TRANSGENDER MENARI DI MAJLIS PERKAHWINAN

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]


07 Syaaban 1440H | 13 April 2019

Tajuk : Transgender Menari di Majlis Perkahwinan

1⃣ Baru2 ini telah tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan aksi ghairah seorang transgender yang diundang membuat persembahan istimewa di majlis perkahwinan seorang model.

2⃣ Video yang tular itu memaparkan seorang transgender yang berpakaian seksi dan menjolok mata sedang menunjukkan tarian separuh bogel sambil disaksikan orang ramai termasuklah kanak-kanak dan orang tua yang hadir.

3⃣ Lebih mengejutkan apabila ditanya tentang sebab pengantin lelaki tersebut menjemput transgender itu ke majlisnya, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa *_"Persembahan itu hanya sekadar hiburan untuk tetamu yang hadir ke majlis. Jadi perkara itu bukanlah suatu isu yang besar"_*

4⃣ Majlis perkahwinan seharusnya dihidangkan dengan sesuatu yang barakah seperti acara berselawat beramai-ramai mahupun alunan bacaan al-Quran yang diperdengarkan oleh para huffaz. Tidak seharusnya majlis ini dicemari oleh pertunjukan yang kurang sopan seperti tarian separuh bogel sebagaimana yang telah tular. Perkara ini bercanggah dengan budaya dan adat melayu kita yang sememangnya mengutamakan kesopanan dan keberkatan di dalam majlis. Apa yang berlaku di dalam video tersebut tidak seharusnya terjadi dalam masyarakat kita yang mana majoritinya beragama islam. Tarian separuh bogel yang dipersembahkan seperti di dalam video boleh memberikan kesan buruk kepada sanak saudara atau keluarga yang melihatnya lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana mereka mudah terpengaruh dengan setiap perkara yang dilihat di sekeliling mereka.

5⃣ Pada pengamatan saya, tindakan pengantin tersebut yang mengundang golongan transgender ini untuk membuat persembahan boleh disifatkan sebagai tanda sokongan kepada golongan ini, seolah-olah beliau mengiktiraf kewujudan komuniti transgender ini sebagai ahli masyarakat. Hal ini amat membimbangkan kerana golongan transgender ini sememangnya golongan yang dilaknat oleh Allah atas dasar mereka mengubah ciptaan Allah dengan menukar tubuh badan mereka yang asal, contohnya daripada lelaki menjadi perempuan. Hal ini sama sekali salah di sisi Islam.

6⃣ Si polan yang mengajak golongan ini tampil dengan beraninya di mata masyarakat dengan aksi ghairah seperti yang dipaparkan dalam video tersebut boleh dianggap bersubahat dengan golongan transgender ini. Ia dilihat sebagai satu cubaan untuk mempromosikan golongan transgender ini pada umum seolah-olah tiada salahnya perbuatan ini dilakukan di hadapan masyarakat. Maka di sini, bukan sahaja golongan transgender ini yang harus bertaubat dengan segera, tetapi si polan itu juga harus memohon keampunan kepada Allah.

7⃣ *Hadis daripada Ummu Salamah :*

"Bahawa Nabi SAW berada di rumahnya dan terdapat di sebuah
rumah seseorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi SAW berkata kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: _"Jika Allah membebaskan Ta'if bagi kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan pada kamu rumah Binti Ghaylan, yang datang dengan empat dan pergi dengan lapan anggota"._ *Maka sabda Nabi S.A.W:* *_"Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu."_*

8⃣ Hadis ini menyebut tentang golongan transgender, di mana pada zaman Nabi SAW terdapat seorang pondan. Lalu Nabi SAW memberi amaran agar tidak membawa masuk pondan itu ke rumah-rumah orang Islam. Nabi SAW berpesan agar menjauhkan golongan ini daripada rumah kediaman orang Islam atas tujuan memelihara keluarga dan menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala negatif serta menghalang daripada timbulnya fitnah yang lebih besar. Bahkan, Rasululullah SAW juga berpesan ketika bersama dengan golongan ini, amat sukar untuk umat Islam menjamin ketulusan dalam beragama. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada bergaul dengan golongan ini.

9⃣ Kita seharusnya menjauhkan diri daripada bersama dengan golongan transgender ini bagi mengelakkan diri daripada terikut-ikut dengan perbuatan mereka yang jelas salah di sisi agama. Jauhilah mereka serta elakkan bergaul dengan mereka demi menyelamatkan akidah kita. Sekiranya tidak dapat menasihati atau menyantuni mereka ke jalan yang benar, janganlah sesekali memberikan sokongan atau mengiktiraf perbuatan songsang mereka dengan cara membenarkan mereka melakukan perbuatan yang tidak elok di depan khalayak.

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"


Disediakan oleh:
Khairunnajhan bt Khalid

Sekretariat
Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari 19/20

#PMHUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

  1. Alhamdulillah, faham dan sampai.. Syukran,pandai buat orang tertanya melalui sebaran wasap dahulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti