PROGRAM SCORE DOUBLE A DAN PROGRAM SEMINAR PEMIKIRAN MAHASISWA
PROGRAM SCORE
DOUBLE A
Program
Score Double A telah berlangsung dengan jayanya dengan menjemput dua penceramah iaitu Encik Norhisham Bin Ya’cob , selaku Pegawai
Psikologi Kanan, Unit Kaunseling Dan Kerjaya UiTM Shah Alam dan penceramah Encik Azrul Faiz Bin Abdul Malek , selaku Mantan
Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari Sesi (13/14) dan Pengurus
Perniagaan. Di samping
itu , anggaran pelajar yang hadir program score double A adalah sebanyak 500
pelajar.
Tujuan Program Score Double A diadakan adalah untuk
melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan
berlandaskan syariat. Selain itu, para pelajar yang menyertai program ini dapat
meningkatkan motivasi diri dalam kalangan mahasiswa bagi menghadapi
cabaran kehidupan dan memupuk semangat berkebolehan
dalam pelbagai aspek kehidupan berlandaskan syariat.
Oleh yang demikian, program ini juga memmbantu mahasiswa untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik
seiring dengan bergiat aktif dalam persatuan.
Program
score double A membantu mahasiswa untuk mencapai
kecemerlangan dalam akademik seiring dengan bergiat aktif dalam persatuan.
Rentetan itu, program ini juga telah mewujudkan suasana islamik yang kondusif dalam kampus dengan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seorang mahasiswa dan membentuk
generasi mahasiswa yang berkaliber dalam akademik dan sahsiah diri berpaksikan
syariat Islam.
PROGRAM SEMINAR PEMIKIRAN MAHASISWA
Program Seminar Pemikiran Mahasiswa adalah
program kepada pembentukan peribadi mahasiswa Islam dalam menghadapi isu
LGBT yang berada di tahap yang sangat membimbangkan.
Program ini dijalankan bagi bertujuan untuk
penghayatan pemikiran dan ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, para pelajar dapat mengenal pasti langkah-langkah kawalan dan dakwah yang perlu
ditangani apabila berhadapan dengan pengamal LGBT
Para pelajar hendaklah mengenal pasti langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan selaku
mahasiswa Islam bagi menghalang perkembangan serangan LGBT daripada terus
membelenggu umat Islam masa hari ini.
Program ini juga telah memberi penekanan kepada mahasiswa supaya lebih cakna terhadap isu
semasa yang berlaku di sekeliling mereka.
Comments
Post a Comment