PMH SELANGKAH MENUJU KEARAH PROFESIONAL
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, Dengan Nama Allah
kami bersyukur, segala Taufiq dan Hidayah kami pohonkan, selawat dan salam
kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W Al Insanuul Kamil, kami menumpang
syafaat baginda agar kami dijauhkan daripada neraka. Pertamanya, kami ingin
berterima kasih semua yang berkunjung ke laman ini kerana amat begitu lama blog
ini menyepi dan Alhamdulillah kami mengambil keputusan untuk menghidupkan
semula platform ini dengan mengambil dalam masa 7 hari ‘renovation’ dan
bertukar kepada wajah baru. Kami daripada Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari sesi 18/19 dan juga mewakili seluruh jawatankuasa
persatuan ini dengan sukacitanya memperkenalkan sebuah platform baru bagi semua
mahasiswa serta semua orang yang mengunjung ke laman blog, iaitu Persatuan
Mahasiswa Hadhari One-Touch App dan telah pun dilancarkan pada tarikh 12
Disember 2018. Tujuan platform baru ini diwujudkan bagi memperkukuhkan lagi
medium informasi blog yang sedia ada atau dengan erti kata lain sebagai ‘shortcut’
ke laman blog ini.
Applikasi ini boleh dimuat turun di
GooglePlay Store
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.wPERSATUANMAHASISWAHADHARI_8242760
Bagi menaiktaraf lagi medium ini,
pihak kami juga menyediakan platform muat turun(download) segala bahan atau
keperluan bagi semua mahasiswa, tidak tertumpu kepada UiTM sahaja, malah
seluruh universiti dalam Malaysia juga dapat berkongsi segala keperluan yang
kami sediakan.
Antara bahan yang akan kami
sediakan untuk di muat turun (dan dijangka siap pada bulan Jun tahun 2019)
Ruangan Informasi – Softcopy buku ilmiah, kitab(Rumi/ Jawi
lama/ Arab)
Ruangan 3K(Kebajikan, Kesenian dan Kesukanan) – Tips – tips Akademik,
Sampel resume, ), audio MP3 Nasyid(dulu dan terkini), ebook bahan rujukan
subjek(syllabus may suitable in UiTM)
Ruangan Kepimpinan – video-video kepimpinan dan motivasi
Ruangan Keusahawanan – katalog jualan Exco Keusahawanan (available
in UiTM Shah Alam only), softcopy buku-buku berkaitan dengan ekonomi
Ruangan Multimedia – Software design dan multimedia, video
tutorial design
Tujuan
kami menjadikan teknologi maya sebagai langkah kearah profesional kerana
keadaan realiti masyarakat termasuklah warga kampus yang sangat memerlukan
media sebagai sumber rujukan mereka. Rata-rata masyarakat seluruh negara
menganggap dunia jalur lebar ini merupakan sebahagian daripada keperluan asas ibarat
penyelamat nyawa mereka. Justeru itu, kami mengambil inisiatif ini untuk
menyalurkan segala maklumat-maklumat yang amat berguna kepada warga kampus agar
mereka tidak tertipu dengan maklumat-maklumat yang palsu serta langsung tidak
menguntungkan mereka lebih-lebih lagi warga kampus yang Muslim.
Sekian
MAHASISWA TUNJANG
KEMAJUAN NEGARA
مَا
أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ
نَفْسِكَ
AHMAD MUSTAFFA BIN ZAKARIA
EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 18/19
Comments
Post a Comment