Transformasi Program Islamik UiTM Shah Alam

UiTM Shah Alam kini semakin dibanjiri dengan program-program islamik yang berbentuk informasi forum dan pelbagai lagi.Sambutan masyarakat kampus terhadap program islamik semakin memberangsangkan.Ini dapat dibuktikan melalui kehadiran yang dicatat di setiap program.

 Pujian harus diberikan kepada pihak pentadbiran UiTM Shah Alam yang banyak menyokong pelaksanaan program bersiri islamik.Persatuan Mahasiswa Hadhari,Persatuan Taha UiTM,Sahabat Surau di Setiap kolej dan persatuan-persatuan yang lain banyak menganjurkan program islamik yang segar dan unik,dengan mejemput para pendakwah terkenal,artis-artis yang berhijrah dan banyak lagi kelainan yang dibawa untuk menjadikan program islamik mendapat tempat dihati mahasiswa.

Antara program islamik terdekat yang bakal mendapat sambutan yang hangat adalah :


"Sebelum aku berhijrah",anjuran kolej jati.Jika program-program berkenaan hijrah diri,artis selalu dipanggil,tetapi kali ini da'i Adibah Rozain bakal bergandingan dengan Ustaz Dasuki Rani yang pastinya membawa pembawakan yang baru dan para hadiran bakal mendapat info-info yang istimewa .Program ini bakal diterajui oleh mederator rahsia.Mahasiswa dijemput hadir,bagi mendapat ilmu dan merungkai siapakah mederator rahsia tersebut.The Mekanika & Qasidah Nur Mahabbah bakal mengadakan persembahan khas di program itu nanti.


Bersempena festival Femina kolej Mawar.Sebuah forum khas yang bertajuk "FORUM MAWAR BERDURI PESONA DICARI",bakal menemui anda,Imam Muda Najdi bakal berkolabrasi dengan 2 kuntum mawar berduri Ustazah Asmah Husin dan Syafiyah Abbas .
Siapakah 2 Mawar Berduri ini?..temui mereka pada forum khas di dataran kolej Mawar pada 31 oktober 8-10 mlm nanti.



::Mahasiswa Sokong Program Islamik!!::

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN