PENGENALAN KITAB TA'ALIM MUTAALIM
HURAIAN RINGKAS BERKENAAN DENGAN KITAB تعليم المتعلم في طريق التعلم (TA’ALIM MUTAALIM FI
TARIQI TA’LUM)
(BAGI MEMBAHASKAN ADAB-ADAB SEORANG
PENUNTUT ILMU)
SUMBER: USTAZ NAZRUL NASIR AL AZHARY
DITULIS SEMULA OLEH: EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI PERSATUAN
MAHASISWA HADHARI SESI 18/19
SIRI 1
MUQQADIMAH
بِسْمِ اللهِ اَلرَحْمَن الرَّحِيم
الحمد لله الذي فضَّل بني ادم بالعلم والعمل على جميع
العالم، والصلاة والسلام على محمد سيِّد العرب والجم، وعلى اله وأصحابه ينابيع
العلوم والحكم
Erti:
Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan anak Adam dengan
ilmu dan amal melebihi seluruh makhluk lain. Selawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad SAW penghulu bangsa Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab) juga
selawat dan salam ke atas keluarga
baginda dan para sahabat yang merupakan tempat pancaran segala ilmu dan hikmah.
Apabila saya mendapati ramainya pelajar menuntut ilmu pada zaman ini yang
bersungguh- sungguh menuntut ilmu dan mereka tidak mencapai ilmu tersebut atau
tidak dapat mencapai manfaat dan tujuannya, iaitu beramal dengan ilmu dan
menyebarkannya.
*’Saya’ yang dimaksudkan itu adalah Imam Az Zarnuji. Apa
manfaat ilmu yang paling besar? Iaitu beramal dengan ilmu. Imam Al Ghazali
Rahimahullah mengatakan “Ilmu tanpa amal itu muflis”
Punca mereka terhalang dari matlamat tersebut adalah kerana tersilap
jalan meninggalkan syarat-syarat menuntut ilmu. Barangsiapa yang tersilap
jalan, nrscaya tersesatlah dia dan sudah tentu dia tidak akan sampai pada
tujuannya samada tujuan itu kecil atau besar. Oleh itu, saya ingin berhasrat menerangkan
kepada para pelajar cara- cara belajar berdasarkan apa yang say abaca di dalam
kitab-kitab dan juga apa yang pernah saya dengar dari guru-guru yang ‘arif,
yang ‘alim lagi bijaksana. Harapan saya agar semua terus mendoakan penuh ikhlas
agar saya Berjaya dalam bidang ilmu pengetahuan dan dapat selamat di dunia dan
di akhirat nanti.
Setelah saya beristikharah dengan Allah tentang kitab ini
maka saya namakan sebagai تعليم المتعلم في طريق التعلم Ta’alim
Muta’alim Fi Tariqi Ta’lum(Panduan Pembelajaran untuk Penuntut Ilmu). Saya membagikan
kitab saya ini beberapa fasal iaitu;
1) Fasal Hakikat Ilmu dan Pengetahuan Serta Kelebihannya
2) Fasal berkenaan niat sewaktu belajar
3) Fasal berkenaan kod pemilihan bidang ilmu, guru dan teman
serta saranan untuk tetap dalam pengajian
4) Fasal berkenaan memuliakan ilmu dan ahli-ahlinya
5) Fasal berkenaan bersungguh-sungguh, tekun dan bersemangat
tinggi
6) Fasal berkenaan permulaan pengajian, kadarnya dan
susunannya
7) Fasal berkenaan tawakkal dalam pengajian
8) Fasal berkenaan waktu terbaik menghasilkan ‘ilmu
9) Fasal berkenaan kasih saying dan nasihat-menasihati
10) Fasal berkenaan berusaha mendapat faedah dalam memahami
‘ilmu
11) Fasal berkenaan wara’ ketika belajar ‘ilmu
12) Fasal berkenaan perkara yang membantu ingatan dan
perkara yang menyebabkan lupa
13) Fasal berkenaan perkara yang mendatangkan rezeki atau
menghalangnya dan perkara yang memanjangkan umur atau memendekkannya
وما توفيقي إلا بالله عليه توكلت وإليه أُنيب
(Dan tidak ada taufiq keperluan yang saya perolehi melainkan
dengan bantuan Allah, kepadaNya-lah saya bertawakkal dan kepadaNya-lah saya
akan kembali)
*Saintis Barat mengkaji kitab karangan Syeikh Burhanul Islam
Az Zarnuji dan diterapkan dalam sistem pengajian mereka. Ramai orang Malaysia
Islam sendiri pakat berbincang tentang isu pendidikan, tentang akhlak pelajar
dan sebagainya. Hakikatnya, kerana tidak kembali kepada cara pendidikan aslaf
kita yang terdahulu. Kata Syeikh Abu Hassan Ali Ad-Nadwi Rahimahullah “Kita nak
gabungkan di antara dua sistem pendidikan yang sangat hebat, Al Jam’u baina
Qadimi Soleh, Wal Jadidu Nafiq(sistem lama, tradisional yang sangat berkat dan
sistem moden yang memberi manfaat).” Kita tidak menolak mikrofon kerana ia
sistem tradisional yang mengajar adab, akhlak yang diabaikan dalam sistem sekarang.
Bersambung…
Nota tambahan
Simbol ‘*’ bermaksud huraian daripada asatizah
Comments
Post a Comment