Buat duit dengan Skill multimedia.




Saya merupakan seorang freelance (suatu masa dahulu) web designer dan graphic designer. Bolehkah freelance web designer mencari wang poket yang lebih dan secara berterusan (pasif) tanpa berbuat apa-apa? Jawapan saya adalah YA. Jadi, sekiranya anda juga merupakan seorang freelance designer, anda boleh merujuk post dibawah, CARA-CARA FREELANCE DESIGNER MENCARI DUIT POKET SECARA PASIF. Dan teknik yang aku gunakan ini amat berkesan buat masa sekarang. :)
Di dalam post ini saya akan kongsikan dengan anda semua 8 CARA untuk buat duit di dalam bidang freelancer ini.

Reseller Hosting

Sekiranya anda seorang web designer, anda perlu mendapatkan reseller hosting (aku cadangkan HOSTGATOR). Di dalam sebulan berapa banyak websites yang anda bina untuk keperluan pelanggan anda? Sekiranya keuntungan yang diperolehi melebihi modal, jadi anda boleh menggunakan Reseller Hosting ini.
Anda tidak perlu membazirkan wang untuk beli Shared Hosting setiap kali pelanggan anda ingin bina laman web.

Ebook

Anda mempunyai masa yang terluang semasa tiada projek, anda patut buat satu EBOOK berkenaan dengan kerja anda. Sekiranya anda seorang graphic designer, anda boleh menjual TUTORIAL GRAPHIC DESIGN seperti Tutorial Photoshop, Tutorial Illustrator dan Tutorial Flash.
Set-kan satu laman web untuk menjual ebook anda (contohnya yang dibuat oleh aku, DVD RAJA GRAFIK MALAYA) dan promosikan menggunakan Forum, Adwords atau Facebook. Sebelum saya terbitkan DVD RAJA GRAFIK MALAYA ini, terlalu banyak emel bertanyakan tentang tutorial Adobe Photoshop dan dari situ-lah aku mempunyai idea untuk menambah pendapatan melalui penjualan DVD (atau ebook).

Consulting

Anda juga boleh buat kerja sebagai Consultant (atau web consultant) sekiranya anda sudah mahir dengan sesuatu bidang tersebut. Orang ramai sanggup membayar sejumlah wang yang besar dengan khidmat consultant ini. Anda boleh buat seminar tentang cara-cara membuat laman web, cara-cara design menggunakan Adobe Photoshop dan sebagai-nya.
Caj biasanya untuk consultant melalui YM, RM50/jam. Dan caj consultant secara bersemuka adalah RM100/jam. Atau anda boleh set-kan harga tetap untuk consultant grafik design (seperti banner, text effect, photo effects dan lain-lain).

T-shirt Design

Kebanyakan freelance graphic designer suka design t-shirt. Anda boleh design seberapa banyak t-shirt dan hantarkan kepada DESIGN BY HUMANS dan di-situ ahli web tersebut akan VOTE design anda dan pemenang boleh menangi wang tunai sejumlah $750 (shirt of the day), $1000 (shirt of the week) dan $1750 (shirt of the month).

Stock Photography

Harga kamera DSLR sekarang makin murah dan makin ramai yang mampu membelinya. Tapi tak ramai yang tahu cara-cara untuk mendapatkan wang poket daripada DSLR tersebut. Hehe.. Anda boleh meluangkan sedikit masa pada petang hari di taman-taman sekitar rumah anda, atau di tepi pantai sambil mengambil gambar. Anda boleh menjual gambar tersebut di laman web ISTOCKPHOTO. Kurangkan gambar pemandangan sahaja dan kalau boleh disertakan dengan gambar SEDANG BERAKSI. Anda faham maksud aku itu bukan? Buat gambar pemandangan itu sesuatu yang unik bukan pemandangan sahaja. :)

Graphic Vector

Anda telah pun mendapatkan DVD RAJA GRAFIK MALAYA? Di dalam DVD tersebut terdapat beribu file graphic vector dan anda boleh menggunakannya secara commercial. Tetapi anda tidak boleh menjual file graphic vector yang asal yang ada di dalam DVD tersebut.
Anda boleh ubah suai graphic vector di dalam DVD tersebut dan menjual-nya semula di GRAPHIC RIVER atau VIDEO HIVE dan dapatkan wang poket lebih. Sekiranya anda mempunyai masa lapang, boleh start from scratch untuk graphic vector. Boleh menggunakan idea daripada DVD tersebut.

Themes / Templates

Anda mempunyai dua pilihan untuk menjual templates laman web. Khas untuk web designer sahaja. (1) Buat template dalam bentul XHTML/CSS atau (2) Buat template yang boleh digunakan terus dalam WordPress atau Magento dan jual templates tersebut di dalam web THEME FOREST.
Sekiranya anda fulltime freelance web designer, anda pasti mempunyai keinginan untuk menjual-nya secara rasmi. Anda boleh set-kan satu laman web untuk anda sendiri dan menjual kesemua template-template hasil kerja anda sepertiWOOTHEMES dan STUDIOPRESS. Tetapi cara ini memakan masa yang lama dan hasil-nya juga amat lumayan. Siapa tahu suatu hari nanti anda boleh menandingi WOOTHEMES. :)

Affiliate Marketing

Cara ini yang paling banyak digunakan oleh freelance designer. Anda boleh meletakkan affiliate link untuk khidmat seperti hosting, templates, services dan lain-lain lagi. Sekiranya anda buat web consultant, boleh masukkan affiliate link semasa anda sedang berbincang dan mengajar pelanggan anda. Secara tidak langsung anda peroleh hasil komisyen daripada affiliate tersebut sekiranya pelanggan anda membuat belian.
Anda penulis blog? Buat review ikhlas tentang sesuatu produk tersebut dan guna affiliate link untuk setiap kali keyword affiliate tersebut digunakan. Kesemua Problogger seluruh dunia menggunakan teknik ini untuk hasilkan pendapatan secara pasif.
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan, boleh kemukakan di-ruangan komen dibawah.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN