PENGERTIAN HARI TASYRIK
[PERSATUAN
MAHASISWA HADHARI 21/22]
[EXCO
PENERANGAN DAN INFORMASI]
[TRIVIA]
11 Zulhijjah
1442H | 21 Julai 2021
[PENGERTIAN
HARI TASYRIK]
Dari
penerangan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari, kalimah tasyriq itu sendiri berasal
dari perkatan “syarqu” membawa dua maksud iaitu bercahaya dan cahaya matahari.
Pertama, apa yang dikatakan dengan “bercahaya”. Ia dimaksudkan dengan hari yang
bercahaya. Kebiasaannya pada tanggal 11, 12, 13, Zulhijjah ini dalam kalender
Islam penampakan bulan hampir penuh. Jadi dengan cahaya bulan tersebut ia
memudahkan urusan Mabit di Mina. Justeru dengan cahaya bulan pada waktu malam
dan disambung cahaya matahari pada waktu siangnya ia dikenali sebagai hari yang
bercahaya. (Al-Jauhari, 2019)
Seterusnya,
maksud kedua pula adalah cahaya matahari. Apabila jemaah Haji selesai
menjalankan urusan ibadah qurban, mereka akan menghiris daging qurban tersebut
secara nipis untuk dijadikan daging salai. Ia dilakukan sedemikian kerana
berlaku lambakan daging qurban pada waktu itu. Mereka juga menjemur/menyalai
daging tersebut supaya memberi ketahanan kepada daging qurban supaya tidak
rosak sekaligus menjadi bekalan untuk jemaah Haji untuk pulang ke tempat mereka
semula. Sekaligus merujuk pada peristiwa itu ia di namakan sebagai hari Tasyrik
iaitu hari menjemur daging bersumber dari cahaya matahari.
Berdasarkan
makna dan kisah yang diperolehi dari kalimah ‘Tasyrik’ terdapat beberapa 2
nilai baik yang dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah,
kita seharusnya meneliti dan menggunakan setiap kejadian alam ini dengan sebaik
mungkin di samping dalam mentaati perintah Allah S.A.W. Contohnya Allah telah
berfirman:
كَانُوا
قَلِيالً مِنَ اللَّيْلِ مَا ي هَْجَعُونَ ) 17 ( وَبِِلَْْسْحَارِ هُمْ يَسْتَ غْفِرُونَ
) 18 )
Maksudnya:
Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam (17) Dan pada akhir malam mereka
memohon keampunan (kepada Allah) (18)
Az-Zariyat
51:17-18
Waktu
malam juga adalah ciptaan Allah. Jadi merujuk kepada ayat alquran di atas,
dengan penciptaan waktu malam ini kita seharusnya memanfaatkannya dengan
memohon keampunan kepada Allah seperti melakasanakan Qiamullail atau berzikir
pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, kita juga harus mengelakkan diri
dari melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melayari internet atau
laman sosial secara berlebihan dan berbual hingga larut malam. Secara tidak
langsung, kita mampu mengikuti dan mencontohi nilai yang baik bersempena nama
“Hari Tasyrik” tersebut.
Bijak
dalam menguruskan perbelanjaan juga adalah nilai yang diperolehi dalam
peristiwa ini. Melihat kepada situasi yang mana jemaah Haji akan menyimpan
daging dengan cara menyalainya supaya dapat dijadikan bekalan dalam perjalanan
pulang. Sewajarnya pada masa kini kita, perlu memastikan kewangan dan
perbelanjaan dapat diatur dengan baik. Contohnya, amalan menabung perlu
diamalkan supaya ia dapat digunakan wang tersebut di waktu kecemasan.
Sehubungan dengan itu, berbelanjalah dengan barangan yang menjadi keperluan.
Kita tidak sepatutnya, mudah membazir wang dan terpikat dengan promosi sesuatu
jualantambahan lagi sewaktu musim perayaan kerana ia boleh membawa seseorang
tersebut berbelanja melebihi kemampuan nya. Ia Juga selaras dengan firman Allah;
إِنَّ الْمُبَ
ذِرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَب هِ كَفُوارا
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara setan dan setan itu
sangat ingkar kepada Tuhannya.
Al-Israa
17:27
Jelaslah,
disini bahawa Allah telah melarang umatnya bersikap boros di dalam kehidupan
kerana ia mengikuti jejak langkah syaitan.
Kesimpulannya,
dengan adanya Hari Tasyrik ia mampu memberi kesedaran umat Islam supaya tidak
melakukan perkara yang menyanggahi syarak. Terdapat 2 nilai yang telah
terkandung di dalam ‘Hari Tasyrik ini yang berlaku secara tidak langsung
menurut pandangan penulis . Jadi umat Islam pada masa kini perlu melihat
apa-apa peristiwa yang berlaku di datas muka bumi mestilah melihat sebagai satu
pengajaran untuk di pelajari. Ini bagi menggalakkan umat Islam pada hari ni
supaya memikirkan tentang hikmah terhadapa sesuatu perkara ataupun peristiwa
yang dapat di jadikan pedoman untuk umat pada hari ini. Wallahualam
Sekian,
"AGENT
OF CHANGE TOWARDS PROFESSIONAL RABBANI"
Disediakan
oleh:
[MOHAMAD
NAZZIMI BIN SUAIP]
SEKRETARIAT,
EXCO
PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22
PERSATUAN
MAHASISWA HADHARI (PMH)
#ExcoPeneranganDanInformasi
#PersatuanMahasiswaHadhari2122
#PMHUiTMSA
Rujukan;
Al-Jauhari,
U. R. (2019, Ogos 13). IKIMfm. Merujuk dari Facebook: https://www.facebook.com/watch/?v=2624767527574279
Comments
Post a Comment