Dakwah Secara Berorganisasi
Imam Muda Asyraf semasa ceramahnya di THINK FOR A MOMENT kali ke-2 di Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam pada baru-baru ini, menyatakan bahawa orang yang berorganisasi ataupun berpersatuan mempunyai kelebihan dan Allah akan turunkankan darjat ke atas dirinya, yg mana setiap manusia itu tidak akan ketahui bila Allah berikan darjat tersebut. Boleh jadi hari ini, esok, lusa, minggu depan, tahun depan, ataupun 10 tahun lagi? Wallahhu'alam.
BERSEORANGAN ATAU BERORGANISASI?????
Ulama' Islam telah bersepakat bahawa tugas melaksanakan dakwah adalah diwajibkan ke atas setiap individu mukallaf yang beriman, termasuk wanita, hamba sahaya, dan orang-orang yang fasiq. Ketetapan ini berdasarkan beberapa dalil yang sahih.
Sabda Rasulullah s.a.w: " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lisannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan hatinya. Dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah tingkatan iman." (Riwayat Muslim).
Kalimah 'man'' atau barangsiapa pada permulaan hadis ini adalah lafaz umum yang ditujukan kepada setiap individu. Didalam kitab Dalilul Falihin disebutkan: Kewajipan berdakwah dibebankan ke atas semua mukallaf yang mampu daripada kalangan muslimin. Secara dasarnya, tanggungjawab ini ditujukan kepada ummah keseluruhannya. Jika ramai yang melihat suatu kemungkaran, hukum mencegahnya adalah fardhu kifayah. Jika tidak, hukumnya adalah fardhu ain.
Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul Ad-Dakwah menyatakan: Hukum berdakwah pada jalan Allah adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah. kadangkala ia dilakukan secara perseorangan dan kadangkala dilaksanakan oleh organisasi tertentu.
Sebaik-baiknya, aktiviti dakwah hendaklah dilaksanakan dalam bentuk jamaah atau berorganisasi supaya lebih tersusun dan berkesan.
Firman Allah AWT: " Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2).
Iktibar yang paling penting di dalam ayat ini adalah semua aktiviti "kebaikan dan taqwa" mestilah dilakukan secara tolong menolong. Tolong menolong biasanya melibatkan ramai orang dan aktiviti yang melibatkan ramai orang memerlukan sistem yang mantap dan sistem yang mantap hanya dapat diwujudkan melalui organisasi yang bersistem.
Firman Allah SWT: " Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di atas jalan-Nya berjuang di dalam satu saff (barisan), seolah-olah mereka itu sebuah binaan yang amat kukuh." (As-Soff: 4).
Sabda Rasulullah s.a.w: " Akan wujud penyeru-penyeru di pintu neraka jahannam. Barangsiapa menyambut seruan mereka, dia akan dilemparkan ke dalam neraka." Huzaifah bertanya: Apakah yang patut aku lakukan jika aku berdepan dengan suasana itu?. Jawab Rasulullah: " Berpeganglah dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka". Hadis ini jelas menceritakan mehnah dan suasana akhir zaman dan kepentingan beriltizam dengan organisasi atau jamaah Islam.
Nah! apakah ada lagi keraguan bahawa tanggungjawab dakwah ini mestilah dilaksanakan bersama-sama organisasi. Kita bukanlah seperti Altromen atau Batman yang boleh bersendiri dalam menjalankan misi menyelamatkan manusia. Kita adalah khalifah yang diutuskan Allah untuk mentadbir urusan atas muka bumi ini. Dan tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita semua.
Ada individu yang memberikan alasan berdakwah dalam organisasi menyekat kebebasan mereka. Membina keterbatasan peluang ruang. Terikat dengan study dan taklifan. Maka mengambil jalan mudah bersendiri dan meninggalkan organisasi. Saya boleh katakan pandangan ini 100% silap. Dakwah rasulullah s.a.w menyaksikan bahawa baginda tidak bersendiri. Bahkan baginda menyeru ke arah kesatuan dan konsep amal berjemaah. Misi dakwah baginda berjaya dan telah berkembang ke seluruh pelosok dunia. Menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Percayalah! bahawa kambing yang bersendirian itu lebih mudah diterkam oleh serigala berbanding yang berada didalam kumpulannya.
Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal! =)
PRESIDEN,
AMZAR BIN MOHAMAD

Comments
Post a Comment