Aku & Playstation

Setiap orang yang mempunyai adik-beradik pasti ada kisah seronok bersama,disini ku coretkan kisah aku dan Playstation.Aku mempunyai adik-beradik yang ramai,aku ade 4 orang kakak ,2 orang abang dan seorang adik lelaki.Kisah ini berlaku sekitar umurku di sekolah rendah.Kami adik-beradik lelaki di dalam keluarga mempunyai minat yang sama ,iaitu sangat minat main permainan video.Macam-macam pernah kami cuba.Ayahku bukanlah seorang yang kaya,tidaklah mampu menyediakan perkara-perkara sebegitu kepada kami,disebabkan harga PS ketika itu amat mahal.Namun,ayahku seorang yang sangat kuhormati kerana sabar dengan kerenah kami dan menjalankan tanggubgjawab seorang ayah dengan baik.
  
Namun disebabkan keinginan anak-anaknya ayahku berjanji untuk membelikan PS kepada kami ,dengan syarat ayahku bayar separuh dan kami bayar separuh.Bayangkanlah ketika itu duit belanja pun kami bergantung kepada ayah.,agak lama juga kami menabung dan pelbagai usaha yang kami adik-beradik lakukan bersama.Tetapi tidak sesekali kami meminta-minta kepada  orang,melainkan kami membayar dengan usaha kami sendiri.
 Sepanjang kisah pahit manis itu ,aku tersedar bahawa inilah masa dimana Allah mengeratkan hubungan kami sesama keluarga,dan ayah banyak mendidik kami agar berusaha mendapatkan sesuatu,bukan senua benda boleh didapatkan dengan percuma.

Hendak dipendekkan cerita ,kami berjaya juga mengumpulkan wang yang cukup untuk membeli sebuah PS,Alhamdulillah.,betapa girangnya hati kami.Tapi bagiku ketika itu,bukan hanya sebuah PS sahaja yang aku dapat,malah aku dapat belajar erti kehidupan yang lebih beharga dari sebuah konsol yang diberi nama PlayStation.Inilah kisahku :')

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN