Posts

HUBUNGKAIT PENULARAN COVID-19 DENGAN IBADAH HAJI DAN SOLAT JUMAAT

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 4 Syaaban 1441H | 29 March 2020 [ HUBUNGKAIT PENULARAN COVID-19 DENGAN IBADAH HAJI DAN SOLAT JUMAAT ] ﷽ الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ø§Ù„َّذِÙŠ Ø£َنزَÙ„َ Ø¹َÙ„َÙ‰ٰ Ø¹َبْدِÙ‡ِ Ø§Ù„ْÙƒِتَابَ ÙˆَÙ„َÙ…ْ ÙŠَجْعَÙ„ Ù„َّÙ‡ُ Ø¹ِÙˆَجًا Ù‚َÙŠِّÙ…ًا Ù„ِّÙŠُنذِرَ Ø¨َØ£ْسًا Ø´َدِيدًا Ù…ِّÙ† Ù„َّدُÙ†ْÙ‡ُ ÙˆَÙŠُبَØ´ِّرَ Ø§Ù„ْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ Ø§Ù„َّذِينَ ÙŠَعْÙ…َÙ„ُونَ Ø§Ù„صَّالِØ­َاتِ Ø£َÙ†َّ Ù„َÙ‡ُÙ…ْ Ø£َجْرًا Ø­َسَÙ†ًا Segala puji bagi Allah SWT pencipta segala yang wujud daripada tiada, yang mengeluarkan cahaya daripada kegelapan. Pengeluar daripada dada segala penyakit (Allah SWT lah yang menyembuhkan segala penyakit). Maka bersyukurlah di atas ujian yang diberi seperti mana kita mensyukuri atas segala nikmat yang diberi. Tidak dilupakan juga selawat dan salam atas junjungan kita Baginda nabi Muhammad ï·º   sebagai penghormata...

COVID-19 TANDA AKHIR ZAMAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 22 Rejab 1441H | 17 March 2020 [ COVID-19, TANDA AKHIR ZAMAN] BERIMAN kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur sesuatu perkara merupakan satu rukun iman yang wajib dipercayai bagi setiap umat Islam. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman sebagaimana yang pesan Rasulullah SAW. Mutakhir ini, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi. Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-pe...

PENGHAD PUBER UNTUK KANAK-KANAK TRANSGENDER

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 03 Rabiulakhir 1441H | 29 November 2019 ‘PENGHAD PUBER UNTUK KANAK-KANAK TRANSGENDER’ “ IT SUCKS TO BE A BOY HAVING HIS PERIOD” - TRANS KIDS Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” -SURAT AT-TIN AYAT 4 Pada era globalisasi ini, isu-isu kebangkitan golongan lesbian,gay,biseksual dan transgender (LGBT) seringkali menjadi topik hangat yang seringkali didebatkan dalam kalangan masyarakat dunia. Namun kini, ianya bertambah rumit apabila wujud  pihak yang membantu kanak-kanak bawah 16 tahun ini untuk mengubah jantina mereka melalui satu suntikan hormon atau lebih dikenali sebagai ‘Puberty Blocker’atau bahasa melayunya, penghad puber. Apakah itu ‘Puberty Blocker’? ‘Puberty Blocker’ adalah sejenis dadah yang menyekat pengeluaran hormon estrogen atau testosteron badan, yang pada dasarnya berlaku perubahan sewaktunya akil baligh....

MAHASISWA, AMBISI DAN AGAMA

Alhamdulillah, terima kasih buat pembaca-pembaca yang meluangkan masa untuk melawat laman sosial kami dan membaca perkongsian-perkongsian ilmiah yang kami sajikan buat para pembaca. Mahasiswa selalu dikaitkan dengan aset negara dan membawa harapan kemajuan negara, mengapakah dianggap sedemikian? Hal ini demikian kerana mahasiswa merupakan juzu’(bahagian) daripada golongan intelektual. Intelektual ialah pemikir tentang sesuatu gagasan dan berupaya mencari penyelesaiannya. Selain itu, mereka juga merupakan pendukung atau penentang sesuatu ideologi budaya dan pembawaan masyarakat, serta melihat perkara dalam perspektif yang berbeza. Mahasiswa pula bermaksud   penuntut (pelajar) di universiti. Namun jika diteliti secara harfiah, sebenarnya perkataan mahasiswa terdiri daripada dua suku kata. 'Maha' yang membawa maksud besar dan berkuasa, dan 'siswa' yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi. Mahasiswa merupakan golongan ya...

HEART TO HEART(RAMADHANKU HIBURANKU)

Image
HEART TO HEART(RAMADHANKU HIBURANKU) Telah berlangsung Program Heart To Heart (Ramadhanku Hiburanku) pada tarikh 30 April yang lalu, bersama jemputan Saudari Nurul Syahida(MPP Kerohanian dan Pembangunan Modal Insan) dan Hafiz Hamidun selaku Panelis dan bersama saudara Amrul Ariffi selaku moderator forum. Terdapat banyak input yang mahasiswa perolehi melalui forum ini. Antaranya: 1) Garis Panduan berhibur 2) Pengalaman berkerja sebagai seniman, revolusi dari nasyid umum kepada nasyid berunsurkan kontemporari 3) Salah faham tentang konsep berhibur Peserta juga disajikan dengan persembahan daripada Hafiz Hamidun alunan zikir yang sangat menenangkan. Ingin tahu lebih lanjut tentang program PMH? Jangan lupa like Facebook dan follow instagram PMH.

ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]  09 SAFAR 1441H | 08 OKTOBER 2019 [ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL]. Islam opresses women! Islam is barbaric! Islam promotes narrow mindedness! Sejak berabad lagi, isu Islamophobia merupakan satu isu yang tidak asing lagi dengan masyarakat seantero dunia ataupun dalam kata lain, komuniti global. Banyak tanggapan negatif dan impulsif yang dicanang oleh golongan Islamophobes ini. Antara isu yang dibangkitkan oleh golongan Islamophobes untuk mencalarkan dan mencemarkan reputasi dan imej baik agama Islam termasuk, Isu penindasan golongan wanita (equality), isu Islam agama keganasan (barbaric) dan juga isu Islam agama jumud dan tertutup ( narrow-mindedness). Dalam penulisan penuh ilmiah saya ini, saya akan meletakkan titik noktah pada argumentasi mereka (Islamophobes) dan akan kita telusuri serta dalami fakta fakta , dalil dan hadis yang jelas menunjukkan kemegahan Islam sebagai agama...

MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 07 Safar 1441H | 06 Oktober 2019 [ MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL ] Bila kita perkatakan bahawa kita merupakan umat Rasulullah SAW, maka kita perlu akui bahawa kita sedang berada pada zaman pengakhiran. Dunia bakal ketemu titik noktah. Lakaran kehidupan dunia kita akan terhenti dan bentangan amalan akan dilayarkan di akhirat kelak. Lupakah kita? Mutakhir ini, berapa ramai kelompok manusia muslim hanya muslim pada nama tetapi perbuatan tidak melambangkan keluhuran ajaran Islam. Ajaran Islam dicampuradukkan dengan amalan bukan Islam. Hal ini kerana disebabkan penyakit LIBERAL. Ringkasnya, LIBERAL dapat diertikan dengan kebebasan. Iaitu, ‘kebebasan’ diri daripada sebarang ikatan keagamaan yang dikenali sebagai kefahaman LIBERAL.  Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran ber...