STREET PHOTOGRAPHY SEBUAH REVOLUSI



Street Photography,merupakan sebuah program yang jarang sekali diadakan,namun tahukah anda?,street photography ini sangat terkenal di negara-negara maju di seluruh dunia seperti cina,amerika dan kebanyakan negara eropah.PMH mengambil pendekatan berani,mencuba sesuatu yang baru,dengan menganjurkan street photography bertemakan explorace+photo outing.Pendekatan ini diambil supaya memenuhi tuntutan dakwah,dengan memberi pengisian disetiap checkpoint yang disediakan.Pengangkutan peserta adalah bebas,anda disarankan untuk berjalan kaki bagi mendapatkan feel program ini.

Street Photography,merupakan keadaan seorang photographer mengambil gambar samada secara spontan,atau gambar yang dirancang,konsep  yang kami tekankan adalah supaya  peserta merasai kesyukuran hidup sebagai hamba Allah,dengan pelbagai nikmat dan keindahan yang  dapat dilihat disekeliling kita,segalanya dirangkum di bawah satu tema iaitu " A  Journey".

Melalui sekeping gambar,para penonton yang melihat mampu untuk tersentuh dan mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah,ini adalah yang kami harapkan.Para peserta bebas untuk menggunakan sebarang jenis kamera ,DSLR atau bukan DSLR.

Cara penilaian hasil karya peserta adalah menggunakan kaedah yang sangat unik,penilaian akan dibuat oleh semua mahasiswa UITM Shah Alam!! .Satu pameran akan diadakan pada 28 nov sewaktu iftar di masjid uitm dan 29 nov di masjid uitm juga seaktu solat jumaat(sebelum dan selepas),para pengunjung booth kami akan mengundi hasil karya yang dirasakan best! .

Sepanjang minggu publisiti, beberapa tutorial photography akan disediakan ,untuk berkongsi tip-tip asas untuk anda .

Mungkin ini kali pertama anda mendengar mengenai STREET PHOTOGRAPHY,oleh itu sesiapa yang mempunyai kamera yang mungkin sudah lama tersimpan,ini adalah masa yang sesuai untuk anda beraksi!


::beberapa maklumat penting untuk para peserta::

-lokasi berkumpul adalah sekitar tasik syek 2,tempat spesifik akan diberitahu sejurus anda memberi maklumat pendaftaran kepada nombor yang tertera di poster dan banner program.

-jenis kamera adalah bebas,asalkan peralatan tersebut boleh mengambil gambar.

-makanan serta kupon aktiviti disediakan.

-peserta bebas berjalan kaki/menaiki kenderaan,tetapi semua perlu berkumpul di lokasi yang akan ditetapkan kelak.

-peserta dinasihatkan membawa ubat-ubatan jika perlu.

-cara penghantaran karya,syarat-syarat detail karya akan diterangkan sewaktu briefing di lokasi permulaan.

-teruskan update makluma-maklumat penting yang akan diberitahu di facebook kami.

JUMPA ANDA DISANA!!








Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN