Koleksi Mutiara Kata Ayahanda-Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar




::mutiara 1::

Assalamualaikum wbrt anak2 semua. Sedikit perkongsian :

Pujangga Arab ada menyatakan bahawa, "bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari."

Manusia mempunyai pelbagai keinginan ketika hidup di dunia dan sudah pastinya kita ingin hidup kaya-raya, tetapi jangan kita lupa bahawa suatu hari kita akan meninggalkan dunia ini, adakah kita membawa bekalan yang cukup untuk akhirat?

Anak2 semua, belajarlah bersungguh-sungguh untuk berjaya di dunia ini dan dalam masa yang sama jangan tinggalkan ilmu akhirat agar kita tidak menyesal dikemudian hari.


::mutiara 2::

Sedikit renungan pagi untuk tatapan bersama. "Ada kala ujian yang melanda bukan semata-mata untuk Allah melihat siapakah di dalam kalangan hamba Nya yang paling baik amalan. Tetapi juga untuk menguji sejauh dan sekuat mana iman kita pada Nya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak tertanggung oleh hamba Nya. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."


::mutiara 3::

Hidup di dunia ini amat singkat, kita tidak tahu bila kita akan kembali menghadap Yang Maha Kuasa. Dengan masa yang begitu sedikit di dunia ini, janganlah kita berhasad dengki sesama kita, janganlah kita berlaku kejam atau zalim sesama manusia. Mari kita cuba untuk saling tolong menolong di antara kita dan mengamalkan sikap mudah memaafkan. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.


moga kata-kata semangat & motivasi dari ayahanda kita tersayang ini,dpt kita jadikan pedoman untuk kita menempuhi cabaran di alam kampus

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN