Saturday, 19 October 2013

Nak mahir tentang multimedia?

Assalamulaikum wbt,entri kali ini special sikit ,khas untuk mereka-mereka yang meminati multimedia.Bertapa pentingnya pengetahuan media ini untuk kita ketahui ,bukan semestinya secara advanvce,tetapi cukup sekadar asas.Ramai orang boleh menghasilkan video dan poster,tetapi kadang kala daya tarikan karya itu kurang.Apa yang saya mahu tekankan kepada karyawan yang membuat poster/video wajib mengambil kira faktor daya tarikan karya anda.Mungkin sukar untuk kita menghasilkan karya yang gempak-gempak menggunakan teknik yang hebat,tetapi karya yang simple kadang-kadang impact daya tarikannya lebih hebat.Bolehlah dibuat kesimpulan disini,bahwa simple atau tidak bukan kayu pengukur tarikan karya anda,tetapi sejauh mana orang lihat karya anda dan rasa excited nak pergi merupakan perkara yang menjadi ukuran.




       Mungkin ada pandangan segelintir orang yang kata "LIKE/SHARE atau jumlah viewer yang tinggi tu tak penting lar,yang penting kau buat kerja tu"...,saya menyangkal pandangan ini sekerasnya kerana respond daripada orang ramai amatlah penting untuk kita mengetahui sejauh mana tarikan/penerimaan orang terhadap kerja kita.
        Sedikit tips yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana kita nak menghasilkan karya yang baik,caranya adalah dengan kita membayangkan kita sebagai orang yang akan melihat poster/video tersebut.Jika kita buat cincai-cincai saje,tentu sekali orang yang lihat poster tu tak berkenan langsung nak tengok,bila dia tidak tengok poster tersebut maka masalah publisiti berlaku.

        Tips yang kedua saya ingin kongsikan,bagaimana mendapatkan idea yang best?...,caranya adalah dengan membuat sedikit research di google,contohnya saya ingin menghasilkan poster berkenaan Pertandingan Pidato,jadi saya akan search kat google "PIDATO COMPETITION POSTER",disitu saya akan mendapat tema dan teknik-teknik menarik yang boleh diaplikasikan ntk karya saya,begitu juga dengan video..,mungkin ade orang yang gemar memakai templete video yang sedia ada,tetapi saya menggemari melakukan templete sendiri.,ideanya saya banyak search di youtube..bergantunglah kepada setiap orang,kerna masing-masing mempunyai cara tersendiri.
       Saya amat mengesyorkan pembaca entri ini mengikuti KELAS SANTAI yang bakal diadakan,saya akan menjelaskan secara praktikal,mungkin ada yang kurang jelas dengan penyampaian disini.Saya mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap bicara,cuma yang sangat harapkan supaya mereka yang menggerakkan dakwah khususnya dalam bahagian multimedia ,tolong mengambil kira cadangan yang saya berikan,kerana saya mengarapkan sesuatu yang terbaik untuk kita semua..Wallahualam :)

2 comments:

  1. assalam. :)
    nice.
    knp gmbr tuh bsr sgt. kecik sikit.

    ReplyDelete