Posts

Showing posts from 2018

PMH SELANGKAH MENUJU KEARAH PROFESIONAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Alhamdulillah, Dengan Nama Allah kami bersyukur, segala Taufiq dan Hidayah kami pohonkan, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W Al Insanuul Kamil, kami menumpang syafaat baginda agar kami dijauhkan daripada neraka. Pertamanya, kami ingin berterima kasih semua yang berkunjung ke laman ini kerana amat begitu lama blog ini menyepi dan Alhamdulillah kami mengambil keputusan untuk menghidupkan semula platform ini dengan mengambil dalam masa 7 hari ‘renovation’ dan bertukar kepada wajah baru. Kami daripada Exco Penerangan dan Informasi Persatuan Mahasiswa Hadhari sesi 18/19 dan juga mewakili seluruh jawatankuasa persatuan ini dengan sukacitanya memperkenalkan sebuah platform baru bagi semua mahasiswa serta semua orang yang mengunjung ke laman blog, iaitu Persatuan Mahasiswa Hadhari One-Touch App dan telah pun dilancarkan pada tarikh 12 Disember 2018. Tujuan platform bar

SOFTWARE DESIGN UNTUK DIMUAT TURUN

Image
Assalamualaikum w.b.t. , kami dari Persatuan Mahasiswa Hadhari berterima kasih kepada mahasiswa dan pengunjung-pengunjung laman blog ini sanggup meluangkan masa melawat laman blog ini. Sebagai tanda terima kasih, kami menawarkan platform perisian untuk di muatturun secara percuma. Berikut adalah software yang boleh dimuat turun Adobe Photoshop CC 2018 (Muat Turun) Adobe Illustrator CC 2017 ( Muat Turun ) Manual( Muat Turun ) Sony Vegas Pro (Muat Turun) Comic Creator (Muat Turun) Wondershare Video Converter Ultimate (Muat Turun) Kami akan kemaskini semula fail - fail perisian ini, jika terdapat 'link-dead' atau tidak boleh muat turun, boleh ajukan di ruangan 'comment'.

Dr. Ayman al-Akiti

Image
TOKOH-TOKOH ISLAM 2 Dr. Ayman al-Akiti merupakan anak kelahiran negeri Selangor. Beliau merupakan seorang guru yang aktif mengajar mahasiswa-mahasiswi Nusantara di Maghribi secara talaqqi menggunakan Kitab Ar-Risalah Al Jami’ah. Pendidikan awal Dr. Ayman ialah beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD). Ketika beliau berusia 13 tahun, Dr Ayman telah mengembara ke Jawa Timur untuk menuntut ilmu agama di pesantren-pesantren tradisional selama 7 tahun. Beliau lulus ujian sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum dan ditugaskan untuk menjadi ustaz di pondok yang sama selama 6 tahun. Pada tahun 2010, beliau telah merantau ke Maghribi untuk menyambung peringkat Sarjana di Universiti Hassan 11, Casablanca dalam bidang aqidah dan agama di barat Islam. Terdapat beberapa pencapaian yang telah dikecapi oleh Dr. Ayman sepanjang beliau merantau ke negara luar. Antaranya ialah beliau lulus dengan nilai cum laude di peringkat S

Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti

Image
TOKOH-TOKOH ISLAM  Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti merupakan anak Malaysia yang berasal dari Batu Gajah,Perak dan lahir pada tahun 1976. Beliau juga turut dikenali sebagai Syeikh Afifi . Syeikh Afifi telah dianugerahkan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul pada tahun 2017. Pendidikan awal Syeikh Afifi ialah beliau telah mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor dan menyambung pengajian di beberapa pondok sekitar Indonesia, Maghibi dan Syria. Selain itu, beliau turut melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfas dan dianugerahkan penuntut terbaik pada tahun 2001 di Universiti Queen. Beliau juga turut meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford. Kepakaran Syeikh Afifi ialah beliau pakar dalam bidang Teologi Islam, Falsafah dan Sains. Syeikh Afifi juga pakar dalam menguasai beberapa bahasa seperti bahasa Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani dan Perancis. Syeikh Afifi bertugas sebagai seo

PROGRAM SCORE DOUBLE A DAN PROGRAM SEMINAR PEMIKIRAN MAHASISWA

Image
PROGRAM SCORE DOUBLE A Program Score Double A telah berlangsung dengan jayanya dengan menjemput dua p enceramah iaitu Encik Norhisham Bin Ya’cob , s elaku Pegawai Psikologi Kanan, Unit Kaunseling Dan Kerjaya UiTM Shah Alam dan penceramah Encik Azrul Faiz Bin Abdul Malek , selaku Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari Sesi (13/14) dan Pengurus Perniagaan . Di samping itu , anggaran pelajar yang hadir program score double A adalah sebanyak 500 pelajar. Tujuan Program Score Double A diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan berlandaskan syariat. Selain itu, para pelajar yang menyertai program ini dapat m eningkatkan motivasi diri dalam kalangan mahasiswa bagi menghadapi cabaran kehidupan dan memupuk semangat berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan berlandaskan syariat. Oleh yang demikian, program ini juga mem mbantu mahasiswa untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik seiring dengan bergiat aktif dalam persatuan.   P

PERISTIWA BULAN SAFAR

Image
“ PERISTIWA BULAN SAFAR ” Makna Safar  Safar bermakna 'sifar' (kosong). Ia merupakan bulan kedua dalam kalendar Islam. Dalam bulan ini orang-orang Arab dahulu biasanya meninggalkan rumah mereka menjadi kosong. Ketika inilah mereka melakukan serangan, melaksanakan pembalasan terhadap musuh-musuh mereka.   Peristiwa  Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini antara lain , Perkahwinan Baginda saw   dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.Kebenaran berperang   (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 'Wudan' atau 'Abwak' bagi menentang kekufuran. Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin 'Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, 'Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah. Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin 'Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang perta

PERISTIWA ISLAM BULAN MUHARRAM

Image
“ PERISTIWA ISLAM BULAN MUHARRAM ” Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Pada asasnya, Muharam membawa maksud “ diharamkan ” atau “ dipantang ” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut. Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Islam Di Bulan Muharram ialah Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. Seterusnya, d inamakan juga hari “ Asyura ” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilan dan kebenaran.  Ianya juga boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu. Pada 10 Muharram juga tela h berlaku antaranya ialah Nabi Adam bertaubat k

Family Day PMH

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADARI] 🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴 Alhamdulillah, PMH telah selesai mengadakan Family Day PMH. . Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah diantara para seki dengan Exco. Butiran program adalah seperti dibawah ⏳ 25 MAC 2018 ⏰ 8.00 am - 2.00 pm Tasik SUK  Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya: Kenali Pimpinan PMH 1819 dengan lebih rapat 👬 Merapatkan ukhuwah antara Family PMH 📚 . Perkongsian ilmu daripada pimpinan PMH 🎮 riadah . Paling syok, ada makan-makan. #PMHUiTMSA   #PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik

MALAM KORPORAT PMH

Image
🔮 MALAM KORPORAT PMH 🔮   🎉 Persatuan Mahasiswa Hadhari telah megadakan Malam Korporat. Ada apa dengan Malam Korporat PMH? 💎 Pengenalan kepada PMH serta program-program yang dijalankan. 💎 Dinner bertemakan Professional Muslim. 🍽 💎 Perlantikan pimpinan baru PMH bagi sesi 2018/2019 💎 Fashion show berkonsepkan Professional Muslim 😎   📆 Tarikh : 11 Mac 2018 (Ahad) 🏛 Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam ⏲ Masa : 8 – 11 malam  👔 Tema pakaian: Professional Muslim 🚌 Pengangkutan: Bas disediakan #PMHUiTMSA #BukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiBaik
Image
✨⚜ AGM PMH: 7 MAC 2018 (RABU) ✨ Apa itu AGM? ✨   Anual General Meeting (AGM) adalah program utama yang paling penting bagi setiap persatuan dalam UiTM. AGM dijalankan setiap 1 tahun 1 kali. ⚜ Tujuan AGM? 1. Medan ukhuwah 👬 Medium bagi merapatkan ukhuwah antara setiap ahli PMH (Pimpinan, Fasi, Seki & Ahli). Melalui AGM semua ahli PMH dapat dikumpulkan dan saling kenal mengenali. 2. Medan muhasabah 😌 Pembentangan program yang lalu akan dibentangkan supaya semua boleh menilai sama ada mencapai KPI ataupun tidak. Ini menjadi medan untuk setiap ahli PMH (Pimpinan, Fasi, Seki & Ahli) muhasabah diri sama ada setiap daripada ahli telah berusaha menjalankan amanah yang diberikan atau sebaliknya.  3. Perkenalkan pimpinan baru 👏 🏻 Paling penting dalam AGM adalah pemilihan dan lantikan pimpinan PMH yang baru. Setiap ahli yang berdaftar wajib mengundi dan memilih bakal pimpinan PMH untuk sesi yang baru. 🌹 *Siapa yang terlibat dengan AGM?* 🌹   1. Pimpi

FASAL 2: NIAT SEWAKTU BELAJAR

Image
HURAIAN RINGKAS BERKENAAN DENGAN KITAB TA’ALIM MUTAALIM FI TARIQI TA’LUM (BAGI MEMBAHASKAN ADAB - ADAB SEORANG PENUNTUT ILMU) KARANGAN SYEIKH BURHANUL ISLAM AZ ZARNUJI SUMBER: USTAZ NAZRUL NASIR AL AZHARY DISUSUN SEMULA OLEH: EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI PERSATUAN MAHASISWA HADHARI SESI 18/19 SIRI 3 FASAL 2: NIAT SEWAKTU BELAJAR Setiap pelajar ilmu perlulah memiliki niat sewaktu dalam tempoh belajar. Ini kerana niat merupakan asas kepada semua perkara berdasarkan dalil sabda Nabi S.A.W ” إنما الاعمال بالنيات ” Ertinya: Setiap amalan itu hanyalah diukur berdasarkan niat, juga diriwayatkan daripada baginda S.A.W كم من عمل يتصور بصرة عمل الديا, ثميصير ، بحسن النية من أعمال الاخرة ، وكم من عمل يتصور عمل الاخرة ثم يصير من أعمل الدينا بسؤ النية Ertinya: Berapa banyak amalan yang menyerupai amalan dunia dan dengan niat yang baik, ia menjadi amal akhirat. Sebaliknya, berapa banyak amalan yang menyerupai amal