FASAL 2: NIAT SEWAKTU BELAJAR


HURAIAN RINGKAS BERKENAAN DENGAN KITAB TA’ALIM MUTAALIM FI TARIQI TA’LUM
(BAGI MEMBAHASKAN ADAB-ADAB SEORANG PENUNTUT ILMU) KARANGAN SYEIKH BURHANUL ISLAM AZ ZARNUJI

SUMBER: USTAZ NAZRUL NASIR AL AZHARY
DISUSUN SEMULA OLEH: EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI PERSATUAN MAHASISWA HADHARI SESI 18/19

SIRI 3

FASAL 2: NIAT SEWAKTU BELAJAR



Setiap pelajar ilmu perlulah memiliki niat sewaktu dalam tempoh belajar. Ini kerana niat merupakan asas kepada semua perkara berdasarkan dalil sabda Nabi S.A.W ”إنما الاعمال بالنيات
Ertinya: Setiap amalan itu hanyalah diukur berdasarkan niat, juga diriwayatkan daripada baginda S.A.W
كم من عمل يتصور بصرة عمل الديا, ثميصير ، بحسن النية من أعمال الاخرة ، وكم من عمل يتصور عمل الاخرة ثم يصير من أعمل الدينا بسؤ النية
Ertinya: Berapa banyak amalan yang menyerupai amalan dunia dan dengan niat yang baik, ia menjadi amal akhirat. Sebaliknya, berapa banyak amalan yang menyerupai amalan akhirat kemudiannya ia menjadi amalan dunia akibat daripada niat yang buruk.
*niat yang baik menyebabkan amalan yang orang Nampak dunia, seperti sapu sampah bertukar menjadi ibadah kepada Allah. Kata Imam Al Ghazali Hujjatul Islam “Kami menuntut ilmu ini bukan kerana Allah s.w.t. pada permulaan, tetapi bila kita bermujahadah, maka niat yang pada mulanya bukan kerana Allah bertukar kerana Allah”.
Kata Nabi Muhammad S.A.W, “Dunia ini Allah s.w.t. akan bagi kepada sesiapa sahaja samada orang yang Allah kasih ataupun Allah benci kepadanya, tetapi ilmu Allah s.w.t. tidak akan bagi melainkan kepada orang yang Allah s.w.t. kasih”.

PERKARA YANG PERLU DINIATKAN KETIKA MENUNTUT ILMU

Seseorang penuntut ilmu perlulah menyiapkan usaha-usaha menuntut ilmunya itu adalah untuk:
1      1)      Mendapat redha Allah s.w.t
2      2)      Menuntut kejayaan di akhirat
3      3)      Menghapus kejahilan diri dari dirinya dan orang-orang yang jahil
4      4)      Untuk menegakkan agama serta mengekalkan Islam di atas muka bumi Allah kerana tertegakknya Islam itu hanya dengan ilmu.

*Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Niat seorang mukmin itu lebih baik dari amalannya”

Zuhud dan Taqwa tidak akan bercampur dengan kejahilan. Dalam hal ini, seorang imam terkenal Syeikh Burhanuddin(Guru kepada Imam Az Zarnuji, juga seorang pengarang kitab Al Hidayah), Al Imam Burhanuddin Al Marghinani, beliau pernah dipenjarakan dalam telaga, setiap hari anak murid dia akan datang duduk di atas telaga, maka Imam Al Marghinani akan mengiblatkan matan kitab yang beliau karang dengan hafalan beliau. Pengarang kitab Al Hidayah pernah mengungkapkan sebuah syair beliau di hadapan sekumpulan ulama’


Ini satu kerosakan besar bila seorang ‘alim mengabaikan ‘ilmunya
                Namun, kerosakan itu lebih buruk bila ada orang jahil tekun beribadat
Mereka itu menjadi fitnah yang parah di atas muka bumi Allah
                Bila ada orang bergantung kepada mereka dalam urusan agamaNya

*Yang jahil dianggap ‘alim, jahil dalam ‘ilmu agama tetapi dianggapnya ‘alim hanya beberapa kerat masa dia gunakan untuk tuntut ‘ilmunya, dibacanya buku-buku, dengar Youtube dan sebagainya tanpa mengetahui asal usul ilmu tersebut maka disebarkan ‘ilmu tersebut. Maka orang menganggapnya ‘alim. Mereka hanya ‘Alimul Lisan(orang yang pandai menyusun kata-kata dengan baik). Lebih bahaya bila ada seorang ‘abid(ahli ibadah) yang mana dia jahil menekuni ibadah. Lebih bahaya kalua ada orang mengikut dengannya.

Seseorang juga perlu niat menuntut ilmu adalah untuk mensyukuri nikmat akal dan nikmat kesihatan badan dan janganlah ia meniatkan dengan ilmu tersebut untuk orang berkumpul kepadanya bukan menghimpunkan dunia yang akan lebur dan bukan untuk mendapat kedudukan di sisi sultan atau selainnya. Imam Muhammad bin Hasan R.A pernah berkata “Kalaulah semua manusia di muka bumi ini menjadi hamba milikku, nescaya akan aku merdekakan mereka dan aku menolak wala’ mereka. Barangsiapa yang telah memiliki kelazatan ‘ilmu dan amal, maka jarang sekali dia akan inginkan apa yang dimiliki kebanyakan manusia”.

*Imam Muhammad bin Hasan Al Syaibani berkata sedemikian, orang yang dibebaskan atau seseorang yang membebaskan seorang hamba, kalua hamba ini tidak mempunyai ahli keluarga, maka harta itu boleh diwarisi kepada yang membebaskan tadi tetapi Imam Muhammad bin Hassan As Syaibani menolak harta tersebut kerana kelazatan ‘ilmu itu lebih diutamakan daripada kelebihan yang dilihat oleh manusia pada zaman sekarang.
Imam Qiwamuddin Hamad bin Ibrahim bin Ismail As Saffar Al Ansori pernah membacakan kepada kami satu syair yang ditulis kepada Imam Abu Hanifah Rahimahullah Taala



Sesiapa yang menuntut ‘ilmu untuk akhirat
                Pasti beruntung ia dapat kelebihan petunjuk
Alangkah ruginya mereka yang menuntut
                Hanya untuk mendapat pemberian manusia

Menuntut ‘ilmu atas tujuan mendapat kedudukan adalah terlarang melainkan jika kedudukan yang diharapkan itu atas tujuan melaksanakan “الامر بالمعرف والنهي عن المنكر”, menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran atau atas tujuan menegakkan kebenaran dan meninggikan agama bukan untuk kepentingan diri dan hawa nafsunya jika demikian haruslah baginya belajar atas tujuan mendapat kedudukan dan mengikut kadar yang akan memungkinkan seseorang itu melaksanakan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

*niat boleh bercampur aduk, oleh itu perlu laksanakan apa yang diniatkan dan jaga betul-betul. Contohnya, bila ada B.A.(Bachelor) belum cukup, perlu ada PhD(Doktor Falsafah), dan apabila ada PhD dengan niat amar makruf nahi mungkar, jika tiada PhD tetapi ada ‘ilmu dan tidak berbohong, perlu ambil PhD untuk menutup mulut orang-orang yang jahil yang ada PhD.

Seseorang itu perlu berfikir panjang dalam hal ini, jangan sampai ‘ilmu yang telah diusahakannya dengan tenaga yang banyak tiba-tiba dipergunakan hanya untuk dunia yang hina lagi sikit dan akan binasa. Terdapat sebuah syair menyebut



Dunia itu lebih sedikit daripada yang sedikit
                Dan yang rindunya lebih hina daripada yang hina
Dunia akan memekak sekelompok manusia Dunia juga membutakan
                Mereka yang gilakan dunia akan hidup teraba-raba mencari jalan

*Orang yang cari dunia kadang-kadang dipekakkan dan dibutakan daripada melihat kesilapan dunia. Disebabkan itu, dia ruku’ fil haram, disebabkan kerana inginkan dunia, maka dia sanggup melakukan yang haram untuk dapatkan dunia tersebut. Orang yang mengejar dunia ibarat anjing yang mengejar bangkai. Mengapa para solihin meninggalkan dunia? Imam Ghazali Rahimahullah bagi tamsilan, “seseorang yang melihat kek, dan melihat seseorang yang memasukkan racun ke dalam kek tersebut, bila dia dah nampak racun tersebut dimasukkan ke dalam kek tersebut, dia tidak akan makan walaupun luaran kek sangat lazat, tapi orang yang menyentuhnya tidak tahu, dia melihat lazatnya kek”. Menunjukkan bahawa orang yang mengerti fasadnya(rosak) dunia dengan orang yang tidak mengerti fasadnya dunia.

Janganlah seseorang yang memiliki ‘ilmu itu menghina dirinya dan bersikap haloba pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya dihalobai oleh seseorang penuntut ‘ilmu dan hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara-perkara yang akan merendahkan ‘ilmu dan pemiliknya. Dia hendaklah sentiasa tawadhu’(merendah diri), tawadhu’ itu adalah sikap diantara takkabbur(meninggi diri) dan Mudillah. Begitulah juga dengan sifat iffah, ia juga berada diantara takkabbur dan Mudillah.
*Penuntut ‘ilmu mesti menghiaskan diri dengan tawadhu’. Takkabbur bererti meninggi diri manakala Mudillah bererti menghina diri. Tawadhu’ berada di tengah-tengah(Bainadani wal Faras).

Imam Ruknul Islam yang dikenali juga Adibul Mukhtar telah mengungkapkan satu syair hasil nukilannya



Tawadhu’ itu sebahagian daripada sifat taqwa
                Dengan dia meningkat ke darjah yang tinggi
Yang menghairankan ialah kehairanan orang jahil tentang kedudukannya
                Akan bahagialah dia atau celaka akhirnya
Atau bagaimana umurnya akan berakhir sewaktu rohnya melayang pada hari kebinasaan
                Adakah dia termasuk orang hina atau darjatnya akan diangkat naik
Sifat kibriya’ adalah milik eksklusif Tuhan
                Hendaklah kami jauhi dan sentiasalah berhati-hati

*Sifat kibriya’ hanya milik Allah, Kata Allah swt dalam Hadis Qudsi “الكبرياء ردائي و لعظمة إزاري”, Kibriya’ itu adalah rida’ku, dan keagungan itu adalah pakaianku.
Imam Abu Hanifah Rahimahullah Taala pernah berkisah kepada anak-anaknya, “Besarkan serban kamu dan luaskan lengan baju kamu”, beliau menyebut demikian agar ilmu dan orang-orang berilmu tidak dipandang rendah.
*Imam Abu Hanifah menganjurkan kepada penuntut ‘ilmu untuk memakai dengan pakaian ahli ilmu. Memakai dengan pakaian tersebut adalah Tafa’ul, فتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم ، إن التشبه با الكرم فلاح ,Bertasyabuhlah kamu (menyerupailah) dengan orang yang telah berjaya sampai kepada Allah dengan pakaian, akhlak mereka, kerana menyerupai mereka itu adalah satu kejayaan. Mengapa lengan baju orang terdahulu besar? Kerana ingin menyimpan buku. Imam Syafie diuji oleh Allah s.w.t. suatu hari ada seorang yang sangat dengki kepada Imam Syafie sehingga dia cari tempat Imam Syafie buat baju. Selepas Imam Syafie dah ukur semua baju, dia pergi ke kedai tersebut, dan dia berkata kepada tukang jahit, “Imam Syafie suruh ubah sikit dekat lengan, sebelah pendek dan sebelah lagi panjang, luas sebelah dan satu lagi sempit sebelah”. Bila siap baju, Imam Syafie dating pakai baju, terkejut dengan pakaian maka kemudia kata tukang jahit tersebut, ada seorang datang memberitahu kamu untuk buat balik. Imam Syafie berkata “Alhamdulillah, lengan yang luas ini boleh aku letakkan Fathir, dan lengan lengan yang sempit ini sekurang-kurangya aku nak menulis kitab tak perlu aku sunting lengan aku”. Oleh itu, ahli ilmu tetap dilebihkan daripada sesiapa pun. Tidak boleh kita panggil ahli ilmu datang ke tempat kita dan kita buat layanan main-main. Contoh, bila kita panggil pelajar Maahad Tahfiz datang bertahlil, perlu diberi layanan lebih selepas itu. Hadis “خيركم من تعلّمم القرءان وعلمه”, sebaik-baik kalangan kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan yang mengajarkannya.

Eloklah seseorang penuntut ilmu itu mendapatkan kitab wasiat yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah dan Syeikh Yusuf bin Khalid As Siruti sewaktu beliau ingin pulang kepada keluarganya setelah selesai belajar dengan Imam Abu Hanifah dan adalah guru saya(pengarang) Imam Burhanuddin Ali bin Abi Bakar Qadasallah mudah-mudahan akan membahagiakan rohnya yang mulia. Beliau menyuruh saya menulis wasiat berkenaan sewaktu saya ingin pulang ke kampung halaman saya. Para guru dan mufti sangat perlu kepada wasiat berkenaan dalam urusan mereka dengan orang ramai.

Tamat Fasal 2


Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti