BANJIR : APAKAH TINDAKAN ANDA?

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22]

[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]

[ISU SEMASA]


18 JAMADIL AWAL 1443H | 23 DECEMBER 2021


BANJIR: APAKAH TINDAKAN ANDA?

22 Disember 2021: Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) dalam aplikasi dalam talian, Jumlah mangsa banjir meningkat dari 61,001 orang semalam ke 68,713 setakat pukul 11.00 pagi hari ini terdiri daripada 19,063 keluarga yang kini berada di 456 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. Sementara itu, banjir ini telah meragut nyawa rakyat Malaysia dan angka terkini mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam meningkat kepada Sembilan orang sehingga awal pagi hari semalam.

Rentetan daripada itu, bencana alam merupakan sebuah kejadian alam yang murni datangnya dari alam dan atas kehendak Tuhan, antara salah satunya adalah banjir dan ia bukanlah satu bencana alam yang boleh dipandang ringan. Musibah banjir sudah tentu memberi impak kesedihan dan ketraumaan kepada masyarakat yang mengalaminya. Dalam konteks ini, manusia tidak dilarang merasa sedih, namun jangan lupa tetap berdoa pada Allah SWT agar musibah banjir yang dihadapi masyarakat Malaysia sekarang cepat berlalu dan tiap muslim yang mengalaminya mendapat hikmah.

Antara doa yang boleh diamalkan oleh orang muslim ketika musibah banjir agar musibah ini diangkat Allah, segera surut dan hujan berhenti turun adalah doa yang dibaca Nabi Nuh AS saat banjir. Semoga musibah ini segera diganti oleh Allah SWT dengan yang lebih baik. Allah SWT mengirim banjir pada kaum yang tidak mahu mendengar ajaran Nabi Nuh AS. Saat musibah terjadi, Nabi Nuh AS membaca doa yang terkandung dalam Al Quran surat Hud ayat 44:

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Artinya: "Hai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujahanmu," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim.

Sehubungan itu, banjir menimbulkan pelbagai ancaman kepada keselamatan dan kesihatan kepada orang awam amnya dan mangsa banjir khasnya. Adalah penting untuk anda mengenalpasti risiko-risiko yang wujud dan bertindak sewajarnya dalam menghadapi banjir. Berikut adalah panduan dan tip penjagaan keselamatan ketika banjir.

Tip Keselamatan Banjir

  1. Dengar pengumuman melalui media massa atau tunggu arahan
  2.  Bersedia dengan beg kecemasan
  3. Segera berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan apabila diarahkan
  4. Berpindah awal sebelum keadaan banjir lebih buruk dan sbelum akses terputus oleh air yang semakin meningkat
  5. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang
  6. Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat
  7. Jangan biarkan kanak-kanak bermain air di kawasan banjir, longkang, lombong, tali air dan sungai
  8. Jangan berenang atau berjalan melalui air yang deras. Air banjir yang bergerak melebihi paras lutut boleh membuat anda jatuh
  9. Sekiranya terpaksa berjalan kaki didalam air banjir, gunakan kayu untuk memeriksa keadaan tanah di hadapan anda
  10. Jangan sentuh peralatan eletrik, kabel atau wayar.

 

Penglibatan mahasiswa sebagai sukarelawan

Oleh itu, adalah perlu bagi setiap pihak bekerjasama dalam menumpukan usaha membantu rakyat yang menjadi bangsa banjir. Namun secara hakikatnya perlu disedari, bukan sahaja kerajaan negeri mahupun pusat, akan tetapi pihak lain seperti NGO dan mahasiswa-mahasiswa juga hendaklah memainkan peranan bagi membantu mengurangkan beban rakyat.  Dalam konteks ini, apabila menyentuh tentang usaha mahasiswa dalam keadaan sebegini, suka kami melontarkan bahawa mahasiswa-mahasiswa yang majoritinya tergolong dalam kalangan usia remaja boleh berterusan memberi komitmen yang terbaik dan sepenuhnya dalam bentuk tenaga secara sukarelawan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang amat terkesan dengan bencana banjir di negara ini. Antaranya adalah melalui bantuan penyediaan makanan, bantuan penyediaan barangan keperluan kepada mangsa banjir, bantuan capaian kuasa media sosial kepada mangsa yang terjejas dan bantuan pembersihan kawasan banjir.  Keadaan sebegini jelas memaparkan imej ibarat sebuah keluarga dan keprihatinan rakyat Malaysia kerana semangat rakyat Malaysia berganding bahu hadapi musibah bersama tanpa mengira perbezaan dari pelbagai aspek..

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, semoga panduan langkah-langkah keselamatan di musim banjir ini dan usaha ini bermanfaat untuk kita semua.

 

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti