The Burning Desire ???
Keinginan yang membuak-buak
Itulah tajuk TFM pertama kami.. Persoalannya, adakah kita tergolong dalam golongan tersebut? Golongan yang kehendaknya membuak-buak?? Tepuk dada dan tanyalah Iman..
Sebuah Perkongsian yang sarat dengan ilmu-ilmu baru berbentuk motivasi. Lahirnya kata-kata luhur dari hati seorang motivator yang berpengalaman lebih daripada kita yang hanya duduk di kampus UiTM ini.. Boleh jadi, ianya satu muhasabah buat diri kita.. Penyampaiannya santai, dengan niat agar ia mudah dihadam oleh mahasiswa/i UiTM Shah Alam ini..
Antara pengisian oleh ustaz: (Permainan Nombor)
1. Seorang yang Rajin
2. Seorang yang suka Mengumpat
3. Seorang yang Taat kepada ibu bapa
4. Seorang yang Romantik
5. Seorang yang suka Menipu
6. Seorang yang suka Melepak
7. Seorang yang suka Penyayang
8. Seorang yang Sombong
9. Seorang yang suka TidO
10. Seorang yang sukakan Kecemerlangan
~yang mana satukah anda??~
Sahabat-sahabat sekalian...
Salurkanlah keinginan anda yang membuak-buak itu ke arah yang betul seperti keinginan untuk berjihad menuntut ilmu, keinginan untuk berbakti kepada kedua ibu dan bapa, keinginan untuk mencegah maksiat, ataupun keinginan untuk memperbaiki diri sendiri..
Pastikan anda tidak menyalurkan keinginan yang ada pada diri anda ke saluran yang salah seperti mengambil dadah, merompak, merogol, mencuri, PONTENG KELAS, TIDUR dalam kelas, TINGGAL solat ataupun menderhaka kepada ibu bapa..
Ini hanyalah contoh, banyak lagi perkara2 yang kita lakukan atas dasar kehendak, atas dasar nafsu dan bukan atas dasar Islam..
Ingatlah, anda adalah pemimpin pada masa hadapan, Andalah yang akan mencorakkan dunia akan datang.. Persiapkanlah diri dengan Ilmu, dan beramallah dengan Ilmu yang anda peroleh..
" قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "بلـّغوا عني ولو آية
Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Jadilah mahasiswa/i yang matang dalam menjalani kehidupan di bumi UiTM ini..
“Jika kamu ingin melihat sesebuah Negara pada masa hadapan maka lihatlah pemudanya pada hari ini”
(Dr Yusof Al-Qardhawi)
M yang pertama - Mulakan dengan diri sendiri
M yang kedua - Mulakan dari perkara yang kecil
M yang terakhir - Mulakan dari SEKARANG..
Tepuk Dada dan Tanyalah Iman anda...
Timbalan Setiausaha PMH 2011 ^_^
salam...nice entry...
ReplyDeletebtw..is there any video or recording last nite..?
hope u can also post it here...thanks..!
PMH always in my heart....=)
Salam..welcome...
ReplyDeleterasanya ada kot record semalam...
xpa2..nnt kami akan upload..insyaAllah...
Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami...