BANJIR: UJIAN ILAHI BUAT MUKMIN


[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]


26 Jamadilawal1442H | 10 Januari 2020


[BANJIR: UJIAN ILAHI BUAT MUKMIN]

 

Berlayar ayahanda, tiada nan lara,

Singgahannya beta, tepian pusara,

Bah melanda, menggegar negara,

Rakyat menderita, masyarakat sengsara.

 

Seperti yang diketahui umum, belakangan ini, negara kita yang tercinta telah dilanda satu bencana besar yang membawa kerosakkan kepada alam sekitar dan juga harta benda. Ramai yamg mengeluh dan meratapi tragedi ngeri ini. “Apa salah kami” dan “Adakah Allah SWT membenci kami” menjadi bait bait ayat yang meniti dari bibir ke bibir umat manusia yang terlalu terkesan dengan bencana ini. Dalam hal ini, harus kita ingat bahawa Setiap musibah dan ujian diturunkan perlu dijadikan iktibar dan jangan kita mempersoalkan mengapa Allah SWT memperlakukan sedemikian sedangkan kita mengetahui Dia berhak atas kekuasaannya sendiri.

 

Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah SWT mengingatkan, setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”

 

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah SWT, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar. Jadi Jelaslah bahawa hikmah pertama banjir adalah untuk menguatkan dan memampankan lagi Iman dan Ketaqwaan para Mukminin dan Mukminat.

 

Selain itu, musibah banjir juga mengajar kita untuk sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing . Menjadi tanggungjawab Muslim sejagat untuk membantu antara satu sama lain apa berlaku musibah atau perkara yang menyakiti saudari saudari se Islam kita. Menolong dalam mengerjakan kebajikkan dan Taqwa itu telah disebutkan di dalam Kitab Al-Quran.

 

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [Surat Al-Ma’idah 2]

 

Hikmah ketiga banjir buat umat sejagat adalah untuk memberi peringatan bahawa dunia itu tidak kekal dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu untuk membuat apa sahaja. Selain itu, Bumi pinjaman Allah SWT juga wajarlah dijaga sebaik mungkin. Allah SWT sentiasa mengingatkan kita agar sentiasa memelihara alam ciptaan-Nya yang mempunyai manfaat dan kebaikan kepada semua makhluk. Peringatan yang cukup jelas diberikan Allah SWT itu berbentuk bencana alam seperti banjir besar, tanah runtuh dan gempa bumi.

 

Allah SWT berfirman: “Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah dan sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11)

 

Jadi, sudah jelas bahawa musibah banjir ini mempunyai hikmah tersembunyi yang wajar dilihat pada kancah yang lebih jelas oleh masyarakat sejagat.

 

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

 

Disediakan oleh:

[NORFADHLAN ADLI BIN NORKHAIRI]

SEKRETARIAT,

EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 20/21,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PMHUiTMSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN