SIRAH IMMERSION: JAMADIL AWAL
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[SIRAH IMMERSION]
14 JAMADIL AWAL 1443H | 14 DECEMBER 2021
PEPERANGAN ZAT
AR-RIQA'
Tempat : Nahl yang
berada di Kawasan Tanah Orang Arab Badwi
Punca: Gerakan
Pengajaran yang digerakkan oleh Rasulullah terhadap kelompok Badwi kerana mereka
berpakat untuk serang Rasulullah (Madinah).
Siapa: Puak yang terlibat
dalam peperangan ini adalah tentang Bani Ammar, Bani Sa’alabah, Bani Muharriq
yang berasal dari khalifah Ghaftan telah bergabung untuk menyerang Rasulullah (Madinah)
.
- Fakta menarik:
1.
Nama Perang
Hadith Abu Musa Al Sya’ari- berkata :
خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ فِي غَزْوَةٍ، وَنَحْنُ سِتَّةُ نَفَرٍ، بَيْنَنَا بَعِيرٌ نَعْتَقِبُهُ، فَنَقِبَتْ أَقْدَامُنَا وَنَقِبَتْ قَدَمَايَ وَسَقَطَتْ أَظْفَارِي، وَكُنَّا نَلُفُّ عَلَى أَرْجُلِنَا الْخِرَقَ؛ فَسُمِّيَتْ غَزْوَةَ ذَاتِ الرِّقَاعِ لِمَا كُنَّا نَعْصِبُ مِنَ الْخِرَقِ عَلَى أَرْجُلِنَا
“Kami keluar bersama Nabi dalam suatu peperangan. Enam orang
bergantian menaiki satu onta. Kaki-kaki kami terluka. Demikian juga dengan
kakiku, hingga kuku-kukunya lepas. Kami balut kaki-kaki kami dengan kain.
Karena itulah perang ini dinamai Perang Dzatur Riqa’. Dikarenakan apa yang kami
lakukan, (yaitu) membalut kaki-kaki kami dengan kain.” (HR. al-Bukhari, Kitab
al-Maghazi Bab Ghazwah Dzatu ar-Riqa’, 3899).
2. Pensyariatan Solat khauf
عَنْ صَالِحِ
بْنِ خَوَّاتٍ عَمَّنْ شَهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَوْمَ ذَاتِ الرِّقَاعِ صَلَّى صَلَاةَ الْخَوْفِ أَنَّ طَائِفَةً صَفَّتْ مَعَهُ
وَطَائِفَةٌ وِجَاهَ الْعَدُوِّ فَصَلَّى بِالَّتِي مَعَهُ رَكْعَةً ثُمَّ ثَبَتَ
قَائِمًا وَأَتَمُّوا لِأَنْفُسِهِمْ ثُمَّ انْصَرَفُوا فَصَفُّوا وِجَاهَ
الْعَدُوِّ وَجَاءَتْ الطَّائِفَةُ الْأُخْرَى فَصَلَّى بِهِمْ الرَّكْعَةَ
الَّتِي بَقِيَتْ مِنْ صَلَاتِهِ ثُمَّ ثَبَتَ جَالِسًا وَأَتَمُّوا
لِأَنْفُسِهِمْ ثُمَّ سَلَّمَ بِهِمْ وَقَالَ مُعَاذٌ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ
أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِنَخْلٍ فَذَكَرَ صَلَاةَ الْخَوْفِ قَالَ مَالِكٌ وَذَلِكَ
أَحْسَنُ مَا سَمِعْتُ فِي صَلَاةِ الْخَوْفِ
(Hadits Shahih Al-Bukhari No. 3817 - Kitab Peperangan)
3. Kisah dua sahabat yang berjaga malam
Mereka itu ialah Abbad Ibn Bisyir dan Ammar Ibn Yassir. Lalu ia telah datang pada waktu malam sewaktu perjalanan pulang, sebelum itu Rasulullah telah menugaskan mengawal tentera Islam yang sedang tidur dari pihak musuh. Sewaktu Abbad Ibn Bisyir melaksanakan solat sunat beliau dipanah oleh orang musyrik Ghaftan sebanyak tiga kali lalu Ammar melaporkan perkara tersebut kepada Rasulullah.
Setelah salam, ia bangunkan Ammar. Saat
Ammar melihat darahnya yang menyucur dan melihat tiga anak panah itu, ia
berkata kepada Ubbad, “Mengapa engkau tidak membangunkanku tatkala kau
dilempari panah?” Ubbad menjawab, “Aku sedang menikmati surat yang aku baca.
Aku tak senang kalau tidak menyelesaikannya.” (HR. Abu Dawud 198, Ahmad 14745,
dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih Abu Dawud No.182).
Pengajaran yang dapat diperolehi dari peperangan ini
- 1.
Kewajiban dalam menunaikan solat.
Perlaksanaan Solat Khauf menunjukkan betapa pentingya solat
walaupun berada dalam keadaan yang genting. Ini kerana sebagai hamba Allah yang
mentaati segala perintahnya, kita perlu membuktikkannya secara amali dalam
kehidupan. Justeru itu, janganlah kita mengambil sikap sambil lewa apabila
berkaitan solat.
- 2.
Berusaha dalam memperbaiki setiap amalan dan perkejaan apa yang
dilakukan.
Kita seharusnya memperbaiki amalan ibadat kita supaya memperoleh khyusuk
sewaktu mengamalkannya. Ia dapat dengan dicapai memahami makna dalam bacaan
solat, wirid dan zikir. Justeru dalam pekerjaan untuk mencapai kualiti yang
baik dalam segala tugasan, kita seharusnya mempunyai tujuan dan matlamat yang
jelas supaya usaha yang diberikan adalah sehabis baik.
- 3.
Menyemaikan sifat tabah dalam diri
Sifat ketabahan sahabat dalam peperangan ini mestilah dicontohi
supaya menjadi pelajar muslim yang terhindar dari perkara yang tidak berfaedah
dan tabah dalam menunaikan tanggungjawab . Contoh perkara yang tidak berfaedah
seperti, bermain permainan video yang berlebihan dan bersosial media setiap
masa.
Sumber :
https://www.hadits.id/hadits/bukhari/3817
https://kisahmuslim.com/6076-kemenangan-besar-di-perang-dzatu-ar-riqa.html
https://www.youtube.com/watch?v=9Taj8C5qGu0&list=TLPQMTExMjIwMjEEb41-0rFk8g&index=3
PEPERANGAN MU’TAH
1.
Pengenalan
Peperangan ini tercatat di dalam sejarah sebagai sebuah peperangan
besar, di mana tentara Islam yang berjumlah 3.000 orang melawan 200.000 tentara
Romawi Nasrani. Sekalipun demikian dahsyatnya peperangan Mu’tah, sahabat yang
mati syahid hanya 12 orang, dan mereka memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
2.
Sebab Terjadi Peperangn Mu’tah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirim surat melalui
utusannya, Harits bin Umair radhiallahu ‘anhu kepada Raja Bushra. Tatkala
utusan ini sampai di Mu’tah (Timur Yordania), ia dihadang dan dibunuh,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam marah akibat tindakan
jahat ini, beliau mengirim pasukan perang pada Jumadil Awal tahun ke-8 Hijriah
yang dipimpin oleh Zaid bin Haritsah.
Raja Romawi bernama Heraklius telah tiba di Balqa bersama 100.000
tentara dan bergabung bersama mereka kabilah-kabilah Arab yang beragama Nasrani
yang berjumlah 100.000 tentara sehingga total tentara musuh berjumlah 200.000
tentara.
3.
Peperangan Berkecamuk Dengan Dahsyat.
Pusat perhatian musuh tertuju kepada pembawa bendera kaum muslimin
dan keberanian para panglima Islam dalam maju memerangi musuh, hingga mati
syahidlah panglima pertama, Zaid bin Haritsa radhiallahu ‘anhu. Lalu bendara
perang diambil oleh panglima kedua, Ja’far bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu.
Beliau berperang habis-habisan hingga tangan kannya terputus, lalu bendera
dibawa dengan tangannya kirinya hingga terputus pula dan merangkul bendera
dengan dadanya hingga terbunuh.
Kemudian bendera perang dibawa oleh panglima ketiga. Abdullah bin
Rawahah radhiallahu ‘anhu dan berperang hingga mati syahid menyusul kedua
rekannya. Khalid al-Walid menilai bahwa kekuatan musuh jauh tidak sebanding
dengan kekuatan kaum muslimin. Maka beliau menarik mundur pasukannya dengan
selamat hingga ke Madinah, Khalid radhiallahu ‘anhu berperang habis-habisan
hingga sembilan pedang patah di tangannya. Sekalipun demikian dahsyatnya
peperangan Mu’tah, sahabat yang mati syahid hanya dua belas orang, dan mereka
memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah.
Justeru, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam naik mimbar dalam
keadaan sedih meneteskan air mata seraya berkata, “Bendera perang dibawa oleh
Zaid lalu berperang hingga mati syahid, lalu bendera diambil oleh Ja’far dan
berperang hingga mati syahid, lalu bendera perang dibawa oleh Siafullah (Pedang
Allah –yakni Khalid bin Walid, pen.) hingga Allah memenangkan kaum muslimin.”
Setelah itu, beliau mendatangi keluarga Ja’far dan menghibur mereka serta
membuatkan makanan untuk mereka.
Sumber: https://kisahmuslim.com/2477-sejarah-perang-mutah.html
PEPERANGAN AJNADAYN
Peperangan ini berlaku pada 27 Jamadil Awal 13 Hijrah bersamaan 3 Julai 634 Masihi yang
berlaku berhampiran bandar Ramallah seterusnya membuka jalan untuk pembukaan
bumi Palestin. Nama Ajnadain ialah suatu di Timur iaitu Jerusalem (Al-Quds).
Peperangan ini berlaku di akhir pemerintahan khilafah Abu Bakar as-Siddiq dan
awal pemerintahan Umar al-Khattab. Peperangan ini berlaku di antara tentera
Islam yang dipimpin oleh Amru bin Al-Asr, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, dan
Syarahbil bin Hasanah dengan tentera Rom yang diketuai oleh Atrabun.
1.
Permulaan Pertempuran
Abu Ubaidah bin Jarrah telah mengarahkan Amru bin Al-Asr bersama
9000 orang untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman Rom. Apabila mendengar
berita bahawa tentera Islam telah berarak dari Damsyik ke selatan, Putera
Constantine melantik Panglima Atrabun sebagai panglima perang untuk mengetuai
tentera Rom yang jumlahnya dianggarkan seramai 70,000 orang.
Maka tercetuslah pertempuran antara tentera Islam yang diketuai
oleh Panglima Amru bin Al-Asr' dengan tentera Rom dengan sangat hebat di semua
tempat iaitu Afulla, Ain Harat, Jenin, Arraba, dan Burqa. Setelah beberapa kubu
pertahanannya runtuh, Panglima Atrabun dan anggota tenteranya terselamat di
Nablus tetapi turut ditembusi tentera Islam. Akhirnya mereka terpaksa berundur
dan bertahan di kubu kota Ajnadain yang terkenal dengan tembok kukuh yang tidak
dapat ditembusi oleh tentera Islam.
2.
Strategi Peperangan
Panglima Amru bin al-Asr' membentuk dua batalion untuk dihantar ke
Ramallah dan Aila. Batalion ke Ramallah diketuai oleh Abu Ayub al-Maliki dan
batalion yang dihantar ke Aila diketuai oleh Alqamah bin Hakim dan Masruq
al-Akki. Sementara itu, panglima Amru bin al-Asr' sendiri dengan tentera
utamanya mengepung dengan ketat kota kubu Ajnadain.
Tentera Rom yang ditempatkan di Ramallah dan Aila tidak dapat
berbuat apa-apa kerana telah dipantau oleh tentera Islam yang dihantar oleh
panglima Amru bin al-Asr'. Khalifah Umar bin Khattab segera menghantar tentera
ke Utara untuk membantu panglima Amru bin al-Asr' yang sedang mengepung kota
Ajnadain. Setiap kali bantuan tentera tiba, dia akan mengagihkannya kepada tiga
briged. Satu briged dihantar ke Ramallah, satu briged dihantar ke Aila dan satu
briged lain diserap ke dalam batalion tentera yang sedang mengepung kota
Ajnadain.
Beberapa orang tentera Rom keluar dari kubu dengan bendera putih
berkibar sebagai tanda misi mereka untuk mencari jalan damai. Rombongan bertemu
dengan panglima Amru bin al-Asr' untuk menyerahkan surat daripada panglima
Atrabun yang mengandungi permintaan supaya tentera Islam kembali ke tanah Arab.
Untuk mengetahui keadaan dengan mata kepala sendiri, panglima Amru
bin al-Asr bertekad untuk menyamar sebagai rombongan menemui panglima Atrabun
untuk dibenarkan masuk ke dalam kubu. Mereka membuat tiga tawaran kepada orang
Rom di Ajnadain iaitu memeluk Islam, menyerahkan kota secara aman dengan
kewajiban membayar'jizyah' bagi mereka
yang tidak mahu masuk Islam, atau meneruskan peperangan walau apa cara
sekalipun.
Panglima Atrabun ketawa besar dan melayan tentera Islam dengan
kata-kata yang menyakitkan hati. Dengan yakin dan berani, panglima Amru bin
al-Asr' membalas ejekan Atrabun dengan kata-kata dan hujah yang bernas. Ini
telah menyebabkan Atrabun ternganga dan curiga dengan orang yang dihadapinya.
Wahai Panglima Atrabun, kamu telah mendengar apa yang saya katakan
dan saya juga telah mendengar tentang kedudukan kamu. Sebenarnya saya hanya
seorang daripada sepuluh orang yang dihantar oleh Umar bin Khatab untuk
berunding mengenai masalah yang kami hadapi. Oleh itu, sekarang saya akan
pulang dahulu dan akan pulang dengan utusan yang lain. Jika mereka bersetuju
dengan saya, saya akan mengembalikan mereka ke tempat asal mereka dan saya
bertanggungjawab kepada kamu."
Panglima Atrabun mula ragu-ragu dan tidak pasti orang yang
berurusan dengannya itu adalah Amru. Panglima Amru yang terselamat daripada
dibunuh oleh panglima Atrabun terus pergi ke tengah-tengah tenteranya dan tidak
pulang ke kota Ajnadain.
Akibat tindakan melulu dan kepintarannya, panglima Amru bin al-Asr'
kini mengetahui keadaan di kota Ajnadain. Tentera Islam yang gagah perkasa
terus melancarkan serangan yang kuat dan mantap ke atas sasaran yang dikenal
pasti.
3.
Kemenangan Milik Umat Islam
Akhirnya tentera Islam berjaya membuka pintu gerbang kota yang
dikawal ketat itu. Seperti banjir besar, tentera Islam menyerbu masuk ke dalam
kota itu, menjadikan tentera Rom menjadi gelap.Dalam peperangan Ajnadain,
antara yang mengiringinya ialah seorang muslimah yang sangat berani iaitu
Khaulah binti Azwar. Beliau merupakan salah seorang tentera berkuda Islam dan
sangat berani memukul barisan tentera Rom.
sebelum matahari terbenam, Atrabun telah menarik saki-baki
tenteranya dari medan perang untuk mengelak daripada musnah sama sekali. Tentera
Islam sengaja memberi peluang kepada saki-baki tentera Rom untuk melarikan diri
kerana pada masa akan datang ia juga akan dimusnahkan. Maka akhirnya kota
Ajnadain yang terkenal kuat itu jatuh ke tangan umat Islam.
Disediakan oleh:
[MOHAMAD NAZZIMI BIN SUAIP & NUR ALYAA BINTINASRI]
SEKRETARIAT,
EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)
Comments
Post a Comment