[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] 20 Zulkaedah 1442H | 1 Julai 2021 [ PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM ] Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana penularan pandemik COVID-19 ini, timbul pelbagai isu kekeluargaan seperti perselisihan faham antara ibu bapa dan anak atau kegagalan seorang ibu bapa menjaga anak seperti pengabaian tanggungjawab, isu hawa nafsu songsang dan sebagainya dalam komuniti masyarakat Islam. Pelbagai pihak termasuk pihak liberal dan anti-Islam turut berbalah menuding jari siapakah yang patut dipersalahkan. Institusi badan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Zakat Negeri turut menerima tempias dan seringkali di tag oleh warga maya untuk tampil memberi penjelasan dan menjalankan tanggungjawab sewajarnya. Permasalahan-permasalahan seperti ini wujud kerana masyarakat Islam tidak dinafikan kurangnya memahami tanggungjawab masing-masing sebagai seorang anak dan i
Srikandi terbilang, Muslimah gemilang Aisya Humaira Namanya menjadi sebutan, peribadinya menjadi ikutan. Kecerdasannya tiada gandingan, kecantikannya sentiasa menjadi bayangan. Beliau seorang yang lincah, kebijaksanaannya tidak dapat disangkal. berjuang dalam pertualangan menegakkan aqidah, di sisi peribadi terunggul ummah, Rasulullah s.a.w. Saiditina Siti Aisyah merupakan isteri kepada pemimpin ummah terungul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan juga beliau merupakan anak kepada sahabat baik Nabi iaitu Abu Bakar as-sSiddiq r.a. Susur galurnya sahaja sudah cukup memperlihat betapa hebatnya beliau. Aisyah mendapat gelaran Humaira kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. Sedari kecil, beliau merupakan anak gadis yang sangat cerdas. keletahnya menghiburkan, bicaranya menyenangkan. Saiditina Aisyah juga digelar Umul Mukminin, Ibu kepada kaum muslimin. disebabkan kecerdasannya itu, beliau senantiasa menjadi tempat rujukan bagi orang Islam satu masa dahulu dari kalangan k
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 29 Rabiulawal 1442H | 15 November 2020 [ AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN ] Baru-baru ini, seluruh dunia telah hangat dihebohkan mengenai keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) kali ke-46 yang melibatkan dua calon dari dua parti yang berlainan iaitu Joe Biden dari parti Demokran dan Donald Trump dari parti Republikan. Pilihan raya yang agak kontroversi tersebut telah memperlihatkan persaingan yang sengit dari kedua-dua parti tersebut apabila seramai lebih 97 juta rakyat Amerika telah pun mengundi awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih calon presiden mereka. Menurut dari sumber Bernama (2020), seramai lebih 35 juta pengundi telah dirangkumkan dalam undian awal dan terdapat sebanyak 62 juta undi pos telah dikembalikan, dan angka tersebut telah mewakilkan sebanyak 71 peratus daripada jumlah undi dalam pilihan raya 2016. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah pengundi pada tahun
Comments
Post a Comment