PERISTIWA ISLAM BULAN MUHARRAM
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).
Sebelum Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut
tahun masihi. Pada asasnya, Muharam membawa maksud “ diharamkan ” atau “
dipantang ” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. Sejak
pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa
terikat lagi dengan larangan tersebut. Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Islam Di Bulan Muharram ialah Khalifah Umar
Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. Seterusnya, dinamakan juga hari “ Asyura ” pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan
tabah dari menegakkan keadilan dan kebenaran. Ianya juga boleh
menghapuskan dosa satu tahun yang lalu. Pada 10 Muharram juga telah berlaku antaranya ialah Nabi Adam bertaubat kepada Allah, Nabi Idris
diangkat oleh Allah ke langit, Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar
dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan, Nabi Ibrahim
diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud, Allah
menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa, Nabi Yusuf
dibebaskan dari penjara, penglihatan Nabi Yaakob yang kabur
dipulihkkan Allah, Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya, Nabi Yunus
selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari
40 malam, Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun, kesalahan Nabi Daud diampuni Allah, Nabi Sulaiman
dikurniakan Allah kerajaan yang besar, hari pertama
Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat serta menurunkan hujan. Allah menjadikan Luh Mahfuz,
alam, Malaikat Jibril dan Nabi Isa diangkat ke langit.
Comments
Post a Comment