PATUH! PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BUKAN MAIN-MAIN


[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA COVID-19]

12 Syaaban 1441H | 6 April 2020


[PATUH! PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BUKAN MAIN-MAIN]

Perintah kawalan pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) mahupun  kuarantin yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani wabak yang sedang menular di negara kita telah memberikan pelbagai impak dan perspektif kepada rakyat Malaysia. Perintah kawalan ini dilaksanakan untuk mengurangkan kadar jumlah pesakit yang terinfeksi dengan wabak COVID-19. Perintah kawalan pergerakan yang kini telah memasuki fasa kedua apabila ianya telah dilanjutkan dari 1 April sehingga 14 April telah memberikan pelbagai rungutan daripada pelbagai pihak. Hal ini kerana, perintah yang dilaksanakan telah menyekat pergerakan dan mengehadkan kebebasan mereka untuk melaksanakan rutin-rutin harian mereka. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan supaya rantaian wabak ini dapat diputuskan.

Sikap degil dan hanya mementingkan diri sendiri oleh segelintir masyarakat dalam perkara ini hanya akan menambahkan kemudharatan kepada orang lain. Rasulullah S.A.W telah bersabda, bahawasanya:

“Barangsiapa yang memudharatkan orang lain, maka Allah akan mendedahkan mudharat kepadanya, Baransiapa yang menyusahkan orang lain, Allah boleh menyusahkan urusannya”.
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Justeru, janganlah kita sesekali bersikap sedemikian kerana perbuatan tersebut akan mendatangkan kemaslahatan kepada masyarakat dan ummah serta akan mengundang kemurkaan dari Allah S.W.T.


·         KENAPA PERLUNYA PKP?

Arahan PKP bukanlah suatu yang disengajakan. Walaupun banyak kerugian yang dihadapi oleh pelbagai pihak, kita seharusnya dapat berfikir asbab perintah ini dikeluarkan.

Pertama sekali, kita perlu faham mengapa perintah kawalan ini perlu dilakukan. Tujuan perintah ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan penularan kes positif wabak COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia dengan cara memutuskan rantaian wabak tersebut. Sehingga 5 April 2020, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 meningkat kepada 3,662 kes dengan peningkatan kes terbaharu iaitu sebanyak 179 kes. [1]

Statistik kes COVID-19 di Malaysia dikeluarkan pada 5 April 2020 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Hal ini amat menggusarkan kita sebagai rakyat Malaysia kerana jumlah kes terus meningkat hari demi hari. Bagaimanakah rantaian ini dapat dihapuskan? Seperti yang kita tahu, wabak tersebut berlaku disebabkan tertularnya satu virus iaitu yang diberi nama SARS-CoV-2. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa virus ini boleh tersebar melalui sentuhan ataupun titisan pernafasan dari hidung atau mulut seseorang ketika bersin ataupun terbatuk. Titisan-titisan tersebut boleh menyebabkan jangkitan kepada individu lain apabila titisan tersebut terkena pada sesuatu objek atau permukaan dan disentuh oleh individu tersebut. [2]
Laporan Kajian Makmal Coronavirus 2019 (COVID-19)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Namun, mengapa 14 hari tempoh yang diambil?
Virus SARS-CoV-2 mempunyai waktu inkubasi sebanyak 14 hari.[4] Tempoh ini juga digunakan untuk merawat wabak ini kerana kebanyakkan kes-kes yang dirawat memerlukan sekurang-kurangnya 14 hari untuk sembuh. Dalam erti kata lain, yang tidak dijangkiti dapat dielakkan dan dijangkiti dapat dirawat dalam tempoh 14 hari.

Justeru, dengan pelaksanaan kawalan ini, masyarakat dapat mengehadkan pergerakan mereka untuk tidak berada di kawasan tumpuan ramai di mana virus ini boleh dijangkiti dari satu individu kepada individu yang lain dan pengamalan jarak yang sesuai daripada satu individu kepada individu yang lain amatlah digalakkan di kawasan tumpuan ramai sekurang-kurangnya 1 meter agar wabak ini tidak tersebar. Bayangkan jika arahan sebegini tidak dilaksanakan, pastinya lebih ramai individu yang akan terjangkiti dengan wabak ini hingga boleh menyebabkan lebih ramai kematian di negara kita. Sehingga kini, tiada sebarang ubat yang boleh merawat wabak ini walaupun ada diantara ubat dan penawar yang masih di dalam kajian namun tidak boleh terus di aplikasikan kepada masyarakat. Satu-satunya langkah pencegahan wabak ini adalah dengan melaksanakan arahan PKP tersebut. Jika masyarakat memandang enteng akan hal ini, lebih ramai individu yang akan dimasukkan ke hospital dan jika kes-kes sebegini tidak dapat dihentikan, lebih banyak nyawa yang terpaksa dikorbankan sehingga pihak hospital dan kementerian kesihatan berada dalam keadaan kegawatan dan tidak terkawal disebabkan kekurangan kemudahan untuk merawat pesakit. Tuntasnya, masyarakat perlu mengambil berat akan hal ini supaya wabak ini dapat dihentikan.


·         MASYARAKAT MASIH BERDEGIL?

Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah masuk fasa yang kedua, terdapat juga segelintir rakyat Malaysia masih berkeras kepala untuk keluar dari rumah tanpa tujuan yang dibenarkan. Pada hari yang ke-16 PKP, sebanyak 413 individu telah ditahan kerana ingkar PKP dan sebanyak 362 individu akan dituduh di mahkamah. Mereka seolah-olah menutup mata akan keadaan yang berlaku dan menganggap PKP yang dilakukan adalah perkara yang remeh. Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa polis akan mengambil tindakan yang lebih keras terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan, menerusi Sidang Media Harian COVID-19.[5]
Status Operasi Penguatkuasaan bertarikh 3 April 2020

Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa dalam memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah:
1. Masyarakat tidak tahu mengenai arahan PKP sedangkan sudah masuk hari ke 16    perlaksanaanya.
2. Keluar rumah untuk membeli makanan atau rokok pada pukul 11 malam sedangkan semua kedai telah ditutup pada pukul 8.00 malam.
Maka, pihak berkuasa telah membuat tindakan yang tegas dengan menguatkuasakan Akta 342 Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan 188 Kanun Keseksaan.[6] Tindakan tersebut dibuat untuk mengelakkan masyarakat keluar dari rumah tanpa tujuan namun masyarakat menganggap ia sesuatu yang menyusahkan pergerakan mereka. Terdapat juga yang ditangkap kerana kesalahan berkasar dengan pihak berkuasa. Sebagai orang Islam yang terdidik untuk hidup dalam masyarakat yang harmoni, kita perlulah bersikap terbuka apabila menerima teguran dan perlu mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan diri dan negara.


·      MENCARI HIKMAH DISEBALIK PKP

Sebagai insan yang telah dikurniakan dengan akal yang cerdik dan cerdas oleh Allah SWT, perlulah kita memandang perintah kawalan pergerakan ini sebagai suatu yang lebih positif dan dinamik. Hal ini kerana, terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh daripada pelaksanaan PKP ini. Antaranya ialah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga dan juga dapat memperuntukkan lebih masa untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan dengan meluangkan masa bersama ahli keluarga sepanjang tempoh pelaksanaan PKP diadakan dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah bersama-sama seperti bergotong-royong membersihkan rumah, memasak bersama-sama, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda bahawasanya:

“Manusia yang menjaga hubungan persaudaraan dengan sempurna bukanlah seseorang yang melakukannya kerana ia akan mendapat pulangan daripada saudaranya. Tetapi orang yang benar-benar menjaga hubungan kekeluargaan adalah orang yang tetap melakukan sesuatu, biarpun orang lain telah memutuskan talian persaudaraan dengannya”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis, Islam sangat menuntut umatnya untuk menjaga institusi kekeluargaan. Kita hendaklah mengambil peluang dalam tempoh kawalan ini untuk memperbaiki semula hubungan yang agak renggang semasa kita sibuk dengan urusan pekerjaan dan belajar. Maka, jika dilihat dari sudut baiknya, Allah S.W.T mengilhamkan PKP kepada kerajaan kerana ingin memberi satu peluang untuk kita menghidupkan kembali suasana keluarga yang diimpikan.

Bahkan melalui pelaksanaan arahan tersebut juga, masyarakat khususnya umat Islam dapat memperuntukkan masa yang ada untuk bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Kita boleh menambahkan amalan-amalan rohani dan spiritual seperti memperbanyakkan bacaan Al-Quran, menunaikan solat sunat, bersedekah dan lain-lain. Setiap musibah dan masalah yang melanda kita seperti penularan wabak ini merupakan satu ujian atau peringatan daripada Allah S.W.T untuk lebih mengingati dan mengabdikan diri kepadaNya. Oleh itu, rebutlah peluang yang diberi ini untuk bermuhasabah diri dan memepertingkatkan amalan demi mengejar keredhaan Allah Ta’ala yang telah lama kita lupakan.


·         PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MENURUT ISLAM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sangat berkait rapat dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
Firman Allah SWT:
Ù„َا تُÙ„ْÙ‚ُوا۟ بِØ£َÙŠْدِيكُÙ…ْ Ø¥ِÙ„َÙ‰ ٱلتَّÙ‡ْÙ„ُÙƒَØ©ِ
Maksudnya :
“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…”  
(Surah Al-Baqarah: 195)

Al-Baghawi menjelaskan bahawa setiap perkara yang membawa kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia, maka ia termasuk dalam makna ayat ini. (Rujuk Ma'alim al-Tanzil, 1/367).[9] Kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengatasi penyebaran virus ini. Tetapi kenapa kita masih merisikokan diri sendiri serta membahayakan nyawa orang lain? Jika kita tidak mengambil endah akan kuarantin dan PKP yang sedang berlangsung, ini menunjukkan kita adalah manusia yang sombong dan ingkar terhadap arahan yang telah diberikan. Arahan-arahan tersebut bukanlah sesuatu yang membebankan tetapi ia adalah sebuah kebaikan untuk mengelakkan diri kita dan orang sekeliling kita selamat dari sebarang penyakit yang berbahaya. Islam sendiri melarang umatnya untuk menganiaya diri sendiri sama ada mencederakan diri sendiri atau mendedahkan diri dengan penyakit. Maka, kita sebagai penganutnya perlu jelas dan faham akan arahan kerajaan.


·         HENTIKAN SEBARAN MAKLUMAT YANG TIDAK BENAR!

Seiring peningkatan kes COVID-19, berlaku juga peningkatan penyebaran info-info palsu. Info-info yang tidak benar mengenai COVID-19 tersebar luas dalam media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan sebagainya. Bahkan ada juga info-info tersebut yang menyatakan ianya datang daripada Menteri Pertahanan iaitu Dato’ Sri Sabri Yaakob. Namun, beliau telah menafikan dan menjelaskan dalam sidang harian COVID-19. Kita perlu ingat, info-info yang tidak sahih boleh mendatangkan pelbagai reaksi daripada masyarakat iaitu panik, ketakutan, kegelisahan dan sebagainya.

Allah SWT berfirman:

ÙˆَÙ„َÙˆْ رَدُّوهُ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ù±Ù„رَّسُولِ ÙˆَØ¥ِÙ„َÙ‰ٰٓ Ø£ُÙˆ۟Ù„ِÙ‰ ٱلْØ£َÙ…ْرِ Ù…ِÙ†ْÙ‡ُÙ…ْ Ù„َعَÙ„ِÙ…َÙ‡ُ ٱلَّØ°ِينَ ÙŠَسْتَÙ†ۢبِØ·ُونَÙ‡ُÛ¥ Ù…ِÙ†ْÙ‡ُ
Maksudnya :
“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal alua mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka…”
(Surah Al-Nisa’: 83)
Ayat ini adalah berkenaan bantahan dan penolakan terhadap orang-orang yang tergesa-gesa dalam pelbagai urusan sebelum memastikan kebenaran, lalu dia memberitakannya, menyiarkannya dan menyebar luaskannya sedangkan terkadang perkara itu tidak benar. Menyebarkan sesuatu berita yang betul digalakkan untuk memberitahu akan situasi atau maklumat terkini. Namun, pada masa ini terlalu banyak info-info yang disebarkan tidak benar malah ia telah menjadi satu unsur fitnah. Untuk menyedapkan cerita-cerita, mereka menokok tambah dalam info-info tersebut sehingga mereka tidak menjaga sensitiviti pesakit-pesakit COVID-19 dan ahli keluarganya. Terutamanya, kes Jemaah-jemaah tabligh yang mengikuti ijtimak Masjid Seri Petaling. Mereka berterusan menjadi mangsa kecaman netizen kerana mereka merupakan pesakit positif COVID-19 yang teramai.

Sesungguhnya penyebaran info-info yang tidak benar ini merupakan salah kesalahan kerana ia menipu orang ramai dan dapat menjatuhkan maruah seseorang itu jika dikaitkan dengan mereka. Oleh itu, sebelum kita menyebarkan segala info-info yang kita dapat sama ada dalam media sosial atau mulut ke mulut, kita perlulah memastikan ia sahih barulah kita sebarkan ia dengan bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang benar. Janganlah kita tersilap langkah kerana pada masa ini jari lebih berbahaya dari mulut.


·         KESIMPULAN

Cukuplah dengan lemparan rungut kita. Para petugas barisan hadapan sedang berusaha memulihkan keadaan. Kita seharusnya bersyukur ada pewira-pewira yang yang tidak didendang selama ini sedaya upaya melindungi kita daripada dijangkiti. Bayangkanlah mereka juga degil seperti kita, pastinya Malaysia runtuh seperti negara Itali yang kian lumpuh kerana rakyat yang ingkar dengan arahan kerajaan. Teruskanlah berdoa dan patuhilah arahan pemerintah. Percayalah, jika kita memberi kerjasama yang padu rantaian ini dapat diputuskan dengan mudah. Insha Allah ada pelangi selepas hujan.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang penyakit yang ada.

Sekian.

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:
[NURUL FARHANAH BINTI JUMAT]
[SITI NUR AISYAH BINTI AZMI]

SEKRETARIAT,
EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI 20/21,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)
#PMHUiTMSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI



______________________________________________________________________________
Rujukan:
[1] COVID-19 (Maklumat Terkini):

[2] Amalkan Perkasa Asas Cegah COVID-19:

[3] 'Virus bertahan 9 hari pada tombol pintu pengangkutan awam' - Saintis temui punca COVID-19 merebak dengan cepat


[5] Statistik Individu Ditahan

[6] COVID-19: Langgar perintah, denda RM1,000 atau penjara

[7] BAYAN LINNAS SIRI KE - 224: COVID-19: SARANAN KAMI

[8] COVID-19: Malaysia tidak sampai ke peringkat perintah berkurung lagi - Ismail Sabri

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti