersyukur, memohon keampunan dan kemaafan antara satu sama
lain.
Hari Raya Korban atau Hari
Raya aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Tarikh 10 Zulhijjah ini
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam. Pada tarikh ini, banyak sejarah
yang telah berlaku. Antaranya, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari
syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar
Mekah. Selain itu, ibadah korban yang dilakukan semasa hari raya aidiliadha
adalah bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup
menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya yang tidak berbelah-bahagi
terhadap Allah S.WT.
Pada suatu malam, Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa Allah memerintahkannya untuk menyembelih anak kesayangannya. Baginda pun menceritakan mimpinya kepada anaknya, Nabi Ismail. Nabi Ismail pun meminta ayahnya melakukan apa yang Allah perintahkan. Perintah itu dilaksanakan dengan penuh keyakinan bahawa perintah Allah SWT tersebut merupakan suatu yang harus dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan. Saat keduanya sudah berserah kepada Allah dan sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya lalu mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu menyembelih leher anaknya. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas. Kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Allah dan memuji kebeasaran dan kekuasaan Allah kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanah berat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Bertitik tolak dari peristiwa ini, umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Penyembelihan
binatang korban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut di dalam Islam dan
harus dilaksanakan oleh mereka yang mampu sebagaimana yang dinukilkan dalam
firman Allah SWT dalam surah al-Kautsar, ayat 1-2 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Nabi Muhammad)nikmat yang banyak
(antaranya sungai al-Kautsar di syurga), maka dirikanlah sembahyang kerana
Tuhanmu dan sembelihlah binatang korban (kerana mensyukuri nikmat-nikmat-Nya)”.
(Surah
Al-Kauthar, Ayat 1-2)
Syariat
berkorban menegaskan bahawa umat Islam memiliki empati dan simpati antara sesama insan, memperkukuh dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT serta mengeratkan hubungan
sesama manusia yang secara jelas memperlihatkan penegasan bahawa kebersamaan
adalah nilai keutuhan umat.
Pengajaran yang dapat kita jadikan iktibarf di sebalik Aidil Adha adalah betapa pentingnya menjaga kesatuan dan perpaduan ummah dalam masyarakat, selain memahami bahawa manusia itu adalah sama di sisi Allah SWT dan yang membezakan mereka adalah sifat takwa yang dimilikinya. Antara hikmah lain disyariatkan ibadah korban adalah bagi meneladani perjuangan, pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s. serta keluarganya terhadap perintah Allah SWT. Justeru, bagi mencapai matlamat perpaduan ini, maka perlu ada pengorbanan yang sangat besar dan kerjasama yang berterusan daripada semua pihak. Hikmah yang cukup indah, yakni proses pentarbiahan kita tentang solidariti sosial, ukhuwah Islamiyah, perdamaian, kesucian, kebersihan, serta kepedulian terhadap umat Islam yang lain melalui pengagihan sembelihan korban.
Sekian.
"AGENT
OF CHANGE TOWARDS PROFESSIONAL RABBANI"
Disediakan
oleh:
[NORALIA
AMALINA BINTI NORDIN]
SEKRETARIAT,
EXCO
PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22
PERSATUAN
MAHASISWA HADHARI (PMH)
#ExcoPeneranganDanInformasi
#PersatuanMahasiswaHadhari2122
#PMHUiTMSA
RUJUKAN
-
Risalah Aidil Adha: Pelaksanaan Korban dan Hikmahnya Edisi 1440/2019 diperoleh
daripada
https://drive.google.com/file/d/1-DQALiKCQZGGHIUx4h8oc0UfYfJlgJFg/view?usp=drive sdk
Casino Near Me - Mapyro
ReplyDeleteGet directions, reviews and information for 충청북도 출장마사지 Casino Near 강릉 출장안마 Me in 군산 출장안마 Pinellas, CA. 충청북도 출장샵 Get directions, reviews 용인 출장안마 and information for Casino Near Me in Pinellas,