ISU SEMASA: REFORMASI KEPIMPINAN

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]

[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]

[ISU SEMASA]


23 JAMADIL AWAL 1443H | 28 DECEMBER 2021


[REFORMASI KEPIMPINAN : PILIHANRAYA KAMPUS]

    Seperti yang sedia maklum, pilihanraya kampus telah pun berlangsung beberapa hari yang lalu. Kita telah pun menyaksikan beberapa calon sedang sibuk mempergiatkan diri mereka dengan manifesto-menifesto yang ingin disampaikan kepada seluruh warga kampus. Selain untuk menarik perhatian terhadap warga kampus, manifesto tersebut turut dapat memberikan impak yang murni kepada warga kampus dengan pembaharuan yang boleh dilaksanakan sejajar dengan matlamat pihak universiti yang ingin menghasilkan graduan yang berfalsafah dan berbudaya cemerlang.

    Proses pembuangan undi telah pun berlangsung pada 21 Disember 2021 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 22 Disember 2021 pada jam 6.00 petang. Seperti yang sebelum ini, proses pembuangan undi masih dilakukan mengikut situasi norma baharu berikutan penularan pandemik COVID-19 yang berlaku di negara. Sungguhpun suasana pandemik ini kian bertambah baik di negara kita, namun masih lagi terlihat ramai masyarakat Malaysia yang masih lagi dijangkiti dengan wabak ini. Oleh hal yang demikian, pembuangan undi masih lagi dilakukan atas talian intuk menjaga kemaslahatan mahasiswa di kampus ini.

    Mengapa perlunnya diadakan pilihanraya kampus ini kerana ianya untuk mendedahkan kepada para pelajar realiti sebenar dalam demokrasi pemilihan pemimpin. Hal ini kerana, supaya pemilihan yang dilakukan untuk memilih para pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah dapat dilakukan secara telus, adil dan sistematik. Hal ini sejajar dengan firman Allah dalam surah Shod ayat 26:

 

يَادَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ (ص:26)

Ertinya: "Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Qs Shad: 26).

 

Kepentingan Mengundi

    Justeru, dalam mencapai reformasi kepimpinan, terdapat beberapa kepentingan yang boleh kita dapati melalui proses pengundian ini. Salah satunya adalah untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dalam memilih pemimpin masing-masing. Hal ini kerana, ianya menjadi tanggungjawab mahsiswa untuk memilih pemimpin yang tepat dan adil dalam mengetuai satu-satu kumpulan atau tampok kepimpinan. Hal ini sejajar dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W:

“Jika ada tiga orang bermusafir, hendaknya mereka mengangkat salah seorang di antara mereka menjadi ketua.”
[HR Abu Dawud dari Abu Hurairah]

    Justeru, telah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin dikalangan yang dapat membawa dan menjurus kita kearah yang lebih baik.

    Selain itu, pentingnya seorang mahasiswa dalam menunaikan tanggungjawab untuk mengundi para pemimpin mereka adalah untuk melahirkan generasi yang bijak dikalangan mahasiswa dalam menilai kualiti yang layak untuk memilih pemimpin mereka. Hal ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pengundian terhadap seorang pemimpin berlaku yang mungkin disebabkan faktor keperibadian, kepopularitian dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, ini telah menjadi tanggungjawab mahasiswa dalam menilai kriteria yang layak untuk memilih pemimpin mereka. Pilihan yang bijak dapat memilih pemimpin yang baik, yang akan membawa banyak kebaikan dan kelebihan kepada mahasiswa dan juga pusat institusi pendidikan.


Tanggungjawab Pemimpin

    Sebagai memahami tanggungjawab seorang pemimpinan, semua ahli perlulah sedar tanggungjawab sebagaimana yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Tanggungjawab yang diberikan adalah satu anugerah daripada Allah SWT atas kemampuan dan kekuatan pemimpin itu sendiri dan semestinya seseorang yang dipilih menjadi pemimpin mempunyai nilai atau kualiti terbaik. Pemimpin seharusnya mempunyai insiatif menyelesaikan permasalahn dan merancang hala tuju yang jelas melalui penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

    Hal ini bertepatan dengan kepimpinan adalah satu tuntutan agama (ibadah) manakala menunaikan tugas kepimpinan adalah satu amanah. Rasulullah SAW dengan tegas mengingatkan menerusi sabdanya melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah RA (Al-Bukhari, 2001):

الَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Dari Abu Hurairah radhilayyahu'anhu mengatakan; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; bagaimana maksud amanat disia-siakan? Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (HR. Bukhari No. 6015)

    Setiap pemimpin yang dipilih mestilah mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam memimpin kerana kegagalan dalam memimpin akan menyebabkan berlaku banyak ketidakseimbangan yang membawa malapetaka kepada sesebuah masyarakat tersebut. Masyarakat perlulah sedar akan ingatan yang digariskan oleh Allah SWT ini. Pemimpin yang tidak amanah dan bertanggungjawab mendatangkan mudarat besar kepada pentadbiran dan mengundang masalah kelak.

 

Kesimpulan

Tuntasnya, pilihanraya kampus merupakan salah satu wadah dan platform yang baik digunakan oleh para pelajar untuk memilih pemimpin-pemimpin yang berkaliber untuk mengetuai satu-satu kuasa kepimpinan. Sebagai seorang mahasiswa yang berkeperibadian unggul dan dinamik, adalah menjadi tanggungjawab dalam memilih dan mengundi para pemimpin mereka untuk melahirkan generasi yang terbilang yang dapat menampok puncak kepimpinan dunia pada masa akan datang. Oleh itu, kepada semua para mahasiswa, marilah kita mengundi untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa agar kita bersama-sama dapat memilih pemimpin yang baik yang dapat membawa kita kearah kebaikan di dunia dan akhirat.


“MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA”

 

Disediakan oleh:

[NURUL FARHANAH BINTI JUMAT]

SEKRETARIAT,

EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 21/22,

PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

 

#PMHUiTMSA,

#UnitIsuSemasa

#EPI


Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti