Gula & Senyuman

  • Kurangkan gula dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman Sekarang giat kempen-kempen mengingatkan masyarakat di Malaysia khususnya untuk mengurangkan pengambilan gula dallm minuman atau masakan. Gula jika diambil berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya .Antaranya ialah Diabetes, kencing manis, sakit gigi, kegemukan dan yang sewaktu dgnnya...
    Kita selalu dengar orang kata kurangkan gula dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman Tapi apa sebenarnya yang cuba disampaikan dari ayat tersebut?Apakah dengan mengurangkan gula didalam minuman akan menambahkan manis dalam senyuman seseorang? Atau Harga senyuman itu dikira sama seperti harga gula? Mampukah kita mengukir senyuman tanpa perlu gula di mulut? Hahaha..bagi mereka yang tidak memahami kata-kata tersebut pasti akan keluar persoalan-persoalan seperti tadi.Atau mungkin yang lebih pelik lagi… Sebenarnya,apa yang penulis cuba sampaikan disini ialah saya melihat kata-kata ini dari 2 sudut yang berbeza: Pertamanya dari aspek menjaga kesihatan.Dan, Keduanya dari segi akhlak Kedua-duanya sebenarnya mempunyai hubung kait antara satu sama lain.Dimudahkan cerita,bilamana kita mempunyai kesihatan yang baik(dengan mengurangkan penggunaan gula),makanya kita mampu menguntum senyuman kepada sesiapa sahaja dalam keadaan sihat. Tapi saya tidak katakan syarat untuk senyum ialah dengan kurang mengambil gula… Kalau begitu,orang Kelantan lah yang paling tidak manis senyumannya sebab mereka gemar makanan yang manis-manis! Sekali lagi saya ULANG,nak senyum tiada kaitan langsung dengan gula! Cumanya,miliki lah badan yang sihat Disamping akhlak yang dibina dengan senyuman yang menawan. Senyum itu kan SWEET…=)

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti