BACHELORETTE A.K.A BRIDAL SHOWER

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

27 Rejab 1440H | 3 April 2019

-Bachelorette atau Bridal Shower-

Tahukah anda??
Bachelorette ataupun Bridal Shower merupakan sambutan atau majlis untuk mengembirakan bakal pengantin perempuan yang akan menamatkan zaman bujang. Tambahan pula, sambutan ini juga telah lama diamalkan iaitu pada kurun ke16 Masihi di Holland

Daripada Ibn Umar R.Anhuma,
Rasulullah SAW bersabda..
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud]

Didalam Islam, ia melarang umatnya menyamakan dengan amalan kaum fasiq dan kafir.. Bachelortte party dilarang sama sekali untuk umat Islam kerana ia akan membawa kita kearah kemaksiatan dan jauh dari ketakwaan kepada Allah sekiranya ia tidak dibendung.

Amat menyedihkan lagi dikejutkan dengan perempuan Islam sendiri yang menyambut Bachelorette party yang mengenakan tema yang lucah. Sangat memalukan!

Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya tiada malu dalam diri kamu, berbuatlah semahumu." (Hadis bukhari)

Hindarilah daripada segala larangan dan amalan yang bertentangan syarak.

Sebagai contoh: Melakukan acara sambutan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim atau sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberi oleh-Nya tanpa mengandungi unsur yang terlarang.

Kesimpulannya segala bentuk majlis adalah diharuskan selagi tidak bertentangan oleh syarak, serta elakkan daripada segala pembaziran dan bermegah-megahan.

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

MOHAMAD ALIFF HAIQAL BIN M. RANI

Sekretariat Exco Penerangan dan Informasi 2019/20
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti