Bingkisan Presiden


Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,dengan izin-Nya jua blog PMH ini kembali bernafas semula setelah beberapa lama menyepi, semoga kemunculan blog ini akan merapatkan lagi hubungan ukhwah sesama kita dan menjadi wadah utk santapan rohani buat sahabat-sahabat kampus. Kepada penggunjung blog ini terima kasih diucapkan. Kepada yang baru mengenali PMH, salam perkenalan dihulurkan.

Semester baru kini kembali. Pastinya azam dan harapan menggunung dipertaruhkan. Namun, kepada sahabat-sahabat umat Muhammad sekalian, dalam kesibukan mengejar nilai 'pointer' jangan dilupa peranan dan tanggungjawab hakiki kita yang saban hari mengaku "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah" dalam setiap tahiyyat solat. Adakah cukup dengan kita melafazkan kata syahadah ini namun dari segi aplikasinya kita tewas? Tewas dek hasutan syaitan mahupun hawa nafsu.

Adakah cukup dengan kita berbangga dengan kecemerlangan akademik yang tercatat dalam slip keputusan peperiksaan saban semester tapi gagal dalam mendapatkan 'pointer' yang cemerlang dalam catatan buku amalan Raqib dan 'Atib?

Mahasiswa mahasiswi kebanggaan UiTM...

Selagi jantung berdegup, masih belum terlewat untuk kita menyulam kembali sejadah iman yang mungkin terkoyak. Masih belum terlambat untuk kita menyucikan hati yang keruh dan kembali kepasa Islam yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kepada yang baru melangkah ke alam kampus UiTM..

Selamat datang diucapkan. Warnailah alam kampus ini dengan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada bangsa dan negara serta yang paling penting kepada ISLAM. Siapa lagi yang boleh berjasa kepada Islam kalau bukan kita warga muda-mudi. Rebutlah masa muda sebelum tibanya masa tua. Manfaatkan diari hidup kita hanya kepada-NYA.

Kami di barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Hadhari mendoakan semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. AMIN

AMZAR BIN MOHAMAD
PRESIDEN
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN