SKUAD PENYAYANG KEMBALI LAGII!!!!



Masih kenalkah anda dengan saudara NASARUDDIN SAMSUDENG, Exco Penerangan Dan Informasi, sekaligus merangkap Pengarah  SKUAD PENYAYANG 2012….??

Mustahil dan agak pelik bagi mereka yang masih belum mengenali saudara kita yang kini kian meningkat popularitinya dalam kalangan kolej2 sekitar UiTM Shah Alam ini,hasil kemantapannya dalam menjadi pengerusi majlis dan juga memberi tazkirah umum.

          Pada awal semester yang baru ini, saudara Nasaruddin Samsudeng akan kembali ‘membuat onar’  sekali lagi dalam Pergerakan Skuad Penyayang, namun kali ini bukan lagi di Dataran Cendekia, tetapi pergerakan akan bermula di ruang legar Masjid Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan, atau lebih dikenali sebagai Pusat Islam UiTM Shah Alam.

Pergerakan SKUAD PENYAYANG 2012 Semester 2 kali ini mungkin lebih berbeza dari sebelum2 ini, dimana pada semester kali ini kita akan mula memasuki dan bergerak melalui fakulti2 yang menjadi pusat berkumpul pelajar di malam hari untuk beberapa aktiviti seperti study group, discussion, mengulangkaji dan sebagainya.

Sebanyak 500 risalah edisi pertama untuk semester kali ini akan di agih2 kan mengikut kumpulan2 fakulti yang terlibat dan akan diedarkan sebaik sahaja jam 9.30malam berdetikk. Tingggg!!!(saja2 gempak)

Jadi, untuk adik2 baru yang masih belum tahu dan terpinga-pinga dengan persoalan apa itu skuad penyayang???”,dan ” apa yang berlaku dalam skuad penyayang??”, maka hadirkanlah diri anda untuk menyertai kami ......

PADA KHAMIS INI, 4 OKTOBER 2012, BERTEMPAT DI RUANG LEGAR MASJID AL WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN UITM,SHAH ALAM, PADA JAM 9.00MLM.

Jumpa di sana!!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti