HUBUNGKAIT PENULARAN COVID-19 DENGAN IBADAH HAJI DAN SOLAT JUMAAT



[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA COVID-19]

4 Syaaban 1441H | 29 March 2020



[HUBUNGKAIT PENULARAN COVID-19 DENGAN IBADAH HAJI DAN SOLAT JUMAAT]

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Segala puji bagi Allah SWT pencipta segala yang wujud daripada tiada, yang mengeluarkan cahaya daripada kegelapan. Pengeluar daripada dada segala penyakit (Allah SWT lah yang menyembuhkan segala penyakit). Maka bersyukurlah di atas ujian yang diberi seperti mana kita mensyukuri atas segala nikmat yang diberi. Tidak dilupakan juga selawat dan salam atas junjungan kita Baginda nabi Muhammad sebagai penghormatan atas jasanya menyampaikan Islam kepada kita.


‘Jika ada yang bertanya, kenapa bila berlaku covid ini hanya masjid/surau sahaja yang perlu ditutup? … Kenapa tidak tutup sekali disco dan pub semua tu? ’
Dua Jawapan.
1.     Pihak berkuasa agama tiada kuasa menutup disco
2.     Itulah tandanya AGAMA ISLAM sangat ‘‘CONCERN’’ tentang kesihatan anda. Berbanding disco dan pub yang tidak peduli sesiapa pun nak mati, Janji masyukk

JELAS KEINDAHAN ISLAM? 
~ IbnuRijal ~
(Mac 15at17:42/2020)
(Facebook)

Islam merupakan cara hidup yang sempurna untuk diamalkan oleh sekalian bani Adam. Islam yang disampaikan adalah berlandaskan Al-Quran merupakan kurniaan khas Allah SWT  kepada ummat akhir zaman, ummat baginda nabi Muhammad sebagai petunjuk dan hidayah yang terakhir buat sekalian manusia sebagai bekalan sehingga hari pembalasan.




·         DIMANA INDAHNYA ISLAM??

Umumnya Islam mempunyai 6 ciri yang perlu difahami iaitu Rabbaniyah (Godliness),  Alamiyah (Universal),  Syumuliyah (Complete),  Thabat walMurunnah (Constant and Flexible) dan  Waqi'iyyah (Realistic). Istimewanya Islam adalah dengan ciri-ciri yang ditetapkan oleh ulama-ulama terdahulu.

Antaranya, Islam bersifat Thabat walMurunnah. Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya, manakala Murunnah bermaksud selain daripada perkara-perkara pokok dan dasar yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting dan cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah manusia sepanjang peredaran zaman. Seperti yang kita sedia maklum, solat Jumaat dan solat berjemaah lima waktu di masjid merupakan perkara yang wajib dilaksanakan. Walaupun begitu, tetap ada perbahasan dan budi bicara tentang perlaksanaan ibadah-ibadah sedemikian. Islam sangat mementingkan kebajikan penganutnya dan dalam masa yang sama tidak mengubah mana-mana daripada rukunnya yang pokok. Namun harus diingatkan bahawa perubahan hukum bagi perkara-perkara yang ranting, perlu diambil kira dengan Fiqh muwazanat juga Fiqh Aulawiyat dalam membuat pertimbangan. Secara tidak lansung Islam sudah pun mempunyai garis panduan berhadapan dengan situasi yang melibatkan pertimbangan dan pertembungan. Disini kita dapat lihat betapa caknanya Islam apabila maslahah atau mudarat yang lebih besar akan diambil kira bagi menolak mudarat yang lebih kecil yang harus dirisikokan. Sebagai contoh, solat fardu di masjid itu perlu namun disebabkan wabak COVID-19 yang berleluasa, solat dimasjid berjemaah dimansuhkan buat sementara waktu untuk elak mudarat yang lebih besar kepada masyarakat. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa Islam sebenarnya menyusun hidup manusia dikala manusia tidak pandai menyusun hidup mereka sendiri.


·         SOLAT JUMAAT ‘’CANCEL’’??

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat)”
(Surah al-Jumu‘ah : 9)

Tidak dinafikan bahawa solat Jumaat adalah wajib atas asbab dalil berikut. Walaupun begitu, Islam tetap bersifat Thabat walMurunnah dan Waqi’iyah. Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia. Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, cara perlaksanaan Ibadah tertentu atau sentiasa memakai ‘mask’ untuk mengelak wabak berbahaya COVID-19 yang melanda dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam. Islam tidak pun membebankan penganutnya dengan kewajipan yang tidak mampu dilaksanakan, Misalnya, penangguhan solat Jumaat bagi mengelak mudarat dari segi kesihatan kepada masyarakat setempat. Malah apa saja langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mengelak terkena wabak COVID-19 ini dianggap ibadah kerana kita lakukan demi kebajikan diri juga saudara seagama dan masyarakat setempat.

Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia juga menyeru agar dihentikan buat sementara waktu solat Jumaat dan solat berjemaah bagi negara-negara yang terdapat kes jangkitan virus COVID-19. Dalam kenyataan tersebut, pihak Ittihad telah mengemukakan dalil-dalil syarak yang jelas menunjukkan bahawa solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan terdapat hal yang memudaratkan dan berbahaya adalah tidak wajib dan tidak diharuskan.  Tambahan pula, apa yang lebih membimbangkan adalah jemaah yang mendirikan solat hendaklah berdiri di dalam saff ketika solat dalam keadaan saling bersentuhan antara sama lain. Maka, penularan virus berbahaya tersebut dalam situasi ini sangat berisiko tinggi. Oleh yang demikian, pihak Ittihad menyeru agar ditangguh buat sementara waktu solat Jumaat dan solat berjemaah di negara yang telah dijangkiti virus COVID-19, serta penangguhan ini haruslah berterusan sehingga wabak ini dapat dikawal berdasarkan kepada penilaian pihak yang bertanggungjawab untuk menentukannya.

KESATUAN ULAMA’ ISLAM SEDUNIA (ITTIHAD AL-‘ALAMI LIL ULAMA’ AL-MUSLIMIN)
14 Mac 2020


·         TIADA TAWAF DI MEKAH ? BAGAIMANA PULA DENGAN HAJI DAN UMRAH ??

Dengan asbab yang sama solat Jumaat ditangguhkan, begitu juga dengan pengguhan ibadat Umrah pada kota suci tersebut. Setelah dunia dikejutkan dengan wabak coronavirus (COVID-19) yang membimbangkan hingga membawa kepada kes kematian, kerajaan Arab Saudi mengumumkan halangan sementara memasuki Makkah dan Madinah untuk melaksanakan ibadah umrah. Sudah tentu keputusan itu menarik perhatian umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi kurang dua bulan lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan dinanti-nantikan, iaitu Ramadan. Pada masa yang sama, musim haji juga bakal bermula pada Julai ini. Pastinya kebimbangan ini dapat dirasakan sekiranya halangan umrah itu tidak ditarik mahupun diputuskan awal. Namun, keputusan itu bukanlah disengajakan. Ia langkah segera yang berani dan tepat bagi mengekang risiko penularan COVID-19 di dua kota suci umat Islam itu. Walaupun hanya ibadah Umrah sahaja yang ditunda, kita sebagai umat Islam perlu terus berdoa agar wabak ini akan beransur pergi, dan ibadah umrah dapat diteruskan serta tidak memberi sebarang kebarangkalian kepada ibadah haji yang bakal tiba.


·         BENARKAH QIAMAT MENDEKATI JIKA HAJI TERHENTI?

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ لَيُحَجَّنَّ الْبَيْتُ وَلَيُعْتَمَرَنَّ بَعْدَ خُرُوجِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ ‏"‏‏.‏ تَابَعَهُ أَبَانُ وَعِمْرَانُ عَنْ قَتَادَةَ‏.‏ وَقَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ عَنْ شُعْبَةَ قَالَ ‏"‏ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لاَ يُحَجَّ الْبَيْتُ ‏"‏‏.‏ وَالأَوَّلُ أَكْثَرُ، سَمِعَ قَتَادَةُ عَبْدَ اللَّهِ وَعَبْدُ اللَّهِ أَبَا سَعِيدٍ‏.‏

Sahih al-Bukhari 1593
Buku 25, Hadith ke-79

Daripada Abu Said alKhudri meriwayatkan bahawa Rasulullahﷺ  bersabda bahawa orang ramai akan terus melaksanakan HAJI dan UMRAH pada Ka’bah walaupun pada ketika itu Ya’juj dan Ma’juj sudah pun keluar. Dia meriwayatkan lagi dari baginda bahawa hari Qiamat tidak akan tiba melainkan HAJI yang dilakukan pada Ka’bah diabaikan dan ditinggalkan. 

Daripada hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa perlaksanaan Haji dan Umrah akan tetap diteruskan oleh manusia walaupun pada saat dan ketika itu, Ya’juj dan Ma’juj sudah pun dibebaskan. Namun, hari pembalasan tidak akan tiba melainkan orang ramai tidak lagi melaksanakan Haji dan mengabaikannya. Maka, apabila tiba saatnya dimana Haji tidak lagi dilaksanakan maka ia akan mengesahkan bahawa Ya’juj dan Ma’juj telah lama bebas dan melata menyebarkan fasad di muka bumi ini.

Dalam disiplin Ilmu ‘‘Islamic Eschatology’’ terdapat beberapa perbahasan alim ulama mengenai waktu dan bila saatnya dimana Haji dan Umrah tidak lagi dilaksanakan dan akan terus diabaikan oleh ummat Islam. Antara pendapat ulama yang mahir dan masyhur dalam Ilmu Akhiruzzaman, Syeikh Imran N. Hosein memberikan huraiannya. Menurut beliau, apabila Israel memulakan perperangan yang sebenar untuk meluaskan lagi jajahan takluknya dengan cukup dahsyat bersamaan dengan serangan ‘‘concomitent’’ terhadap mata wang fiat dollar Amerika untuk dihazafkan sebagai mata wang dunia dan mengakibatkan susut nilai drastik semua mata wang fiat. Hal ini akan mengakibatkan ekonomi Amerika Syarikat jatuh lantas membuka jalan dan peluang untuk negara haram Israel untuk menggantikan Amerika sebagai kerajaan dunia. Natijahnya, perperangan dan hegemoni perluasan kuasa oleh Israel suatu ketika nanti akan memetik api kemarahan seluruh umat Islam dengan sangat dahsyat sehingga memaksa majoriti negara-negara Islam mengambil tindakan. Lantas, mengakibatkan kerajaan Saudi terpaksa menghentikan kemasukan Jemaah untuk menunaikan Haji kerana Haji yang dilaksanakan pada ketika itu berkemungkinan besar mengancam asas kerajaan Saudi ‘‘Saudi Wahabi Alliance State ’’ yang mempunyai banyak hubungan-hubungan sulit dengan musuh-musuh Islam. Oleh itu, asbab-asbab seperti penularan virus penyakit berjangkit, contohnya COVID-19 berkemungkinan akan diaplikasikan untuk diguna pakai agar Haji tidak mampu lagi dilaksanakan pada setiap tahun berikutnya sehinggalah ia(Haji) diabaikan sepenuhnya.

Daripada pendapat yang dibentangkan demikian, perlu kita sedar bahawa keadaan yang digambarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri tersebut berkemungkinan akan tiba dalam masa yang terdekat. Kita tidak seharusnya menganggap bahawa krisis COVID-19 adalah mana-mana agenda atau konspirasi yahudi mahupun illuminati dan sebagainya namun kita mestilah menyedari bahawa hari pembalasan yakni hari Qiamat hanyalah selangkah kera daripada kita. Maka kiita perlu sunguh-sungguh berdoa agar ibadah Haji ini akan kekal dilaksanakan dan tidak akan ditunda seperti mana penundaan ibadah Umrah.

Apa yang dapat disimpulkan darripada penulisan ini adalah Islam merupakan agama yang Syumul yakni merangkumi semua aspek daripada kehidupan kita. Kesempurnaan Islam dalam mendidik kita mentadbir diri sehinggalah negeri adalah bukti betapa indahnya Islam ini. Islam itu mudah dengan sifatnya Thabat walMurunnah, namun kita tidak seharusnya mengambil mudah akan Islam. Dalam pada itu, setiap bala yang menimpa ummah pada saat dan ketika ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri maka marilah kita bersama-sama menempuh ujian COVID-19 dengan Sabar dan Solat. Juga diingatkan lagi agar kita bersama-sama cakna terhadap tanda-tanda kecil dan besar kedatangan hari Qiamat. Moga-moga kita dapat meningkatkan iman dan taqwa untuk mempersiapkan diri menuju Ilahi.

Sekian Untuk Warkah Kali Ini,
Wabillahi Taufiq Walhidayah,
Salam Satu Syahadah.


"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

[MUHAMMAD NAJMI HAKIM BIN NASIR]

SEKRETARIAT,
EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 20/21,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN