Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti


TOKOH-TOKOH ISLAM 



Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti merupakan anak Malaysia yang berasal dari Batu Gajah,Perak dan lahir pada tahun 1976. Beliau juga turut dikenali sebagai Syeikh Afifi. Syeikh Afifi telah dianugerahkan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul pada tahun 2017.
Pendidikan awal Syeikh Afifi ialah beliau telah mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor dan menyambung pengajian di beberapa pondok sekitar Indonesia, Maghibi dan Syria. Selain itu, beliau turut melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfas dan dianugerahkan penuntut terbaik pada tahun 2001 di Universiti Queen. Beliau juga turut meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford.
Kepakaran Syeikh Afifi ialah beliau pakar dalam bidang Teologi Islam, Falsafah dan Sains. Syeikh Afifi juga pakar dalam menguasai beberapa bahasa seperti bahasa Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani dan Perancis.
Syeikh Afifi bertugas sebagai seorang KFAS iaitu Felo Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford dan merupakan pensyarah Pusat Islam dalam bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom. Beliau juga merupakan salah seorang felo pensyrah di Worcester College, Oxford.
Terdapat beberapa pencapaian Syeikh Afifi sebelum beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti Oxford. Antaranya adalah beliau telah menerima Ijazah Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains. Pada tahun 2008, beliau telah mendapat Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Falsafah Arab Pertengahan iaitu Medieval sebagai seorang cendekiwan Clarendo dan dilantik sebagai seorang ahli Teologi dan ahli Falsadah dalam bidang dunia Islam dan tradisi barat.
Selain itu, pada tahun 2009, Syeikh Afifi bersama Professor Muhd Abdel Haleem dan IIIT telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai didalam Anugerah Muslin United Kingdom tahunan dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu pada tahun 2010. Beliau juga pernah dilantik sebagai imam di masjid Ireland. Akhirnya, pada usia 34 tahun beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN