ayuh bersama!!!
Ramai yang menganggap program2 yang PMH jalankan hanyalah untuk
ahli2 PMH sendiri...Suatu hari seorang muslimah bertanya kepada seorang yang lain….
“jom kita berbuka puasa di Masjid Uitm, lepas tu bolehlah join
skuad penyayang PMH….:)”
“eh….itu untuk ahli PMH je….saya bukan ahli PMH….:}’
Kami tersenyum mendengar cerita diatas….
Hakikat ya pasti adalah PMH menjalankan program bukan untuk majlis2
tertinggi mahupun exco2 PMH sahaja, atau hanya untuk ahli2 kami sahaja...tetapi
untuk SEMUA WARGA Uitm...
andaikata, ada pakcik polis bantuan nk join, kami alu2kn...
andai kata makcik cleaner nak join kami alu2kan...
andai kata abang jaga gerai burger kat DC nak join, kami pun amat
alu2kan….
Tak cukup tapak tangan....nyiru kami tadahkan….
baik besar atau kecil pangkat yang dipegang...
baik buruk atau lawa perangai yang kita rasa ada pada diri kita...
baik kita merasakan diri ini baik atau jahat...
itu semua belakang kira….
Kerana andai kata kita ingin berubah menjadi
baik,
mahu meninggalkan kejahatan…..
ingin bersama dengan orang yang turut sama berubah menjadi baik…
dan..andai kata sekalipun ia bukan untuk jangka masa panjang, Cuma
untuk baik dalam jangka masa pendek sahaja sekalipun....
kami tetap amat mengalu2 kn kedatangaan hadirin dan hadirat ke
program2 kami di medan kampus ini, samaada Skuad Penyayang, iftar jamie yang
berkala setiap isnin dan khamis, pengajian berkitab setiap hari selasa.... mahupun
program2 kami yang lain….
Kehadiran kalian warga UiTM merupakan satu penghargaan yang
teramat besar buat kami ahli2 PMH….kerana dengan kehadiran kalianlah kami
semakin berani melangkah di medan Uitm untuk terus maju menjalankan program2
islamik dan menyebarkan kefahaman islam di kampus kita ini….sokongan kalian
adalah amat kami perlukan…dan kami teramat-amat menghargainya….
kami membawa islam, dan islam itu adalah untuk semua....
kami
sayang anda semua kerana Allah Taala.....
ingatlah dengan satu ayat ini…..
“jika kita berteman dengan penempa
besi..maka kita juga akan turut merasa habanya…Tetapi….jika berteman dengan penjual minyak
wangi..kita kan turut terlekat harumannya….”
Dan ingatlah bahawa jika kita ingin mengenal diri kita mahupun
diri orang lain bagaimana..maka lihatlah dengan siapa dia bersahabat…
Carilah sahabat yang mampu membawa kebahagian kepada kita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat…
Carilah sahabat ynag dapat menegur salah dan silap kita kerana
ingin menyelamatkan kita dari tergelincir ke neraka jahanam suatu masa nanti….
Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama2 berpimpinan dan bergengam
jemari bersama kami, demi Islam demi agama yang benar ini….demi membangunkan
keimanan didalam diri kita sendiri…..
Ayuh sahabat!!!!!
Kita bersama melangkah demi Islam….demi Allah….^^
cer try join skali...konfem x nak miss!
ReplyDelete