::Tips Qiamulail::



Assalamualaikum,,,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips yang anda boleh lakukan ketika Qiamullail :

  • Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.
  • Bersugi.
  • Antara solat sunat yang boleh dikerjakanseperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam." (Riwayat Muslim)
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak."

(Surah al-Isra' 17:79)

  • Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
  • Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
  • Merintih dan menangis di hadapan Allah.
  • Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan mambaca al-Quran dan berzikir.
  • Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.

Harap anda dapat mengamalkan tips-tips yang telah diberi seperti di atas. Semoga kita dapat melakukan Qiamullail dengan lebih kerap dan khusyuk..

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN