PENGERTIAN HARI TASYRIK
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 21/22] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [TRIVIA] 11 Zulhijjah 1442H | 21 Julai 2021 [PENGERTIAN HARI TASYRIK] Dari penerangan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari, kalimah tasyriq itu sendiri berasal dari perkatan “syarqu” membawa dua maksud iaitu bercahaya dan cahaya matahari. Pertama, apa yang dikatakan dengan “bercahaya”. Ia dimaksudkan dengan hari yang bercahaya. Kebiasaannya pada tanggal 11, 12, 13, Zulhijjah ini dalam kalender Islam penampakan bulan hampir penuh. Jadi dengan cahaya bulan tersebut ia memudahkan urusan Mabit di Mina. Justeru dengan cahaya bulan pada waktu malam dan disambung cahaya matahari pada waktu siangnya ia dikenali sebagai hari yang bercahaya. (Al-Jauhari, 2019) Seterusnya, maksud kedua pula adalah cahaya matahari. Apabila jemaah Haji selesai menjalankan urusan ibadah qurban, mereka akan menghiris daging qurban tersebut secara nipis untuk dijadikan daging salai. Ia dilakukan sedemikian kerana berlaku lambakan daging q